Showing posts with label BERITA. Show all posts
Sunday, 13 March 2016
CUACA PANAS MELAMPAU, SEKOLAH AKAN DITUTUP
KLANG, 13 Mac: Kementerian Pendidikan mungkin akan mengarahkan sekolah ditutup sementara jika cuaca panas melampau yang berlaku ketika ini semakin teruk apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas seminggu bercuti.
Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, langkah itu bagaimanapun bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Untuk jerebu, ada Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditetapkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan tutup sekolah berpandukan juga kepada IPU itu. Bagi cuaca panas melampau, penutupan sementara sekolah belum difikirkan buat masa ini, tetapi boleh dipertimbangkan.
"Penutupan sementara sekolah akibat cuaca panas melampau sering dilaksanakan di negara Asia Barat," katanya sambil menambah, langkah sedia ada dalam keadaan itu ialah memberi kuasa kepada pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas.", katanya sebagaimana lapor BH Online.
Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, langkah itu bagaimanapun bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Untuk jerebu, ada Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditetapkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan tutup sekolah berpandukan juga kepada IPU itu. Bagi cuaca panas melampau, penutupan sementara sekolah belum difikirkan buat masa ini, tetapi boleh dipertimbangkan.
"Penutupan sementara sekolah akibat cuaca panas melampau sering dilaksanakan di negara Asia Barat," katanya sambil menambah, langkah sedia ada dalam keadaan itu ialah memberi kuasa kepada pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas.", katanya sebagaimana lapor BH Online.
Saturday, 12 March 2016
"SAYA NASIHATKAN NAJIB CARI BINI BARU" - TAN SRI ADENAN (VIDEO)
Kuching, 12 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini menzahirkan kekagumannya dengan usaha Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan nasih dan pembangunan di Sarawak.
Adenan berkata kekerapan Najib melakukan lawatan kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri terdahulu.
“Terima kasih (Perdana Menteri) semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti orang laut dan Iban.
“(Disebabkan itu) saya nasihatkan Perdana Menteri untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban” katanya secara berjenaka ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, sebentar tadi.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri tersebut.
Menurut Adenan lagi, sepanjang enam tahun memimpin negara, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47 kali ke Sarawak.
“Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo.
“Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16 billion untuk negeri Sarawak.
“Itu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya dan ia amat mengkagumkan, beliau bukan datang dengan tangan kosong, setiap kali datang ada sahaja pengumuman besar untuk pembangunan negeri ini,” katanya sebagaimana lapor Suara TV. - sumber
Friday, 11 March 2016
"MAMPUKAH ORANG ASAL BAYAR BIL ELEKTRIK & AIR?"
PUTRAJAYA - "Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?" demikian persoalan dari Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Zainal Kling.
Memetik kenyataan beliau dari Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan semata-mata.
"Masukkan elektrik ke kampung Orang Asal barangkali senang. Tarik tiang, tarik wayar bolehlah pasang. Tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Mereka masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan. Orang Asal yang tinggal berhampiran bandar sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi jika tidak diberi percuma, mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik," katanya.
Tambah beliau, jika kerajaan tidak membantu Orang Asal untuk membayar segala kos kemudahan asas ini, maka nak memasukkan segala kemudahan asas ini akan menjadi masalah.
Lapor Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal yang tinggal berhampiran Putrajaya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
"Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain terus memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asal. Anak mereka perlu diselamatkan, pastikan mereka pergi ke sekolah, masuk kolej dan berjaya agar dapat membantu keluarga.
"Yang tua-tua ini sudah tidak boleh buat apa-apa, kena bagi BR!M sepanjang masa kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap," kata Zainal. -
PAPA GOMO MENGAKU PUKUL PEKERJA ASING
KUALA LUMPUR - Gara-gara menyerang seorang lelaki warga Pakistan, Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, dijatuhkan hukuman denda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Papagomo membuat pengakuan bersalah diatas tiga pertuduhan menyerang lelaki Pakistan itu setelah kesemua pertuduhan dibacakan.
Lapor KOSMO!, Papagomo didakwa tiga pertuduhan berasingan, menampar dan menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shazad, 33, di Setapak Point, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 29 Januari 2016.
Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. - SUMBER
PERLANTIKAN TUN MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS DITAMATKAN
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kabinet hari ini bersetuju secara bulat untuk menamatkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
"Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia," lapor kenyataan itu. - SUMBER
Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
"Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia," lapor kenyataan itu. - SUMBER
Wednesday, 9 March 2016
"TUHAN TIDAK PERNAH SURUH NAIK/TURUNKAN HARGA BARANG" - KENYATAAN BINGUNG DARI MENTERI
KUALA LUMPUR - Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang, demikian jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di parlimen hari ini.
"Saya nak beritahu, Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga barang. Mana-mana pihak yang menaikkan harga barang adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan.
"Yang masalahnya sekarang, mereka yang tidak percaya pada Tuhan akan selalu menaikkan harga, yang percaya pada Tuhan selalunya akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naikkan harga," katanya.
Hamzah berkata demikian, menjawab soalan Tan yang bertanya apakah harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanya sama ada harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'.
Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya, pada September 2013 pernah menyatakan bahawa harga barang naik adalah ketetapan Allah, - SUMBER
TMJ KONGSI GAMBAR BERSAMA CHRISTIANO RONALDO (3 GAMBAR)
PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan bertemu bintang ternama Real Madrid, Cristiano Ronaldo ketika mengadakan sesi lawatan ke pusat latihan kelab Sepanyol itu, baru-baru ini.
Foto istimewa yang dikongsikan menerusi laman Facebook Johor Southern Tiger itu menerima lebih daripada 75,000 likes dan 9,742 perkongsian daripada pengikut mereka di laman sosial terbabit.
Dalam foto tersebut juga, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) sempat menyampaikan cenderahati JDT berupa mafla atau selendang lilit leher kepada pemain terbaik dunia itu. |
Sebagai balasan, Ronaldo kemudian dilaporkan telah menghadiahkan dua jersi eksklusif dirinya yang ditandatanganinya sendiri untuk TMJ dan juga pasukan JDT.


KEJAM, MULUT BAYI DISUMBAT SEBELUM DIBUANG DI FELDA PALONG
MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan masih hidup dan mulup disumbat kain!
Itulah yang dilakukan terhadap seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemui berbungkus kain batik dan mulut ditekup dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengar.
Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang penternak lembu di ladang sawit di Felda Palong 2, Negeri Sembilan pada pagi kelmarin.
Susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Felda berkenaan kerana dipercayai terlibat membuang bayi yang dilahirkan kakaknya itu di rumah mereka pada Khamis lalu.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 28 tahun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan reman selama 4 hari.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias. - SUMBER
"PETROSAINS BAGI CENDERAHATI, AQUARIA YANG GELABAH"
Kuala Lumpur - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata dua objek mencurigakan yang disyaki bom di KLCC bukannya bahan letupan seperti yang digembar-gemburkan.
Menurut beliau, ia adalah bahan ujikaji lampu yang ditinggalkan oleh pelajar sekolah.
"Siasatan awal @PDRMsia terhadap 2 botol di KLCC bukan nya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yg ditinggalkan oleh penuntut sekolah.

"Murid Sekolah terlibat dari Bkt Beruntung telah tinggalkan botol2 tersebut di KLCC dan di syaki bom oleh mrk yg menemuinya. @PDRMsia", kata beliau menerusi Twitter.
Sebelum ini dua objek mencurigakan telah menimbulkan kebimbangan bom di KLCC. Kedua-dua objek itu telah dimusnah oleh Unit Pemusnah Bom. - SUMBER
Kejadian ini telah mendapat perhatian dari seorang netizen yang berpendapat tiada komunikasi yang baik antara Petrosains dan Aquaria KLCC.
GERHANA MATAHARI MUNGKIN BAWA PETANDA MUSIBAH - PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM BAHAGIAN FALAK JOHOR
JOHOR BAHRU: Gerhana matahari yang berlaku pada pagi tadi merupakan ulangan 21 tahun lalu yang menyaksikan Johor pada ketika itu diuji dengan kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman dan tumbuhan.
Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razka, pada 24 Oktober 1995, gerhana matahari berlaku pada kadar 70 peratus manakala bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada ketdudukan titik 'simpul atas'.
Menurut beliau, gerhana matahari itu sekali lagi berulang pada hari ini jam 8.23 pagi iaitu pada waktu Dhuha dengna kdar gerhana 90 peratus manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya pada kedudukan titik 'simpul bawah'.
"Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).
"Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
"Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor," sebagaimana lapor BH Online.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan perkara itu dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.
"Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
"Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.
"Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu," katanya. - SUMBER
Tuesday, 8 March 2016
ELAUN KERAIAN MENTERI & TIMBALAN MENTERI DIPOTONG 10%, BERJIMAT ATAU TEKANAN HUTANG ?
PUTRAJAYA - Elaun Keraian Menteri dan Timbalan Menteri akan dikurangkan sebanyak 10% berkuatkuasa awal Mac 2016. Langkah yang diambil oleh Perbendaharaan Malaysia ini adalah sebahagian dari langkah penjimatan kerajaan menerusi pekeliling 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' di laman web rasminya.
Ini bagi memastikan semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua Badan Berkanun, Ketua Eksekutif Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) dan Ketua Agensi lain yang menerima peruntukan dari kerajaan melaksanakan langkah mengoptimumkan perbelanjaan, lapor Berita Harian.
Antara langkah penjimatan yang diumumkan, membekukan pengambilan perjawatan baharu dan hanya membenarkan pengisian bagi menggantikan mereka yang bersara atau berhenti serta tidak membabitkan kewangan tambahan.
Pertambahan jawatan baharu hanya dibenarkan di dalam sektor yang kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil tetapi dikawal dengan ketat.
"Kekosongan jawatan lebih daripada dua tahun dimansuhkan manakala perlantikan pegawai kontrak baharu tidak dibenarkan, hanya boleh memperbaharui kontrak sedia ada," menurutnya.
Selain itu, perbelanjaan bagi membayar elaun lebih masa juga akan lebih diperketatkan. Bagi perjalanan ke luar negara, ia hanya dibenarkan bagi urusan yang telah dijadualkan atau diluluskan.
"Digalakkan untuk mewakilkan urusan di luar negara kepada Duta atau Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
"Semua acara, majlis, mesyuarat, bengkel dan seminar mesti diadakan di premis kerajaan sahaja dan dikurangkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya. Semua semua projek yang mempunyai komponen import yang tinggi perlu ditangguhkan dan pemberian geran kepada industri dikaji semula.
"Kementerian dan Jabatan perlu mengenal pasti bagaimana kaedah meningkatkan hasil masing-masing selain perlu mencari cara lain untuk berjimat. Jika hasil dapat ditingkatkan manakala kos berjaya dikurangkan maka kerajaan akan menimbangkan insentif yang bersesuaian melalui bajet tahunan," kata kenyataan itu.
UPDATE: AYAT AL-QURAN YANG HILANG KINI BERTAMBAH ENAM MUKA SURAT
Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci daripada sebuah al-Quran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada Ahad lalu yang menjadi viral di seluruh negara tidak terhenti setakat itu.
Lebih mengejutkan, pengerusi masjid itu, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar (PAPB), Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan tambahan enam muka surat mengandungi ayat suci Al-Qur'an daripada naskhah sama turut dikenal pasti 'ghaib' sejak itu.
BACA: LAGI KEJADIAN SEBAHAGIAN SURAH AL-QURAN LENYAP
Ahmad berkata, apabila pendedahan dua muka surat ayat Al-Qur'an hilang dibuat Naib Kadi PAPB, Mohamad Khori Junus, Masjid Hijau terus menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang hadir untuk menyaksikan sendiri naskhah Al-Qur'an itu.
Bagaimanapun, satu penemuan susulan mengejutkan berlaku apabila beberapa jemaah wanita yang hadir mengikuti kuliah Asar di masjid itu mendakwa mengesan tambahan ayat Al-Qur'an turut hilang daripada naskhah sama.
"Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah Kuliah Asar di situ ketika itu.
"Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat Al-Qur'an hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat," katanya kepada media.
Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat Al-Qur'an daripada lapan muka surat 'ghaib' merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16).
Menurutnya, dia segera meminta Mohamad Khori mengenal pasti jumlah sebenar muka surat mengandungi ayat Al-Qur'an hilang bagi mengelakkan dirinya tersilap tafsir.
"Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak Al-Qur'an itu beberapa kali pada Ahad lalu.
"Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah Al-Qur'an terbabit dan jumlah ayat Al-Qur'an hilang memang bertambah," katanya.
Khairul Nizam berkata, kejadian aneh ini sememangnya dipandang berat Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan naskhah Al-Qur'an itu turut diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).
Menurutnya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim sejurus 'kehilangan' ayat Al-Qur'an itu disahkan dirinya.
"Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan Al-Qur'an di dalam jiwa mereka.
"Salah satu potongan ayat Al-Qur'an hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar," katanya.
Khairul Nizam berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan berlaku masalah kesilapan pencetakan sewaktu naskhah itu diterbitkan, namun kemungkinan kejadian itu satu petanda peringatan daripada Allah SWT tidak boleh diketepikan.
Dalam pada itu, Mohamad Khori mengakui terkejut dimaklumkan berlaku penambahan 'kehilangan' enam muka surat ayat Al-Qur'an dari naskhah Al-Qur'an sama disemaknya.
"Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah Al-Qur'an itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang.
"Kini, helaian muka surat 'ghaib' semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut," katanya. SINARHARIAN
UPDATE TRAGEDI HIGHLAND TOWER: BAYI YANG DISELAMATKAN SEMASA RUNTUHAN AKHIRNYA DITEMUI SEMULA
Sebelum ini pihak Siakap Keli ada menyiarkan seorang pegawai bomba meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi berusia 18 bulan, Nur Hamidah yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower suatu ketika dahulu.
Baca: -TRAGEDI HIGHLAND TOWER 1993: "SAYA HARAP DAPAT BERTEMU KEMBALI DENGAN NUR HAMIDAH" - PEGAWAI BOMBA
Selepas itu daripada likers, memberi maklumat bahawa seorang pengguna Facebook dari Indonesia mungkin gadis tersebut berdasarkan segala maklumat yang terdapat pada Facebook beliau sangat tepat dengan butiran-butiran siasatan yang dibuat terhadap bayi tersebut semasa kejadian.
Perkara ini juga telah diterima oleh pihak bomba setelah orang ramai menghantar maklumat tersebut. Bagaimanapun dengan segala butiran yang tepat itu masih menjadi tanda tanya kerana Nur Hamidah yang kini berada di Indonesia tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.
Terkini, di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah mengesahkan bahawa Nur Hamidah telah berjaya dihubungi dan sememangnya beliau adalah insan yang dicari oleh pegawai bomba, Norizan, 46 yang mana telah menyelamatkannya ketika kejadian tersebut. Pihak Siakap Keli tidak lupa mengucapkan kepada Mohd Haizal yang mana beliau adalah penyumbang maklumat awal berkenaan Nur Hamidah. — Siakapkeli.my
Berikut adalah petikan dari Facebook Jabatan Bomba:
Alhamdulillah..... Nur Hamidah seperti didalam gambar yg Tn Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ni tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dgn masa tragedi).
Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tn Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah. Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.
Berkongsi bersama info (screen capture) dari Fb Nur Hamidah.

"ADA CUBAAN MENCULIK PM" - GILIRAN ZAHID HAMIDI BUAT LAWAK
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa terdapat percubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2015 oleh kumpulan militan Daesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Zahid, kumpulan pengganas itu turut menyasarkan beberapa pemimpin tertinggi negara untuk diculik.
"Pada 30 Januari 2015, 13 anggota Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya.
Monday, 7 March 2016
GURU BESAR ARAH GURU HALANG MURID LEWAT DARIPADA MASUK KE SEKOLAH, WAJAR ATAU TIDAK ?
PUTRAJAYA - Tindakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah yang tidak membenarkan murid yang terlewat datang ke sekolah, mengundang rasa tidak puas hati sesetengah ibu bapa.
Dalam insiden yang berlaku pada 26 Februari lalu, beberapa murid sekolah tidak dibenarkan masuk dan pintu pagar sekolah dikunci kerana terlewat.
Guru-guru yang bertugas di pintu pagar menyatakan bahawa arahan itu datang dari Guru Besar.
"Saya ucba memujuk guru yang bertugas untuk membenarkan murid tersebut masuk. Namun beliau menjelaskan bahawa arahan telah diberikan oleh Guru Besar agar pintu pagar ditutup dan dikuncin selain tidak membenarkan murid-murid yang lewat masuk ke dalam sekolah buat sementara waktu," kata individu yang tidak disertakan namanya itu.
Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru-guru yang lain telah meminta arahan 'kunci pintu' itu tidak dilaksanakan, namun Guru Besar tetapi mahu berbuat demikian.
Ekoran itu, ibu bapa meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Guru Besar sekolah berkenaan.
"Tima masuk sekolah kena tepat konon. Tetapi time balik sekolah yang sepatutnya jam 1.45 petang, mereka boleh pula lewatkan sampai jam 1.50 petang.
"Sepatutnya tahan murid yang lewat di dalam sekolah, bukannya di luar sekolah. Kalau ada apa-apa yang terjadi seperti kes culik, rogol, ada pihak sekolah mahu bertanggungjawab?
"Sepatutnya pihak sekolah selidik dahulu punca murid-murid datang lewat. Jangan terus menghukum. Kadang-kadang guru sendiri pun datang lewat. Jangan bagi masuk kalau begitu," kata netizen. - SUMBER
MURID DARJAH 6 DITAMPAR, DICEKIK, DIPIJAK OLEH GURU GARA-GARA UBAHSUAI BASIKAL
Kepala Batas: Hanya kerana mengubah suai `handle’ basikal, murid darjah enam mendakwa dicekik, ditampar dan dipijak gurunya.
Khairul Najwan Jamseri, 12, berkata, kejadian berlaku di sekolahnya di Tikam Batu, Kedah, pada 7.30 pagi, Rabu lalu.
Katanya, pada hari kejadian, dia ke sekolah seperti biasa dengan menunggang basikal bersama beberapa rakan lain.
"Sebaik tiba di pintu pagar, saya ditahan guru lelaki yang kemudian mengarahkan saya membawa basikal dan berdiri di depan perhimpunan.
"Cikgu tanya saya kenapa buat basikal (ubahsuai pemegang) macam ni dan kemudian katanya mahu bawa ke balai polis.
"Saya kata terpulang kepada cikgu. Dia kemudian terus cekik leher dengan kuat sebelum pijak kaki dan tampar saya," katanya yang trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, ibunya Hanisah Seman, 36, berkata selepas kejadian itu, anaknya segera meninggalkan sekolah untuk pulang namun dikejar oleh guru itu dan dibawa kembali ke sekolah.
"Kira-kira jam 10 pagi, saya pergi ke sekolah untuk menghantar borang pendaftaran UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) Najwan. Tapi, gurunya tidak memberitahu kejadian itu," katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu sakit di bahagian kepala.
"Saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan sebelum mendapati ada kesan luka di leher, pipi dan kaki kanannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Khairul Najwan Jamseri, 12, berkata, kejadian berlaku di sekolahnya di Tikam Batu, Kedah, pada 7.30 pagi, Rabu lalu.
Katanya, pada hari kejadian, dia ke sekolah seperti biasa dengan menunggang basikal bersama beberapa rakan lain.
"Sebaik tiba di pintu pagar, saya ditahan guru lelaki yang kemudian mengarahkan saya membawa basikal dan berdiri di depan perhimpunan.
"Cikgu tanya saya kenapa buat basikal (ubahsuai pemegang) macam ni dan kemudian katanya mahu bawa ke balai polis.
"Saya kata terpulang kepada cikgu. Dia kemudian terus cekik leher dengan kuat sebelum pijak kaki dan tampar saya," katanya yang trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, ibunya Hanisah Seman, 36, berkata selepas kejadian itu, anaknya segera meninggalkan sekolah untuk pulang namun dikejar oleh guru itu dan dibawa kembali ke sekolah.
"Kira-kira jam 10 pagi, saya pergi ke sekolah untuk menghantar borang pendaftaran UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) Najwan. Tapi, gurunya tidak memberitahu kejadian itu," katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu sakit di bahagian kepala.
"Saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan sebelum mendapati ada kesan luka di leher, pipi dan kaki kanannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.
PIHAK BERKUASA PERLU AMBIL TINDAKAN, 'JUBAH ABANG SADO' BAWA MUDARAT
Pihak berkuasa digesa campur tangan dalam isu rekaan terbaru “Jubah Pahlawan” bagi mengelak fesyen itu mengundang mudarat yang parah, lapor Utusan Malaysia.
Walaupun tidak menyebut jenama tersebut, edisi mingguan akhbar itu menunjukkan gambar promosi yang digayakan oleh beberapa model lelaki berbadan sasa atau “sado”.
“Jubah yang sepatutnya dipakai mengikut adab dan tertib bertukar menjadi pakaian yang menjolok mata. Bayangkan pemakaian jubah lelaki kini dicemari dengan fesyen yang liar.
Awang harap pihak berkuasa campur tangan dalam isu tersebut bagi mengelakkan ia membawa mudarat sosial yang kemudian hari menjadi lebih parah,” kata akhbar itu melalui kolum popularnya Awang Selamat.
Akhbar itu juga menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat pengeluarnya agar tidak terlepas daripada membayar cukai dengan mudah.
Akhbar itu mengulas laporan Malay Mail Online awal minggu ini yang menyebut pereka jubah berlengan pendek dengan warna terang-benderang itu berjaya menjual sehingga RM2 juta sejak dilanda kontroversi.
“Jika benar, Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) perlu siasat segera agar syarikat berkaitan tidak terlepas daripada dikenakan cukai sewajarnya, baru tahu langit tinggi, rendah,” katanya.
Syubaili Aziz, pengasas Farbel Exclusive, berkata kebanyakan pesanan untuk mencuba jubahnya, yang dijual RM225, datang dari Brunei, Thailand, Singapura, Taiwan dan Arab Saudi.
Dengan hijau terang, merah jambu, biru muda dan hijau, gayaan “abang-abang sado,” jubah ini menarik perhatian ramai dan menerima cemuhan apabila dimuatkan di Facebook, bersama harga potongan RM199, pada 26 Februari lalu.
4 RUMAH ROSAK DIBADAI PUTING BELIUANG DI ALOR SETAR
Kelihatan kejadian puting beliung yang dirakamkan dari TH Hotel & Convention Center Alor Setar kira-kira 3:19 petang hari ini.
- Foto BERNAMA
ALOR SETAR – Empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung selepas dibadai puting beliung kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Sebelum kejadian, pusaran puting beliung itu dilihat di kawasan Titi Gajah, di sini kira-kira pukul 3.18 petang sebelum ia bergerak dan membadai rumah di kawasan perumahan tersebut.
Leow Hua Tai, 61, berkata ketika kejadian beliau sedang menonton televisyen bersama isterinya Chu Kooi Hua, 53, di ruang tamu sebelum terdengar bunyi kuat di rumahnya.
“Kejadian dalam pukul 3.30 petang dan masa itu saya ingat ada orang bermain mercun di hadapan rumah dan apabila saya keluar, saya nampak bumbung telah diterbangkan tetapi tidak nampak pusaran puting beliung tersebut.
“Nasib baik tiada siapa yang cedera dan beberapa keping atap bumbung juga tidak jatuh di atas kereta,” katanya yang ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Mohammad Najmi Mazelan, 20, yang merupakan pemilik gerai minuman yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong berkata gerai miliknya yang baharu diusahakan sebulan lepas turut terkena tempias pusaran puting beliung berkenaan.
“Masa kejadian kami sedang melayan seorang pelanggan sebelum secara tiba-tiba khemah terangkat dan kami memang tidak perasan kerana tiada bunyi angin kuat.
“Pusaran itu tinggi dan berwarna hitam dan ia lalu di kawasan kami berniaga dalam tempoh 10 saat sahaja.
“Selepas melalui khemah kami, pusaran itu terus hilang. Saya bersyukur kerana kami dan pelanggan yang berada di kawasan berhampiran tidak cedera manakala peralatan membuat air hanya mengalami kerosakan kecil sahaja,” katanya. –
NIIAT NAK BUNUH DIRI TAPI TERSANGKUT DI LUMPUR (5 GAMBAR)
KLANG, 7 Mac: Hasrat seorang wanita untuk cuba membunuh diri dengan cara melemaskan diri di dalam sebuah sungai gagal apabila dia terlekat di lumpur ketika berjalan di tebing sungai Klang.
Laporan The Star menyebut, wanita berkenaan membuat keputusan itu setelah terlibat dengan satu pertengkaran dengan keluarga pada Isnin.
Dipercayai dia berjalan ke arah sungai itu dari rumahnya untuk membunuh diri.
Namun kerana air surut, sungai yang berlumpur itu menghalang wanita terbabit dari maju ke dalam sungai seterusnya menyebabkan dia terperangkap di dalam lumpur sehingga di paras pinggang.
Pejalan kaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut dengan segera melaporkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja.
Ketua Operasi Menyelamat, Shukry Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11:44 dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
"Sepasukan lima anggota menghampiri wanita itu dan berjaya memujuknya dari hasrat untuk membunuh diri.
"Mereka berjaya menarik wanita itu dari lumpur kira-kira jam 12.20 petang. Kami juga membantu dia membersihkan dirinya sebelum memberitahu ahli keluarga", katanya.
Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis. - Siakapkeli.my





Laporan The Star menyebut, wanita berkenaan membuat keputusan itu setelah terlibat dengan satu pertengkaran dengan keluarga pada Isnin.
Dipercayai dia berjalan ke arah sungai itu dari rumahnya untuk membunuh diri.
Namun kerana air surut, sungai yang berlumpur itu menghalang wanita terbabit dari maju ke dalam sungai seterusnya menyebabkan dia terperangkap di dalam lumpur sehingga di paras pinggang.
Pejalan kaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut dengan segera melaporkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja.
Ketua Operasi Menyelamat, Shukry Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11:44 dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
"Sepasukan lima anggota menghampiri wanita itu dan berjaya memujuknya dari hasrat untuk membunuh diri.
"Mereka berjaya menarik wanita itu dari lumpur kira-kira jam 12.20 petang. Kami juga membantu dia membersihkan dirinya sebelum memberitahu ahli keluarga", katanya.
Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis. - Siakapkeli.my





LULUH HATI SUAMI LIHAT ISTERI & BAYI 6 BULAN MAUT TERJATUH DARI BUKIT (VIDEO & GAMBAR)
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang lelaki apabila melihat kelibat isteri dan anak kecilnya yang berumur enam bulan yang maut selepas tercampak dari ketinggian 50 meter setelah motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan pagi tadi, lapor ntv7 7Edition.
Mangsa yang cedera parah pada awalnya telah ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran motosikalnya sebelum sedar beberapa ketika kemudian.


Kemalangan yang belaku kira-kira jam 9.50 pagi tadi itu berlaku di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras.
Hasil siasatan pihak polis, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal membawa isteri sambil memangku anak kecilnya, namun apabila sampai ke satu selekoh tajam, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tebing jalan menyebabkan isteri dan anaknya tercampak jatuh ke bawah bukit berhampiran kawasan perumahan.
Mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan. - SUMBER
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)






















