unclemaniam.blogspot.com

Monday 7 March 2016

PIHAK BERKUASA PERLU AMBIL TINDAKAN, 'JUBAH ABANG SADO' BAWA MUDARAT

No comments :



Pihak berkuasa digesa campur tangan dalam isu rekaan terbaru “Jubah Pahlawan” bagi mengelak fesyen itu mengundang mudarat yang parah, lapor Utusan Malaysia.

Walaupun tidak menyebut jenama tersebut, edisi mingguan akhbar itu menunjukkan gambar promosi yang digayakan oleh beberapa model lelaki berbadan sasa atau “sado”.

“Jubah yang sepatutnya dipakai mengikut adab dan tertib bertukar menjadi pakaian yang menjolok mata. Bayangkan pemakaian jubah lelaki kini dicemari dengan fesyen yang liar.

Awang harap pihak berkuasa campur tangan dalam isu tersebut bagi mengelakkan ia membawa mudarat sosial yang kemudian hari menjadi lebih parah,” kata akhbar itu melalui kolum popularnya Awang Selamat.

Akhbar itu juga menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat pengeluarnya agar tidak terlepas daripada membayar cukai dengan mudah.

Akhbar itu mengulas laporan Malay Mail Online awal minggu ini yang menyebut pereka jubah berlengan pendek dengan warna terang-benderang itu berjaya menjual sehingga RM2 juta sejak dilanda kontroversi.

“Jika benar, Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) perlu siasat segera agar syarikat berkaitan tidak terlepas daripada dikenakan cukai sewajarnya, baru tahu langit tinggi, rendah,” katanya.

Syubaili Aziz, pengasas Farbel Exclusive, berkata kebanyakan pesanan untuk mencuba jubahnya, yang dijual RM225, datang dari Brunei, Thailand, Singapura, Taiwan dan Arab Saudi.

Dengan hijau terang, merah jambu, biru muda dan hijau, gayaan “abang-abang sado,” jubah ini menarik perhatian ramai dan menerima cemuhan apabila dimuatkan di Facebook, bersama harga potongan RM199, pada 26 Februari lalu.

No comments :

Post a Comment