unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 9 March 2016

KEJAM, MULUT BAYI DISUMBAT SEBELUM DIBUANG DI FELDA PALONG

No comments :


MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan masih hidup dan mulup disumbat kain!

Itulah yang dilakukan terhadap seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemui berbungkus kain batik dan mulut ditekup dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengar.

Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang penternak lembu di ladang sawit di Felda Palong 2, Negeri Sembilan pada pagi kelmarin.

Susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Felda berkenaan kerana dipercayai terlibat membuang bayi yang dilahirkan kakaknya itu di rumah mereka pada Khamis lalu.

Ibu bayi berkenaan yang berusia 28 tahun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan reman selama 4 hari.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias. - SUMBER

No comments :

Post a Comment