unclemaniam.blogspot.com

Friday 11 March 2016

RUPANYA ELLY MAZLEIN SUDAH BERCERAI TAHUN LALU

No comments :


Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, baru saja menerima cahaya mata pertama semalam, rupa-rupanya ada perkhabaran yang tidak begitu mengembirakan di sebaliknya.

Lapor Harian Metro, Elly Mazlein sendiri mengesahkan bahawa beliau telah pun bercerai talak satu dengan suaminya, Azmi Hatta, tahun lalu. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan punca perceraian mereka kerana tidak mahu mengaibkan bekas suami.

"Cukup sekadar saya beritahu yang saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu.

Menjawab pada persoalan mengapa baru sekarang didedahkan mengenai status hubungan mereka itu, Elly berkata, "Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,".

Tambahnya lagi, beliau perlu kuat berdepan dengan semua dugaan ini dan tidak mahu menjadi perkara itu sebagai penghalang untuk beliau meneruskan hidup. - SUMBER

No comments :

Post a Comment