unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 9 March 2016

TMJ KONGSI GAMBAR BERSAMA CHRISTIANO RONALDO (3 GAMBAR)

No comments :


PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan bertemu bintang ternama Real Madrid, Cristiano Ronaldo ketika mengadakan sesi lawatan ke pusat latihan kelab Sepanyol itu, baru-baru ini.

Foto istimewa yang dikongsikan menerusi laman Facebook Johor Southern Tiger itu menerima lebih daripada 75,000 likes dan 9,742 perkongsian daripada pengikut mereka di laman sosial terbabit.

Dalam foto tersebut juga, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) sempat menyampaikan cenderahati JDT berupa mafla atau selendang lilit leher kepada pemain terbaik dunia itu. |

Sebagai balasan, Ronaldo kemudian dilaporkan telah menghadiahkan dua jersi eksklusif dirinya yang ditandatanganinya sendiri untuk TMJ dan juga pasukan JDT.



No comments :

Post a Comment