Maniam

unclemaniam.blogspot.com

Sunday 20 March 2016

"FILEM BUJANG LAPOK ADA 4 WAHAI CLEVER GIRL"

1 comment :


Siapa tonton program Clever Girl malam tadi? Sangkakan kejadian minggu lalu akan memberi pengajaran kepada mereka, namun masih tidak berubah bila mana netizen sekali lagi mengkritik 'kecerdikan' soalan yang diberikan kepada peserta program itu.

Soalan yang diberikan adalah berapa banyakkah filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok.

Jawapan yang diberikan oleh peserta Clever Girl adalah, tiga dan jawapan itu disahkan betul oleh hos program, Alif Satar.

Bagaimanapun, peminat tegar filem klasik Bujang Lapok tampil menafikan jawapan itu dengan memuat 4 koleksi filem BUjang Lapok seperti:

Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Seniman Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok

"Soalan di Clever Girl Malaysia, berapa filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok. Jawapan yang diberikan adalah 3. Masalahnya jawapan itu salah. Sebenarnya ada 4. Ini buktinya. Saya ada koleksi filem P.Ramlee tau. Jawapannya 4, bukan 3," kata Iffah Halim.

Justeru, netizen sekali lagi mempersoalkan soalan yang diberikan itu benar-benar menguji minda atau sekadar menepati dakwaan bahawa Clever Girl hanya sekadar Game Show bagi memenuhi slot malam Ahad TV3?

Terdahulu di minggu pertama Clever Girl, netizen mempersoalkan tahap kecerdikan pesertanya yang dilihat tidak mengenali Mahatma Gandhi serta tidak mengetahui bilangan negara yang terdapat dalam kepulauan Borneo. - SUMBER

"RAYANI AIR, INDAH KHABAR DARI RUPA"

No comments :


PUTRAJAYA - Tindakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga mendatangkan masalah kepada penumpang yang telah merancang perjalanan mereka dikritik oleh netizen termasuk, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Melalui laman Facebooknya beliau berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.

"Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi perlu menunaikan janji dan menepati masa yang menjadi salah satu prinsip syariah.

"Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk dipergadangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

"Jangan sewenang-wenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Perkara ini ditegah keras oleh Rasulullah SAW," katanya pada Jumaat lalu. - SUMBER

Wednesday 16 March 2016

ISTERI LARI IKUT JANTAN LAIN SELEPAS GAMBAR SELFIENYA DIHANTAR PADA BOMOH

No comments :

Nah, peringatan kepada gadis-gadis dan isteri-isteri orang di luar sana termasuklah isteri dan adik-adik perempuan saya sendiri.

Jangan asyik nak upload sangat gambar-gambar selfie di laman Facebook atau WeChat. Nanti tak pasal-pasal saja bercerai berai bagi perempuan yang sudah berkahwin. Bukan susah pun zaman sekarang ini nak buat bagi perempuan suka pada lelaki.

Lelaki yang berniat jahat akan melakukan perkara seperti ini:
"Simpan gambar perempuan itu yang diambil dari laman Facebook atau WeChatnya. Print gambar itu dan bawa gambarnya berjumpa dengan bomoh. Esok, tunggu sajalah perempuan itu sendiri akan hantar 'Private Message' pada lelaki itu untuk ajak berjumpa. Katanya rindu pada lelaki itu,"
Dengar seperti tidak masuk akal kan? Tetapi itulah kebenarannya dengan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya sendiri saksikan. Kasihan kawan saya bersedih memanjang bilamana isterinya lari mengikut jantan lain.

Perkahwinan mereka selama ini bahagia sahaja seperti pasangan lain, tiba-tiba isteri dia berubah dan lari mengikut lelaki lain. Inilah puncanya. Fikir-fikirkanlah.

Saya bukan nak kecam perempuan yang suka upload gambar yang tidak sepatutnya di media sosial. Tetapi ini sekadar peringatan pada anda dan juga isteri saya sendiri.

Zaman sekarang ini payah dan susah sangat kalau kita nak sekat hak isteri dari terjerumus ke arah media sosial ini. Nak mencegah sudah tak boleh, kita hanya mampu menasihatkan isteri agar beringat dan jangan terlalu leka dengan media sosial.

Kalau suami juga leka dan terlalu memberi kebebasan kepada isteri. bimbang nanti si suami pula yang akan menderita. Siapa yang pernah rasa penderitaan seperti ini sebab isteri buat hal sebegini, dia akan tahu bagaimana perit rasanya pada masa itu. Jadi, pandai-pandailah anda semua menjaga isteri masing-masing. Perbanyakkan amalan dan bawa isteri dekatkan diri dengan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat dan melindungi kita. - Driver Datuk

KUGAN, DARI MAT DESPATCH AIRASIA KINI JADI PILOT

No comments :

KISAH KUGAN...DARI OFFICE BOY/ DESPATCH KE JURUTERBANG!


Kugan Tangiisuran asalnya hanyalah seorang budak pejabat yang bekerja dengan Air Asia. Namun dalam diam-diam dia menyimpan hasrat yang tinggi untuk bergelar juruterbang. Tetapi dia asyik gagal dalam ujian kemasukan ke sekolah penerbangan. Bukan sekali, bukan dua kali...tetapi 11 kali!




Tan Sri Tony Fernandes tahu cita-cita tinggi pemuda tersebut malah beliau 'ada kuasa' sekiranya mahu Kugan memasuki sekolah penerbangan namun beliau tidak ingin berbuat demikian. Beliau mahu Kugan terus berusaha dan membuat yang terbaik agar diterima untuk menjadi pelatih juruterbang. Akhirnya pada percubaan terakhir, setelah habis kudrat dan daya, Kugan lulus dan diterima untuk menjadi pelatih.






Hari ini Kugan tidak menoleh ke belakang lagi. Daripada seorang budak pejabat merangkap Mat Despatch di pejabat Air Asia, pemuda berketurunan India itu kini telah menerbangkan pesawat Airbus milik syarikat berkenaan serta membawa ribuan penumpang merentasi benua dan lautan hingga ke destinasi yang dituju. Terbang tinggi di angkasa dengan megahnya!

Aku terbaca satu kata-kata hikmah di dalam FB Kugan;

" Keep going. Each step may get harder but dont STOP. The view is beautiful at the TOP! "

Tq Cik Zara Shamdin , my BFF yang kini dah bergelar Cabin Crew kerana bercerita mengenai kisah ini .Pada First Officer Kugan. Kami bangga dengan anda, SALUTE!

Syahril A. Kadir

"SUAMI 2 KALI CURANG DAN KAHWIN LAIN, SAYA TERGANTUNG TAK BERTALI SEHINGGA SEDAR BAHAWA....."

No comments :

Saya selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat kita sumua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga ada teladan dan sempadan di sana.

Saya kahwin umur 22, kira awal la juga, selepas saya frust sebab tak dapat sambung belajar. Saya student cemerlang..tapi masalah keluarga buat saya terkapai-kapai. Saya mula bekerja umur 18 tahun iaitu selepas SPM..menyara hidup sndiri.

Awal perkahwinan memang happy, walaupun selalu tergigit lidah. Tapi hanya bertahan tiga tahun.. selama itu bermacam-macam dugaan..suami saya dilamar oleh sorang student yang merupakan andartu.. waktu itu ekonomi kami sangat kritikal..saya tidak kerja..anak dah 2 orang..

Suami pula baru start keja..so saya cakap elok-elok dengn pompuan itu, jangan ganggu..tapi saya dimarah-marah dan suami pula membela dia. Pedih!!..

Masalah itu selesai setelah saya adukan kepada mak perempuan itu dan kami teruskan hidup seperti biasa..walaupun hati saya dah retak. Saya maafkan..

Kehidupan kami sempit..suami memang nak saya merasa susah dulu katanya..kadang-kadang tempat saya tidak ada air saya sendiri akan naik turun bukit angkat air untuk mandi, membasuh masak dan lain-lain.

Saya terima semua ini sebab saya isteri, saya nak syurga, saya pernah cakap kepada suami supaya kami sama-sama ubah kehidupan, saya nak rasa apa yang orang lain rasa walaupun tidak hidup mewah.

Tapi suami akan marah, katanya saya tidak sabar, jadi saya diamkan diri dan redha sebab saya tidak suka dia marah. Selalu keperluan rumah tidak cukup hingga anak saya dah pun masuk 3 orang, saya masih gunakan lampin kain.



Pernah mesin basuh rosak, jadi lampin itu saya akan basuh cepat-cepat dan jemur sekejap, lepas tu saya akan strika dan guna semula kerana kain lampin tidak banyak,.

Saya tetap gembira selagi suami masih menyayangi saya, saya pernah cakap pada dia, saya terima semua kekurangan asalkan dia hargai kasih sayang saya, sama-sama setia mengharungi suka duka.

Untuk membeli keperluan tidak cukup, saya mulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah, tapi duit tidak pernah simpan sebab dia nak guna, kalau dapat dapat RM30 saya bagi dia RM25, RM5 saya simpan untuk beli apa yang patut.

'Ribut' datang lagi bila anak dah masuk empat orang, waktu itu saya tumpah darah, saya sudah mengigil-gigl lemah tapi dia 'relax' sahaja.

Saya minta dia hantar ke klinik, semasa nak masuk klinik dia langsung tidak pimpin tangan saya sedangkan saya rasa macam nak mati. Rupa-rupanya dia tengah tergilakan seorang perempuan muda yang baru habis sekolah.

Dia sanggup tinggal saya sakit di rumah dengan anak-anak kecil kerana hantarkan perempuan itu balik kampung, hanya tuhan yang tahu hati saya merintih bersendirian.

Akhirnya satu hari ketika saya menyusukan anak saya yang merupakan seorang OKU berumur setahun, dia bagitahu yang dia nak kahwin dengan perempuan tiu, katanya dia nak saya terima, tidak boleh banah kerana emak dan ayah perempuan itu dah mengharap.

Allahurabbi.. saya sudah tidak mampu bercerita, keorang semua faham-faham sendiri.



Saya terima walaupun airmata saya sudah kering, saya tidak mampun mengadu kepada sesiapa, emak saya pun tengah sakit, saya telah sendirian tanpa kawan-kawan, tanpa siapa-siapa, saya gagahkan diri menguruskan anak-anak kecil yang nakal, dia tak bagi saya keluar rumah kerana tidak mahu saya mengadu kepada sesiapa.

Bermulalah dunia gelap saya..selalu ditinggalkan tanpa nafkah, kadang-kadang tiada lauk di rumah. Dia kononnya hendak berlaku adil tetapi menipu sahaja, Bila saya minta lebihkan perhatian kat anak-anak, dikatanya saya mengada-ngada dan saya kena mengalah sebab saya yang tua.

Saya banyak menangis, tidak tahu apa yang harus saya buat, 2 tahun saya merana, makan hati, saya dah macam bangkai bernyawa hingga akhirnya saya jatuh sakit yang teruk.

Satu hari, seorang sahabat saya kata, "kau takkan mempu ubah hati manusia, tapi kau mampu untuk ubah nasib sendiri,bangunlah!!, kau bodoh kalau terus macam ni,"

Saya tersentak, saya terus tersedar, memang saya bodoh, buat diri sendiri tersiksa.

Sejak hari itu, saya kuatkan semangat, saya cari ekrja, Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai pembantu kedai, saya uruskan anak-anak sendirian. Saya amat berterima kasih kepada jiran yang amat memahami, sudi emnjaga anak saya tanpa upah, ALlah dah atur segalanya.

Lima tahun berlalu, saya failkan perceraian kerana sudah berapa lama dia tidak bagi saya nafkah, rumah sewa pun saya yang bayar dan hampir setahun tidak bagi nafkah batin.

Tengok saya pun dia dah malas, dia memang tak nak lepaskan saya, dia nak gantung tidak bertali.

Alhamdulillah, saya minta tolong sahabat saya untuk guna khidmad peguam swasta dan kes berjalan dengan lacncar, Tapi saya langsung tidak dapat harta, nafkah, edah dan mutah daripada suami. Tetapi saya bersyukur dapat semua anak-anak.

Saya mulakn hidup abru sebagai janda, saya berdiri demi anak-anak, segalanya saya uruskan sendiri. Allah berikan saya rezeki yang luas, saya mampun untuk berniaga sendiri. Saya jaga anak-anak saya, didik mereka elok-elok. Tiada yang lebih membahagiakan selain anak-anak solehah.

Sejuk hati saya bila anak seawal umur 9 tahun sudah boleh mengimamkan solat dengan bacaan surah al fatihah dan surah lain dengan lancar.

Merekalah harta ayan dunia dan akhirat, saya tidak suka bersosial, keluar dengan kawan-kawan, lepak-lepak, karaoke lagilah tidak pernah, sebab saya nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Alhamdulillah, sampai sekrang dah ada anak saya menjangkau umur remaja, anak-anak saya tidak pernah buat masalah, tidak pernah couple macam budak-budak lain dan turut cemerlang di sekolah.

Itulah kebahagiaan saya dan redup hati ini bila tiap-tiap tahun anak-anak dapat anugerah pelajaran di sekolah. Syukur Ya Allah...

Sekrang ini dah 10 tahun saya single, ramai yang cuba berkawan...bujang, laki orang, duda..tapi saya tidak berkenan.

Saya pula jenis badan tidak gemuk, agak tinggi dan ramai yang kata seperti belum ada anak..maaf,, bukan saya nak bangga,tapi untuk mengingatkan yang fizikal kitam status kita bukan lesen untuk kita enjoy dengan lelaki.

MAruah perlu dijaga, agama letak dihadapan, dah banyak dan janda-janda yang merosakkan status mereka sendiri. - Ibu Tabah


SUMBER

Tuesday 15 March 2016

UPDATE: FIREFLY RESPON ISU IKLAN GUNA PUNGGUN WANITA

No comments :

KUALA LUMPUR - Gara-gara menerbitkan iklan yang mengandungi unsur seksis, Jumaat lalu, syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly Airlines membuat permohonan maaf, semalam.

Iklan yang menawarkan diskaun dari 10% - 60% bagi setiap penerbangan ke pelbagai destinasi itu dikritik netizen kerana tawaran tulisan 10%-50% itu dipamer pada punggung pramugarinya.

"Kami di Firefly tidak berniat untuk menjadi seksis dalam cara menjalankan perniagaan kami.

"Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan oleh itu kami memohon maaf," jelas kenyataan rasmi Firefly, semalam. - SUMBER

"SAKIT BANG! YA ALLAH!"

No comments :

Hari ini saya dapat satu pengalaman. Pengalaman melihat orang bersalin. Pengalaman di mana melihat seorang suami menangis melihat isteri. Pengalaman melihat seorang suami yang takut melihat keadaan isteri, melihat seorang ibu menahan sakit, menahan esakkan dan menahan kesakitan saat melahirkan seorang anak.

Ya Allah, sakit bersalin itu Allah sahaja yang tahu. Hujung mulut itu hanya menyebut Allah. Itu yang saya dengar dari mulut seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan mereka. Saya pun turut terasa sakitnya apabila melihat mereka.

Bersalin bukan satu perkara yang mudah. Ada yang saya tengok, sampai 4 jam masih tak boleh bersalin. Ada ibu yang minta nak C-section disebabkan tak larat nak meneran. Tetapi doktor tak benarkan sebab komplikasi lagi banyak seperti pendarahan. Masih juga doktor amalkan untuk SVD (bersalin normal). Ada yang terpaksa divaccum disebabkan baby lemas.

Ini yang terjadi saat saya bekerja tadi. Bila berlaku kecemasan, loceng kecemasan akan dibunyikan. Semua doktor dan staff nurse gm berlari mendapatkan patient disebabkan baby sudah kebiruan dan hampir collapse.

Kepala bayi keluar separuh tetapi badan tak boleh keluar. Doktor terpaksa panjat untuk menekan perut ibu disebabkan ibu sudah tidak larat mahu meneran. Bila keluar saja, terus berlari untuk suction bagi menyelamatkan bayi tersebut.

Alhamdulillah, keajaiban boleh berlaku di mana-mana. Bayi itu dilahirkan dengan selamat.

Sempat juga saya singgah menjenguk bayi itu. Tiba-tiba mulut terasa nak kumat-kamit.

"Sayang, dah besar nanti jadi budak baik tau? Sian ibu tadi nak melahirkan kamu pun susah. Dia bertarung nyawa demi kamu," lantas air mata bergenang kerana teringatkan ibu di rumah.

Bila dah dewasa ini, suka sakitkan hati dia. Tidak pernah terfikir langsung saat dia melahirkan kita. Bila tengok sendiri, barulah kita tahu betapa sakitnya perut ibu melihat kita yang selalu sakitkan hatinya.

Pengalaman yang bermakna. Kerja di Labour Room memang sangat best. Hari ini kerja tengok syurga kecil sahaja. - Siti Nurshuhadah, HSNZ

"AWAK DAH TERLANJUR DENGAN JANDA ITU, CERAIKAN SAYA !"

1 comment :


8 tahun lepas, saya ada isteri yang cantik, berkerjaya, kaya dan mewah. Tetapi semua itu hasil usaha dia sendiri sebelum berkahwin dengan saya.

Saya panggil dia Hani. Selepas setahun berkahwin, kami dapat anak yang saya panggil baby. Hani dengan baby penyeri hidup saya, tetapi Hani sibuk kerja siang malam.

Hani aktif berniaga di sana sini. Pagi, kerja di syarikat guaman. Malam, Hani buat kerja perniagaan onlinenya dan hantar barang pada pelanggan.


KAWAN MULA MENGHASUT

Hubungan kami bahagia sehinggalah baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut saya, kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah, malam tak keluar, jarang balas mesej di WhatsApp group.

Saya memberikan alasan bahawa saya sibuk menjaga baby, nanti lambat jemput anak dari rumah pengasuh, Hani tak ada dan sebagainya.

Mula-mula saya tidak kisah apa yang mereka berkata tentang saya. Tetapi lama kelamaan saya termakan juga hasutan mereka yang kononnya Hani tidak mementingkan rumah tangga.

Nak dijadikan cerita, saya mula balik lambat, selalu memarahi Hani. Hani duduk diam sahaja, tak melawan. Dia kata tak mengapa, nanti dia akan bayar lebih pada pengasuh. Di waktu malam, dia akan jaga baby walaupun terpaksa pergi berjumpa dengan pelanggan.


BERKENALAN DENGAN JANDA

Saya pula selepas itu asyik melayan media sosial seperti Facebook, sampailah terjumpa seorang janda ini. Kami berkawan selama 6 bulan sampai terlanjur. Saya berjanji akan berkahwin dengan janda ini, tetapi saya dibuang kerja kerana selalu ponteng pergi makan angin dengan janda ini.

Bila saya pulang ke kampung, saya cerita pada ibu yang saya nak kahwin lain sebab Hani sibuk dengan kerja. Ibu bubuh sampai pekak telinga dan ibu beri penampar sekali.

"Isteri awak sibuk bekerja mencari rezeki, awak pula sibuk berfoya-foya dengan janda itu. Rupa-rupanya Hani yang selalu hantar wang belanja pada ibu setiap bulan, bertanya khabar tentang ibu setiap hari sebab Hani anak yatim, tak ada sesiapa dah!" kata ibu.


TERLAMBAT UNTUK MENYESAL

Saya sedar saya salah, lebih-lebih lagi bila ibu cerita tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu. Saya nekad memutuskan hubungan dengan janda itu. Malangnya, janda itu meminta RM3,000 sebagai syarat untuk putuskan hubungan.

"Kalau awak tak bagi, saya akan jumpa isteri awak!" ugutnya.

Maka saya pun terpaksa memberikan RM3,000 kepada janda itu.

"Lepas ini, awak jangan muncul lagi di depan saya," tegas saya pada janda itu.

Penyesalan saya tidak habis di situ bilamana janda itu selpas dua minggu dia menghubungi saya untuk meminta wang sebanyak RM5,000.

Saya tak layan, akibatnya janda itu pergi berjumpa dengan Hani dan menceritakan segala-galanya. Janda itu memberitahu Hani yang kami juga pernah terlanjur bersama. Hani pengsan mendengar semua itu, dia tidak dapat menerima yang saya telah menipunya.

"Abang tak kerja tak apa, tak nak jaga anak tak apa, tetapi kenapa abang sanggup buat saya macam ini?" soal Hani dalam tangisan hati yang luluh tidak terkata.

Hani meminta saya ceraikan dia. Kalau tidak, Hani akan lari jauh-jauh dan membawa si kecil yang saya sayang itu sekali. Walaupun berat hati, saya terpaksa ceraikan juga.

Tetapi Hani baik, dia tetap hantar baby pada ibu, kirim wang belanja ibu dan dia langsung tidak pernah lupa pada ibu saya.


IBU RAYU RUJUK SEMULA

Selepas setahun bercerai, Hani sakit dan badannya menjadi kurus. Dia muntah-muntah darah. Ibu pujuk Hani kahwin semula dengan saya sebab Hani dengan baby tak ada siapa-siapa lagi. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu.

Selepas kahwin, Hani tinggal bersama ibu, saya bawa Hani pergi berubat sana sini, jumpa doktor, jumpa ustaz. Doktor kata Hani sihat sahaja, tiada masalah kesihatan. Darah pun okay. Tetapi ustaz pula kata Hani kena santau, puas kami ikhtiar, akhirnya Hani pergi pada waktu subuh buat selama-lamanya. Baby pada waktu itu berusia 3 tahun, atas pangku ibu semasa dalam perjalanan nak pergi ke hospital sebab sesak nafas. Tak sempat dah.

Hidup saya gelap pada waktu itu, semuanya sedih dan saya menyesal sebab pernah berlaku curang pada Hani.

Pada saya, suami di luar sana tidak perlulah mencari perempuan lain. Isteri kita bekerja ke, surirumah ke, itulah yang terbaik. Jangan jadi seperti saya yang ada isteri pun masih nak berlaku curang. Sekarang menyesal pun dah tak ada gunanya. Mujur saya masih mempunyai baby dan ibu.

Maaflah kalau tak faham perkongsian saya ini sebab saya sekolah sampai SRP sahaja. Itu pun Hani masih mahu menerima saya sebagai suami. Tolong doakan untuk Hani, moga Hani ditempatkan di kalangan orang beriman. Abang rindu sangat pada Hani. - SUMBER

"HENTI FITNAH PEKERJA SAYA !"

No comments :

KLANG - Tindakan seorang individu memuat naik gambar dua lelaki menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan pemboncengnya memegang objek yang didakwa parang di laman Facebook, telah menimbulkan fitnah.

Gambar yang telah viral meluas di media sosial itu mendakwa dua lelaki terbabit mempunyai niat yang jahat kerana membawa objek tajam tersebut di Klang Utama dan Aman Perdana.

Lela Balqis, tampil memberikan penjelasan bahawa dua lelaki terbabit adalah pekerja suaminya. Bukan penjenayah seperti yang didakwa di media sosial.

"Mohon semua agar tidak menyebarkan gambar mereka ini sebab mereka adalah pekerja suami saya yang bekerja dengan kontraktor pembersihan kawasan di Aman Perdana.

"Mereka bekerja memotong/mencantas pokok bunga. Mereka bawa alatan itu untuk buat kerja. Bukannya untuk melakukan jenayah. Mereka memang berkerja setiap hari di kawasan itu.

"Sekarang mereka takut untuk keluar bekerja. Kesian sangat-sangat. Saya harap mana-mana individu yang memuat naik gambar itu dapat membuang gambar itu segera," kata Lela. - SUMBER

Sunday 13 March 2016

CUACA PANAS MELAMPAU, SEKOLAH AKAN DITUTUP

No comments :
 
 KLANG, 13 Mac: Kementerian Pendidikan mungkin akan mengarahkan sekolah ditutup sementara jika cuaca panas melampau yang berlaku ketika ini semakin teruk apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas seminggu bercuti.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, langkah itu bagaimanapun bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Untuk jerebu, ada Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditetapkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan tutup sekolah berpandukan juga kepada IPU itu. Bagi cuaca panas melampau, penutupan sementara sekolah belum difikirkan buat masa ini, tetapi boleh dipertimbangkan.

"Penutupan sementara sekolah akibat cuaca panas melampau sering dilaksanakan di negara Asia Barat," katanya sambil menambah, langkah sedia ada dalam keadaan itu ialah memberi kuasa kepada pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas.", katanya sebagaimana lapor BH Online

PENJELASAN PENDEBAT TERBAIK ASIA, SYED SADDIQ DITUDUH KAKI CLUBBING

No comments :

13 Mac - Berikutan beberapa gambar yang memaparkan dirinya sedang 'berclubbing' tersebar menerusi beberapa portal berita, Syed Saddiq yang juga pendebat terbaik Asia dari UIA, Syed Saddiq tampil memberi respon.

Sebelum ini, sebuah sebuah blog mendakwa telah menerima lebih 100 gambar yang memaparkan Syed Saddiq sedang 'berclubbing'.

Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.

“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.

“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.

Sehubungan itu, Syed Saddiq menerusi Facebooknya tampil menerangkan perkara itu.

Di kenyataan itu, Syed Saddiq mengaku individu di dalam gambar itu adalah dirinya namun menafikan dia adalah seorang kaki clubbing.

Ikutinya kenyataan penuh dari Syed Saddiq :

====================

My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs

"I cannot change my past but I can change my future"

Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.

Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.
Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran

Walau tergadai nama baik sendiri.
Biar putih tulang jangan putih mata.

Agi idup agi ngelaban!

==================== 
 

CERITA SEBENAR TRELER 'SAPU' KERETA DI LUAR STADIUM HANG JEBAT

No comments :

Melaka, 13 Mac - Ketika orang ramai sedang asyik perlawanan bola sepak yang berlangsung antara PDRM dan JDT, dikhabarkan ada perkara yang tidak enak berlaku di luar stadium Hang Jebat.

Menerusi maklumat orang ramai di laman Twitter, lebih kurang 20 buah kereta dilanggar oleh sebuah lori ataupun treler. Difahamkan juga, kereta-kereta yang dilanggar itu diparkir di bahu jalan.

Orang ramai mula memuat naik gambar-gambar kejadian di media sosial.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. - sumber



Saturday 12 March 2016

UPDATE: "KAU SANGGUP TINGGALKAN AKU DEMI MERAMPAS SUAMI ORANG"

No comments :

Ingatkan sudah tamat kes Quyun Zulkifly, wanita yang diceraikan dengan talak 3 oleh bekas suaminya yang telah hilang selama tiga bulan rupa-rupanya berkahwin lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
"AKHIRNYA SAYA DICERAIKAN TALAK 3"
CERITA SEBENAR SUAMI KANTOI KAHWIN LAIN, ISTERI MENGAMUK DI MAJLIS PERSANDINGAN (VIDEO)

Terbaru, muncul pula bekas teman lelaki wanita yang didakwa sebagai perampas dan penghancur rumah tangga Quyun Zulkifly.

Yazid, barangkali berang dan terasa itulah balasan terhadap wanita bernama Norshahida Tohair, mendedahkan sikapnya yang angkuh dan kini telah memakan dirinya.

"Dulu semasa kau kantoi curang, kau minta putus. Kau kata aku tidak menghargai kau. Aku pujuk, ingatkan kau boleh berubah sikap, tetapi kau bersikap angkuh pula. Mention pula bukan perampas hak orang. Sekarang, tengok apa yang terjadi? Suami orang juga yang kau nak.

"Kau sanggup tinggalkan aku demi suami orang. Bajet-bajet macam ramai lelaki nak kat kau balik. Padahal kau yang gila nak laki orang. Sekarang satu Malaysia kenal siapa kau, perampas!" kata Yazid yang turut memuat naik gambar mesej terakhir dari bekas teman wanitanya itu.



"Aku tak nak ingat apa-apa lagi pasal kau. Aku harap kau dapat mulakan kehidupan baru kau tanpa aku dan tolong bebaskan aku memilih jalan hidup aku sendiri. Anggaplah antara kita sudah tiada jodoh.

"Kalau kau dulu tuduh aku curang pada kau, kau silap Yazid. Memang aku mengaku ramai bekas teman lelaki aku mahu bersama aku kembali dan mengharapkan seperti mana kau mahu sekarang ini. Mereka melamar aku, nak kahwin dengan aku tetapi aku tolak sebab aku tak nak, sebab aku bukan perampas.

"Memang seseorang yang kita terlalu sayang itu tiada ada gantinya. Kau takkan mampu mendapat seseorang yang sama seperti mana yang aku korban untuk kau selama ini," kata Norshahida.

Sementara itu, Quyun Zulkifly turut mengeluarkan kenyataan melalui Facebooknya.

"Newsfeed tetiba keluar status ini. Nroshahida Tohair? Macam kenal, tengok gambar lagilah kenal. Gilalah namanya kalau tak kenal kan? Patutlah. Nak nangis baca mesej yang dia hantar pada bekas teman lelaki. Hahaha! Moga korang berdua bahagia selamanya di atas penderitaan yang kau orang beri pada aku, terima kasih," katanya.

Muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya ahli keluarga pihak pengantin perempuan mempersoalkan tindakan laman Yazid memuat naik kisah lama itu di media sosial.



"Kenapa mesti mengaibkan keluarga pengantin perempuan? Untuk tujuan apa? Dah rasa diri itu sempurna sangat ke macam mana? Atau nak lanjutkan ke pihak berkuasa?" ugutnya. - SUMBER

"HISYAM JAWAB CALL AKAK, TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI ZIP" - QUYUN

No comments :
Gambar dari Azura Farid

Berang dengan tindakan Yazid, Haizad Ijat, adik kepada Norshahida Tohair yang didakwa merampas suami Quyun Zulkily mendedahkan cerita disebaliknya.

"Dulu kau buat apa pada kakak aku? Sampai dia masuk hospital, kau ingat dia anak patung kau nak pukul-pukul? Jangan ingat kau boleh buka aib orang, orang tak boleh buka aib kau selepas ini.

"Kalau kau tak puas hati dengan dia, kau boleh jumpa depan-depan dengan dia kan? Tak pauyah buat moment macam ni," kata Haizad yang kini telah menukar nama akaun Facebooknya.

Ekoran itu, Quyun pula tampil menjelaskan keadaan sebenar pada Haizad yang dilihat beria-ria mempertahankan kakaknya dari terus dikecam netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian.

"Adik Haizad Ijat, akak dengan rasa rendah diri ingin beri sedikit terjemahan kepada adik mengenai isu-isu ini semua. Kenapa tak siasat dulu? Dengar cerita dah tahu kami sudah bercerai bulan 9 talak 3. Pihak lelaki dah beritahu pada keluarga perempuan, kalau sudah tahu kenapa tidak minta surat bukti penceraian? Awak tahu kan dalam masa tiga bulan bekas suami akak tinggalkan akak dan mereka pergi berbulan madu mengalahkan suami isteri.

"Mereka tidur sebilik dalam 2 3 hari sedangkan akak masih isteri dia. Tahu tak apa perasaan akak pada waktu akak tahu dan tengok gambar-gambar mereka pergi berbulan madu? Bulan 9, hubungan akak dengan suami akak masih elok. Pergi sana sini, pergi berbulan madu. Tetapi akak dengar cerita suami aku mengaku bujang dan sudah bercerai dengan akak pada bulan 9.

"Selama bekas suami tinggalkan akak, satu sen pun dia tidak bagi. Okay, tak mengapa sebab akak tak kisah. Yang akak kisahkan ialah, kenapa kenduri besar-besaran boleh buat tetapi nafkah akak satu sen langsung tidak diberi? Sebutir beras pun dia tak hulurkan.

"Akak pergi majlis hari itu ada sebab, bukan nak main sergah seperti harimau kelaparan? Kalau betul waktu itu akak kelaparan, akak rasa muka kakak Haizad dah lama akak cakar. Awak tahu tak 3 bulan akak menderita kerana disebabkan oleh kakak Haizad? Dalam hati akak,
"Kenapa suami akak? Kenapa rampas suami akak?"

"Kenapa tiada maaf langsung dari Norshahida kalau betul dia tahu bekas suami itu adalah suami akak? Kenapa tak mesej atau call akak untuk minta maaf? Akak bukan nak meraih simpati tetapi mana isi hati sebagai seorang perempuan? Sampai hari ini mana perkataan maaf? Kalau betul dia tidak tahu Hisham sudah berkahwin, kenapa waktu akak datang, dia langsung tak naik hantu? Majlis kahwin tahu, bukan main kejar duduk waktu itu. Nampak sangat kakak awak dah tahu dari awal.

Zaman sekarang zaman canggih, boleh check semua. Sebab kakak awak sudah tahulah dia suruh Hisyam ceraikan akak dengan talak 3 supaya akak tak boleh rujuk dengan bekas suami. Akak tak kisah pun, ambillah, cuma akak kecewa dengan perangai kakak Haizad. Umur masih muda tetapi sanggup khianati kaum hawa sendiri.

"Kalau Hisyam burukkan akak pada kau orang semua, keluarga akak semua sebenarnya kami dan keluarga dia sama saja tak ada beza. Dua tahun lebih akak kahwin dengan dia, akak tahu dia macam mana dan dia pun tahu akak macam mana. Dia kenal keluarga akak dan akak pun kenal keluarga dia.

"Adik Haizad, akak dan keluarga dah rasa apa yang kau orang rasa sekarang. Akak dah puas kena hina, caci. 3 bulan dik, 3 bulan, jiran-jiran akak dah tahu semua. Aku sanggup menipu semuaj iran akan cakap suami akak pada ketika itu balik ke kampung jaga dusun sebab musim durian. 3 bulan suami akak keluar dari rumah tanpa berita. Tahu-tahu saja dia sudah berkahwin lain. Sedih akak, keluarga saja yang tahu bagaimana menderitanya menunggu suami di depan pintu rumah setiap hari tanpa rasa jemu.

"Sebelum akak tahu dia ada perempuan lain, akak dah macam orang gila cari dia di rumah kakak dia, tempat kerja lama. Rupa-rupanya dah kena buang kerja, akak pujuk bos dia suruh ambil dia bekerja semula. Bos dia terima tetapi dia pula sanggup tinggalkan akak sebab nak pergi bercuti dengan kakak Haizad. Sewa kereta 5-6 ratus sanggup akak ni satu sen tak bagi.

"Cuma akak nak beritahu, 15 Oktober 2015, suami akak beritahu ada job di Melaka. Akak merajuk sebab rasa tak sedap hati dan rasa berat sangat nak bagi dia pergi. Rupa-rupanya dia tipu akak, dia keluar dengan kakak Haizad. Dia langsung tak mesej akak, tak call akak, banyak kali akak call dia tetapi dia tak jawab. Mungkin takut terkantoi kalau dia angkat call akak.

"Tetapi bila jawab, tempat sunyi tiba-tiba bunyi zip. Apalah yang mereka buat agaknya. Allahuakbar!. Dan itulah hari terakhir akak duduk sebumbung dengan dia. Tak apalah dik, benda dah nak jadi. Akak penat menderita, menangis, penat ditipu, Alhamdulillah akak rasa lega yang teramat sangat bila dia ceraikan akak. Akak tak adalah nak meroyan sangat sebab akak tahu kenapa Allah pisahkan akak dengan dia. Akak pernah hidup dengan dia.

"Sekarang hari kakak Haizad pula hidup dengan bekas suami akak. Harap dan doakan mereka berdua bahagia hingga ke akhirat. Harap apa yang terjadi pada akak tidak akan terjadi pada kakak Haizad. Doakanlah yang terbaik buat mereka," kata Quyun Zulkifli. -

CERITA SEBENAR REMAJA KANTOI RAKAM WANITA DALAM TANDAS DI PASARAYA LANGKAWI

No comments :


Seorang remaja ditahan selepas kantoi merakam aksi wanita membuang air kecil di tandas sebuah Pasaraya di Langkawi. Mengikut info yang diterima Suspek sebelum ini telah melakukan perkara yang sama berikutan koleksi video didalam telefon bimbitnya. Suspek telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Mana kala seorang pengguna facebook Lavender Violet mengatakan bahwa salah seorang mangsa adalah rekannya.

“Hati2 warga LSS kes terbaru budak baju oren ni buat cubaan berani mati nk skodeng budak pempuan dalam toilet….siap dok record guna phone lagi…banyak da video mangsa2 lain dalam phone dia …si mangsa member sy plak tu..haish geram plak aku ngan budak x cukup akai ni ….budak ni da kat balai da lani….tempat kejadian kat Parade toilet tingkat 3….kepada kaum hawa, hati2 bila masuk toilet awam, bawa kawan ramai2 pi teman….pengajaran buat diri sendiri….take note..”


Masih dalam kes yang sama seorang lelaki warga asing ditahan setelah mengintai tandas perempuan di AEON Bandar Tun Hussien Onn.

Mangsa yang mendongak ke atas melihat lelaki itu terus menjerit dan mengadukannya pada pihak security,dalam siasatan suspek cuba memberikan alasan salah masuk tandas.

PROMOSI TIKET MURAH GUNA PUNGGUNG WANITA, FIREFLY DIKRITIK PENGGUNA

No comments :

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Strategi tawaran tiket murah yang diiklankan oleh syarikat penerbangan kos rendah Firefly nampaknya tidak membuatkan pengguna teruja.

Sebaliknya potongan harga itu, sehingga 60 peratus, di punggung wanita berpakaian skirt dipertikaikan pengguna Facebook yang melawat laman iklan tersebut sejak semalam.

Susulan reaksi negatif pengguna, iklan itu tidak lagi dimuatkan di Facebook ketika Malay Mail Online menyemaknya hari ini.

Iklan yang dimuatkan di laman rasmi Firefly di media sosial itu memaparkan dua bahagian belakang wanita: satunya bertulis 50%, manakala satu lagi 10%.

Di sisi kanan imej punggung wanita itu, tertulis “Oooppss.. We Did It Again”.

Iklan anak syarikat Malaysia Airlines Berhad itu menawarkan potongan bagi semua penerbangan untuk semua destinasi. Tawaran itu terhad tiga hari sehingga 13 Mac ini, bagi penerbangan sehingga Mac 2017.

Grafik iklan itu, yang disertakan tulisan “kami beri lagi tambahan 10 peratus potongan untuk anda”, rata-ratanya mengundang reaksi negatif pengguna Facebook.

Heather Smeaton menyifatkan iklan itu amat seksis dan tidak menghormati wanita.

“Tawaran yang dicetak di punggung pramugari memberi tanggapan buruk tentang bagaimana pandangan anda terhadap kakitangan wanita dan wanita umumnya,” tulisnya. “Saya rasa anda perlu sediakan iklan baru”.

Eroul Ismail: “Saya marah dengan gambar ini, bukan promosi yang ditawarkan. Sila tukar gambar sebelum ia bertukar viral. Alamak!”

Zack Zainu: “Idea siapa ini? Nampak macam salah dan tidak OK.”

Lysa Abdullah: “Kenapa punggung!???”



Firefly mendapat kritikan pengguna Facebook susulan iklan promosi harga potongan yang menggunakan imej punggung wanita.

Malay Mail Online sejak semalam cuba mendapat reaksi daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu berhubung iklan-iklan tersebut.

Iklan terbaru ini, yang turut dimuatkan di laman web rasmi, kali kedua Firefly menggunakan imej punggung wanita untuk menawarkan potongan harga.

Pada 7 Mac lalu, syarikat itu menawarkan diskaun 50 peratus sempena pameran pelancongan terbesar Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dengan tulisan “Come grab it real fast”, atau “mari dapatkannya cepat-cepat”.

Angka itu diletakkan di punggung pramugari yang berpakaian oren, warna rasmi Firefly, membayangkan wanita itu terkena cat “50 per cent off” selepas duduk di bangku.

Iklan ini sudah mendapat reaksi-reaksi negatif pengunjung laman tersebut yang menganggapnya seksis dan tidak wajar.

Mengulas iklan-iklan tersebut, Adriene Leong menulis: “Iklan pertama mungkin keputusan yang tidak difikirkan betul-betul, tetapi sengaja menyiarkan iklan kedua, selepas mendapat maklum balas negatif, menunjukkan Firefly benar-benar fikir tidak mengapa menjadikan wanita sebagai objek, terutamanya anak kapal mereka sendiri. Mengecewakan”. - See more at:

"SAYA NASIHATKAN NAJIB CARI BINI BARU" - TAN SRI ADENAN (VIDEO)

No comments :

Kuching, 12 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini menzahirkan kekagumannya dengan usaha Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan nasih dan pembangunan di Sarawak.

Adenan berkata kekerapan Najib melakukan lawatan kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri terdahulu.

“Terima kasih (Perdana Menteri) semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti orang laut dan Iban.

“(Disebabkan itu) saya nasihatkan Perdana Menteri untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban” katanya secara berjenaka ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, sebentar tadi.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri tersebut.

Menurut Adenan lagi, sepanjang enam tahun memimpin negara, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47 kali ke Sarawak.

“Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo.

“Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16 billion untuk negeri Sarawak.

“Itu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya dan ia amat mengkagumkan, beliau bukan datang dengan tangan kosong, setiap kali datang ada sahaja pengumuman besar untuk pembangunan negeri ini,” katanya sebagaimana lapor Suara TV. - sumber


HARAM AMBIL BARANG DARI KENDERAAN TERLIBAT KEMALANGAN TANPA KEBENARAN - MUFTI SELANGOR

No comments :

SHAH ALAM 12 Mac – Orang ramai khususnya umat Islam diingatkan supaya tidak mengambil apa-apa barangan termasuklah makanan dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana perbuatan itu tidak boleh dilakukan sama sekali dan hukumnya adalah haram sekiranya baranganitu diambil tanpa kebenaran dari pemiliknya.

Perkara itu ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.

"Haram tetap haram, kenderaan yang membawa muatan barangan atau makanan terlibat dalam kemalangan itu ada pemiliknya. Pemandu kenderaan yang membawa muatan tersebut itu adalah pemegang amanah.

"Maka, mana-mana pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil apa-apa barangan atau makanan daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sama ada barangan itu kecil atau besar tanpa kebenaran pemiliknya," katanya menurut laporan Utusan Online.

Mohd Tamyes berkata sedemikian ketika mengulas tentang penyebaran gambar orang ramai mengutip vico dari lori yang terbalik di Jalan Klang-Teluk Intan pada pagi semalam.

Mohd Tamyes juga turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab membantu mana-mana pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan selain bersama-sama melindugi barangan yang dibawa oleh kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi Siakapkeli hari ini menafikan laporan dari sebuah portal arus perdana yang menyatakan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan yang menyebut pihak pengurusan lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai mengambil barangan tersebut.

"Saya cuma mengesahkan ada kemalangan. Itu sahaja.

"Ya, saya ada diberitahu tentang laporan (dari media arus perdana) itu. Saya minta pihak-pihak berkenaan betulkan lah", kata Ruslan Abdullah ringkas.

Pihak pengurusan lori pula ketika dihubungi oleh Siakap Keli berkata pihaknya terkejut apabila melihat gambar orang ramai mengutip vico yang viral.

Selain itu pihaknya juga berharap perkara seumpama tidak berlaku di masa hadapan dan berharap agar orang ramai lebih prihatin.

Semalam, beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip produk vico yang terjatuh dari sebuah lori terbalik. - SUMBER

5 TABIAT INI PERLU ANDA ELAK KETIKA MEMANDU KERETA TRANSMISI AUTOMATIK

No comments :

Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan dengan membawa kereta bertransmisi manual, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya kereta anda lebih terjaga.

Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained di Youtube, menjelaskan beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik yang mungkin boleh membahayakan kereta. Fenske bukan sahaja menjelaskan tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan secara teknikal kenapa ia perlu dielakkan




1 - Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan 'Neutral'.
Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit dengan alasan untuk menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman moden mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam keadaan 'neutral' ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah mengarut. Malah ia boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa kawalan terhadap kereta anda ketika ia dalam keadaan 'neutral' (seperti memecut).



2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.
Di dalam 'point' kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke hadapan atau ke belakang) tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa bekerja sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak.



3 - Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan 'neutral' kemudian pecut.
Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak dan meletakkan kereta dalam 'drive' boleh menyebabkan sistem transmisi anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi sangat mahal untuk ditukar ganti.




4 - Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan 'neutral' ketika menunggu lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)
Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak dari keadaan brek jika dibandingkan dari keadaan "neutral" ke "drive".

**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan 'neutral'. Jenuh kaki nak tekan brek. ;-)

Tapi apa yang perlu anda 'take note' adalah terlalu kerap menukar gear dari 'drive' ke 'neutral' juga akan membawa kesan negatif terhadap sistem transmisi kereta anda.



5 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum ia betul-betul berhenti.
Sekiranya anda mahu 'parking' kereta anda, pastikan ia betul-betul berhenti sebelum meletakkan gear ke mode 'parking'. Jika tidak, anda boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.




Ingin lebih penjelasan teknikal? Tonton video ini :
 

Friday 11 March 2016

ANAK DIKANDUNG ANAK LUAR NIKAH, LANA NORDIN MENGAMUK

No comments :

Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempersoalkan status sebenar anak perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin. Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.

Antara komen yang diterima ialah Lana sudah mengandung sewaktu beliau berkahwin dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak semua berfikiran negatif seperti itu. Beberapa pengikut Instagram mempertahankan Lana dan mempercayai kadang-kala kiraan seseorang itu tidak betul.







Mengenai mereka yang mempertikaikan status anaknya, Lana menerusi ruang komen di akaun Instagram miliknya berkata beliau dan suami tidak akan memaafkan mereka yang menghina anaknya sehingga ke akhir hayat.

Berikut adalah komen penuh Lana :-

Ni la manusia…bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar….tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta….dlm blog, social media yg lain??…macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior…apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang Nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??

Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang2 seperti mana anad buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy…






Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on…but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!… Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur bad speculation and mean harm writing or comment.

Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapkan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyallah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua…terima kasih dan salam semua.

Mungkin Lana Nodin sebelum ini dilabelkan sebagai gadis “liar” tetapi itu semua kisah dahulu. Manusia itu boleh berubah dan tidak dapat dinafikan Lana sudah menjadi wanita yang lebih baik daripada sebelumnya. Janganlah terus anggap seseorang itu negatif sehingga ke akhir hayat. Diri kita ini belum tentu lagi sempurna.