Showing posts with label KISAH. Show all posts
Wednesday, 16 March 2016
ISTERI LARI IKUT JANTAN LAIN SELEPAS GAMBAR SELFIENYA DIHANTAR PADA BOMOH
Nah, peringatan kepada gadis-gadis dan isteri-isteri orang di luar sana termasuklah isteri dan adik-adik perempuan saya sendiri.
Jangan asyik nak upload sangat gambar-gambar selfie di laman Facebook atau WeChat. Nanti tak pasal-pasal saja bercerai berai bagi perempuan yang sudah berkahwin. Bukan susah pun zaman sekarang ini nak buat bagi perempuan suka pada lelaki.
Lelaki yang berniat jahat akan melakukan perkara seperti ini:
"Simpan gambar perempuan itu yang diambil dari laman Facebook atau WeChatnya. Print gambar itu dan bawa gambarnya berjumpa dengan bomoh. Esok, tunggu sajalah perempuan itu sendiri akan hantar 'Private Message' pada lelaki itu untuk ajak berjumpa. Katanya rindu pada lelaki itu,"Dengar seperti tidak masuk akal kan? Tetapi itulah kebenarannya dengan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya sendiri saksikan. Kasihan kawan saya bersedih memanjang bilamana isterinya lari mengikut jantan lain.
Perkahwinan mereka selama ini bahagia sahaja seperti pasangan lain, tiba-tiba isteri dia berubah dan lari mengikut lelaki lain. Inilah puncanya. Fikir-fikirkanlah.
Saya bukan nak kecam perempuan yang suka upload gambar yang tidak sepatutnya di media sosial. Tetapi ini sekadar peringatan pada anda dan juga isteri saya sendiri.
Zaman sekarang ini payah dan susah sangat kalau kita nak sekat hak isteri dari terjerumus ke arah media sosial ini. Nak mencegah sudah tak boleh, kita hanya mampu menasihatkan isteri agar beringat dan jangan terlalu leka dengan media sosial.
Kalau suami juga leka dan terlalu memberi kebebasan kepada isteri. bimbang nanti si suami pula yang akan menderita. Siapa yang pernah rasa penderitaan seperti ini sebab isteri buat hal sebegini, dia akan tahu bagaimana perit rasanya pada masa itu. Jadi, pandai-pandailah anda semua menjaga isteri masing-masing. Perbanyakkan amalan dan bawa isteri dekatkan diri dengan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat dan melindungi kita. - Driver Datuk
KUGAN, DARI MAT DESPATCH AIRASIA KINI JADI PILOT
KISAH KUGAN...DARI OFFICE BOY/ DESPATCH KE JURUTERBANG!

Kugan Tangiisuran asalnya hanyalah seorang budak pejabat yang bekerja dengan Air Asia. Namun dalam diam-diam dia menyimpan hasrat yang tinggi untuk bergelar juruterbang. Tetapi dia asyik gagal dalam ujian kemasukan ke sekolah penerbangan. Bukan sekali, bukan dua kali...tetapi 11 kali!

Tan Sri Tony Fernandes tahu cita-cita tinggi pemuda tersebut malah beliau 'ada kuasa' sekiranya mahu Kugan memasuki sekolah penerbangan namun beliau tidak ingin berbuat demikian. Beliau mahu Kugan terus berusaha dan membuat yang terbaik agar diterima untuk menjadi pelatih juruterbang. Akhirnya pada percubaan terakhir, setelah habis kudrat dan daya, Kugan lulus dan diterima untuk menjadi pelatih.


Hari ini Kugan tidak menoleh ke belakang lagi. Daripada seorang budak pejabat merangkap Mat Despatch di pejabat Air Asia, pemuda berketurunan India itu kini telah menerbangkan pesawat Airbus milik syarikat berkenaan serta membawa ribuan penumpang merentasi benua dan lautan hingga ke destinasi yang dituju. Terbang tinggi di angkasa dengan megahnya!
Aku terbaca satu kata-kata hikmah di dalam FB Kugan;
" Keep going. Each step may get harder but dont STOP. The view is beautiful at the TOP! "
Tq Cik Zara Shamdin , my BFF yang kini dah bergelar Cabin Crew kerana bercerita mengenai kisah ini .Pada First Officer Kugan. Kami bangga dengan anda, SALUTE!
Syahril A. Kadir
"SUAMI 2 KALI CURANG DAN KAHWIN LAIN, SAYA TERGANTUNG TAK BERTALI SEHINGGA SEDAR BAHAWA....."
Saya selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat kita sumua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga ada teladan dan sempadan di sana.
Saya kahwin umur 22, kira awal la juga, selepas saya frust sebab tak dapat sambung belajar. Saya student cemerlang..tapi masalah keluarga buat saya terkapai-kapai. Saya mula bekerja umur 18 tahun iaitu selepas SPM..menyara hidup sndiri.
Awal perkahwinan memang happy, walaupun selalu tergigit lidah. Tapi hanya bertahan tiga tahun.. selama itu bermacam-macam dugaan..suami saya dilamar oleh sorang student yang merupakan andartu.. waktu itu ekonomi kami sangat kritikal..saya tidak kerja..anak dah 2 orang..
Suami pula baru start keja..so saya cakap elok-elok dengn pompuan itu, jangan ganggu..tapi saya dimarah-marah dan suami pula membela dia. Pedih!!..
Masalah itu selesai setelah saya adukan kepada mak perempuan itu dan kami teruskan hidup seperti biasa..walaupun hati saya dah retak. Saya maafkan..
Kehidupan kami sempit..suami memang nak saya merasa susah dulu katanya..kadang-kadang tempat saya tidak ada air saya sendiri akan naik turun bukit angkat air untuk mandi, membasuh masak dan lain-lain.
Saya terima semua ini sebab saya isteri, saya nak syurga, saya pernah cakap kepada suami supaya kami sama-sama ubah kehidupan, saya nak rasa apa yang orang lain rasa walaupun tidak hidup mewah.
Tapi suami akan marah, katanya saya tidak sabar, jadi saya diamkan diri dan redha sebab saya tidak suka dia marah. Selalu keperluan rumah tidak cukup hingga anak saya dah pun masuk 3 orang, saya masih gunakan lampin kain.

Pernah mesin basuh rosak, jadi lampin itu saya akan basuh cepat-cepat dan jemur sekejap, lepas tu saya akan strika dan guna semula kerana kain lampin tidak banyak,.
Saya tetap gembira selagi suami masih menyayangi saya, saya pernah cakap pada dia, saya terima semua kekurangan asalkan dia hargai kasih sayang saya, sama-sama setia mengharungi suka duka.
Untuk membeli keperluan tidak cukup, saya mulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah, tapi duit tidak pernah simpan sebab dia nak guna, kalau dapat dapat RM30 saya bagi dia RM25, RM5 saya simpan untuk beli apa yang patut.
'Ribut' datang lagi bila anak dah masuk empat orang, waktu itu saya tumpah darah, saya sudah mengigil-gigl lemah tapi dia 'relax' sahaja.
Saya minta dia hantar ke klinik, semasa nak masuk klinik dia langsung tidak pimpin tangan saya sedangkan saya rasa macam nak mati. Rupa-rupanya dia tengah tergilakan seorang perempuan muda yang baru habis sekolah.
Dia sanggup tinggal saya sakit di rumah dengan anak-anak kecil kerana hantarkan perempuan itu balik kampung, hanya tuhan yang tahu hati saya merintih bersendirian.
Akhirnya satu hari ketika saya menyusukan anak saya yang merupakan seorang OKU berumur setahun, dia bagitahu yang dia nak kahwin dengan perempuan tiu, katanya dia nak saya terima, tidak boleh banah kerana emak dan ayah perempuan itu dah mengharap.
Allahurabbi.. saya sudah tidak mampu bercerita, keorang semua faham-faham sendiri.

Saya terima walaupun airmata saya sudah kering, saya tidak mampun mengadu kepada sesiapa, emak saya pun tengah sakit, saya telah sendirian tanpa kawan-kawan, tanpa siapa-siapa, saya gagahkan diri menguruskan anak-anak kecil yang nakal, dia tak bagi saya keluar rumah kerana tidak mahu saya mengadu kepada sesiapa.
Bermulalah dunia gelap saya..selalu ditinggalkan tanpa nafkah, kadang-kadang tiada lauk di rumah. Dia kononnya hendak berlaku adil tetapi menipu sahaja, Bila saya minta lebihkan perhatian kat anak-anak, dikatanya saya mengada-ngada dan saya kena mengalah sebab saya yang tua.
Saya banyak menangis, tidak tahu apa yang harus saya buat, 2 tahun saya merana, makan hati, saya dah macam bangkai bernyawa hingga akhirnya saya jatuh sakit yang teruk.
Satu hari, seorang sahabat saya kata, "kau takkan mempu ubah hati manusia, tapi kau mampu untuk ubah nasib sendiri,bangunlah!!, kau bodoh kalau terus macam ni,"
Saya tersentak, saya terus tersedar, memang saya bodoh, buat diri sendiri tersiksa.
Sejak hari itu, saya kuatkan semangat, saya cari ekrja, Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai pembantu kedai, saya uruskan anak-anak sendirian. Saya amat berterima kasih kepada jiran yang amat memahami, sudi emnjaga anak saya tanpa upah, ALlah dah atur segalanya.
Lima tahun berlalu, saya failkan perceraian kerana sudah berapa lama dia tidak bagi saya nafkah, rumah sewa pun saya yang bayar dan hampir setahun tidak bagi nafkah batin.
Tengok saya pun dia dah malas, dia memang tak nak lepaskan saya, dia nak gantung tidak bertali.
Alhamdulillah, saya minta tolong sahabat saya untuk guna khidmad peguam swasta dan kes berjalan dengan lacncar, Tapi saya langsung tidak dapat harta, nafkah, edah dan mutah daripada suami. Tetapi saya bersyukur dapat semua anak-anak.
Saya mulakn hidup abru sebagai janda, saya berdiri demi anak-anak, segalanya saya uruskan sendiri. Allah berikan saya rezeki yang luas, saya mampun untuk berniaga sendiri. Saya jaga anak-anak saya, didik mereka elok-elok. Tiada yang lebih membahagiakan selain anak-anak solehah.
Sejuk hati saya bila anak seawal umur 9 tahun sudah boleh mengimamkan solat dengan bacaan surah al fatihah dan surah lain dengan lancar.
Merekalah harta ayan dunia dan akhirat, saya tidak suka bersosial, keluar dengan kawan-kawan, lepak-lepak, karaoke lagilah tidak pernah, sebab saya nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak.
Alhamdulillah, sampai sekrang dah ada anak saya menjangkau umur remaja, anak-anak saya tidak pernah buat masalah, tidak pernah couple macam budak-budak lain dan turut cemerlang di sekolah.
Itulah kebahagiaan saya dan redup hati ini bila tiap-tiap tahun anak-anak dapat anugerah pelajaran di sekolah. Syukur Ya Allah...
Sekrang ini dah 10 tahun saya single, ramai yang cuba berkawan...bujang, laki orang, duda..tapi saya tidak berkenan.
Saya pula jenis badan tidak gemuk, agak tinggi dan ramai yang kata seperti belum ada anak..maaf,, bukan saya nak bangga,tapi untuk mengingatkan yang fizikal kitam status kita bukan lesen untuk kita enjoy dengan lelaki.
MAruah perlu dijaga, agama letak dihadapan, dah banyak dan janda-janda yang merosakkan status mereka sendiri. - Ibu Tabah
SUMBER
Tuesday, 15 March 2016
"SAKIT BANG! YA ALLAH!"
Hari ini saya dapat satu pengalaman. Pengalaman melihat orang bersalin. Pengalaman di mana melihat seorang suami menangis melihat isteri. Pengalaman melihat seorang suami yang takut melihat keadaan isteri, melihat seorang ibu menahan sakit, menahan esakkan dan menahan kesakitan saat melahirkan seorang anak.
Ya Allah, sakit bersalin itu Allah sahaja yang tahu. Hujung mulut itu hanya menyebut Allah. Itu yang saya dengar dari mulut seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan mereka. Saya pun turut terasa sakitnya apabila melihat mereka.
Bersalin bukan satu perkara yang mudah. Ada yang saya tengok, sampai 4 jam masih tak boleh bersalin. Ada ibu yang minta nak C-section disebabkan tak larat nak meneran. Tetapi doktor tak benarkan sebab komplikasi lagi banyak seperti pendarahan. Masih juga doktor amalkan untuk SVD (bersalin normal). Ada yang terpaksa divaccum disebabkan baby lemas.
Ini yang terjadi saat saya bekerja tadi. Bila berlaku kecemasan, loceng kecemasan akan dibunyikan. Semua doktor dan staff nurse gm berlari mendapatkan patient disebabkan baby sudah kebiruan dan hampir collapse.
Kepala bayi keluar separuh tetapi badan tak boleh keluar. Doktor terpaksa panjat untuk menekan perut ibu disebabkan ibu sudah tidak larat mahu meneran. Bila keluar saja, terus berlari untuk suction bagi menyelamatkan bayi tersebut.
Alhamdulillah, keajaiban boleh berlaku di mana-mana. Bayi itu dilahirkan dengan selamat.
Sempat juga saya singgah menjenguk bayi itu. Tiba-tiba mulut terasa nak kumat-kamit.
"Sayang, dah besar nanti jadi budak baik tau? Sian ibu tadi nak melahirkan kamu pun susah. Dia bertarung nyawa demi kamu," lantas air mata bergenang kerana teringatkan ibu di rumah.
Bila dah dewasa ini, suka sakitkan hati dia. Tidak pernah terfikir langsung saat dia melahirkan kita. Bila tengok sendiri, barulah kita tahu betapa sakitnya perut ibu melihat kita yang selalu sakitkan hatinya.
Pengalaman yang bermakna. Kerja di Labour Room memang sangat best. Hari ini kerja tengok syurga kecil sahaja. - Siti Nurshuhadah, HSNZ
"AWAK DAH TERLANJUR DENGAN JANDA ITU, CERAIKAN SAYA !"
8 tahun lepas, saya ada isteri yang cantik, berkerjaya, kaya dan mewah. Tetapi semua itu hasil usaha dia sendiri sebelum berkahwin dengan saya.
Saya panggil dia Hani. Selepas setahun berkahwin, kami dapat anak yang saya panggil baby. Hani dengan baby penyeri hidup saya, tetapi Hani sibuk kerja siang malam.
Hani aktif berniaga di sana sini. Pagi, kerja di syarikat guaman. Malam, Hani buat kerja perniagaan onlinenya dan hantar barang pada pelanggan.
KAWAN MULA MENGHASUT
Hubungan kami bahagia sehinggalah baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut saya, kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah, malam tak keluar, jarang balas mesej di WhatsApp group.
Saya memberikan alasan bahawa saya sibuk menjaga baby, nanti lambat jemput anak dari rumah pengasuh, Hani tak ada dan sebagainya.
Mula-mula saya tidak kisah apa yang mereka berkata tentang saya. Tetapi lama kelamaan saya termakan juga hasutan mereka yang kononnya Hani tidak mementingkan rumah tangga.
Nak dijadikan cerita, saya mula balik lambat, selalu memarahi Hani. Hani duduk diam sahaja, tak melawan. Dia kata tak mengapa, nanti dia akan bayar lebih pada pengasuh. Di waktu malam, dia akan jaga baby walaupun terpaksa pergi berjumpa dengan pelanggan.
BERKENALAN DENGAN JANDA
Saya pula selepas itu asyik melayan media sosial seperti Facebook, sampailah terjumpa seorang janda ini. Kami berkawan selama 6 bulan sampai terlanjur. Saya berjanji akan berkahwin dengan janda ini, tetapi saya dibuang kerja kerana selalu ponteng pergi makan angin dengan janda ini.
Bila saya pulang ke kampung, saya cerita pada ibu yang saya nak kahwin lain sebab Hani sibuk dengan kerja. Ibu bubuh sampai pekak telinga dan ibu beri penampar sekali.
"Isteri awak sibuk bekerja mencari rezeki, awak pula sibuk berfoya-foya dengan janda itu. Rupa-rupanya Hani yang selalu hantar wang belanja pada ibu setiap bulan, bertanya khabar tentang ibu setiap hari sebab Hani anak yatim, tak ada sesiapa dah!" kata ibu.
TERLAMBAT UNTUK MENYESAL
Saya sedar saya salah, lebih-lebih lagi bila ibu cerita tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu. Saya nekad memutuskan hubungan dengan janda itu. Malangnya, janda itu meminta RM3,000 sebagai syarat untuk putuskan hubungan.
"Kalau awak tak bagi, saya akan jumpa isteri awak!" ugutnya.
Maka saya pun terpaksa memberikan RM3,000 kepada janda itu.
"Lepas ini, awak jangan muncul lagi di depan saya," tegas saya pada janda itu.
Penyesalan saya tidak habis di situ bilamana janda itu selpas dua minggu dia menghubungi saya untuk meminta wang sebanyak RM5,000.
Saya tak layan, akibatnya janda itu pergi berjumpa dengan Hani dan menceritakan segala-galanya. Janda itu memberitahu Hani yang kami juga pernah terlanjur bersama. Hani pengsan mendengar semua itu, dia tidak dapat menerima yang saya telah menipunya.
"Abang tak kerja tak apa, tak nak jaga anak tak apa, tetapi kenapa abang sanggup buat saya macam ini?" soal Hani dalam tangisan hati yang luluh tidak terkata.
Hani meminta saya ceraikan dia. Kalau tidak, Hani akan lari jauh-jauh dan membawa si kecil yang saya sayang itu sekali. Walaupun berat hati, saya terpaksa ceraikan juga.
Tetapi Hani baik, dia tetap hantar baby pada ibu, kirim wang belanja ibu dan dia langsung tidak pernah lupa pada ibu saya.
IBU RAYU RUJUK SEMULA
Selepas setahun bercerai, Hani sakit dan badannya menjadi kurus. Dia muntah-muntah darah. Ibu pujuk Hani kahwin semula dengan saya sebab Hani dengan baby tak ada siapa-siapa lagi. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu.
Selepas kahwin, Hani tinggal bersama ibu, saya bawa Hani pergi berubat sana sini, jumpa doktor, jumpa ustaz. Doktor kata Hani sihat sahaja, tiada masalah kesihatan. Darah pun okay. Tetapi ustaz pula kata Hani kena santau, puas kami ikhtiar, akhirnya Hani pergi pada waktu subuh buat selama-lamanya. Baby pada waktu itu berusia 3 tahun, atas pangku ibu semasa dalam perjalanan nak pergi ke hospital sebab sesak nafas. Tak sempat dah.
Hidup saya gelap pada waktu itu, semuanya sedih dan saya menyesal sebab pernah berlaku curang pada Hani.
Pada saya, suami di luar sana tidak perlulah mencari perempuan lain. Isteri kita bekerja ke, surirumah ke, itulah yang terbaik. Jangan jadi seperti saya yang ada isteri pun masih nak berlaku curang. Sekarang menyesal pun dah tak ada gunanya. Mujur saya masih mempunyai baby dan ibu.
Maaflah kalau tak faham perkongsian saya ini sebab saya sekolah sampai SRP sahaja. Itu pun Hani masih mahu menerima saya sebagai suami. Tolong doakan untuk Hani, moga Hani ditempatkan di kalangan orang beriman. Abang rindu sangat pada Hani. - SUMBER
Sunday, 13 March 2016
PENJELASAN PENDEBAT TERBAIK ASIA, SYED SADDIQ DITUDUH KAKI CLUBBING
13 Mac - Berikutan beberapa gambar yang memaparkan dirinya sedang 'berclubbing' tersebar menerusi beberapa portal berita, Syed Saddiq yang juga pendebat terbaik Asia dari UIA, Syed Saddiq tampil memberi respon.
Sebelum ini, sebuah sebuah blog mendakwa telah menerima lebih 100 gambar yang memaparkan Syed Saddiq sedang 'berclubbing'.
Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.
“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.
Sehubungan itu, Syed Saddiq menerusi Facebooknya tampil menerangkan perkara itu.
Di kenyataan itu, Syed Saddiq mengaku individu di dalam gambar itu adalah dirinya namun menafikan dia adalah seorang kaki clubbing.
Ikutinya kenyataan penuh dari Syed Saddiq :
====================
My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs
"I cannot change my past but I can change my future"
Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.
Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.
Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.
Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.
Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?
Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran
Walau tergadai nama baik sendiri.
Biar putih tulang jangan putih mata.
Agi idup agi ngelaban!
====================
Sebelum ini, sebuah sebuah blog mendakwa telah menerima lebih 100 gambar yang memaparkan Syed Saddiq sedang 'berclubbing'.
Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.
“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.
Sehubungan itu, Syed Saddiq menerusi Facebooknya tampil menerangkan perkara itu.
Di kenyataan itu, Syed Saddiq mengaku individu di dalam gambar itu adalah dirinya namun menafikan dia adalah seorang kaki clubbing.
Ikutinya kenyataan penuh dari Syed Saddiq :
====================
My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs
"I cannot change my past but I can change my future"
Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.
Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.
Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.
Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.
Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?
Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran
Walau tergadai nama baik sendiri.
Biar putih tulang jangan putih mata.
Agi idup agi ngelaban!
====================
CERITA SEBENAR TRELER 'SAPU' KERETA DI LUAR STADIUM HANG JEBAT
Melaka, 13 Mac - Ketika orang ramai sedang asyik perlawanan bola sepak yang berlangsung antara PDRM dan JDT, dikhabarkan ada perkara yang tidak enak berlaku di luar stadium Hang Jebat.
Menerusi maklumat orang ramai di laman Twitter, lebih kurang 20 buah kereta dilanggar oleh sebuah lori ataupun treler. Difahamkan juga, kereta-kereta yang dilanggar itu diparkir di bahu jalan.
Orang ramai mula memuat naik gambar-gambar kejadian di media sosial.
Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. - sumber


Saturday, 12 March 2016
UPDATE: "KAU SANGGUP TINGGALKAN AKU DEMI MERAMPAS SUAMI ORANG"

Ingatkan sudah tamat kes Quyun Zulkifly, wanita yang diceraikan dengan talak 3 oleh bekas suaminya yang telah hilang selama tiga bulan rupa-rupanya berkahwin lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
"AKHIRNYA SAYA DICERAIKAN TALAK 3"
CERITA SEBENAR SUAMI KANTOI KAHWIN LAIN, ISTERI MENGAMUK DI MAJLIS PERSANDINGAN (VIDEO)
Terbaru, muncul pula bekas teman lelaki wanita yang didakwa sebagai perampas dan penghancur rumah tangga Quyun Zulkifly.
Yazid, barangkali berang dan terasa itulah balasan terhadap wanita bernama Norshahida Tohair, mendedahkan sikapnya yang angkuh dan kini telah memakan dirinya.
"Dulu semasa kau kantoi curang, kau minta putus. Kau kata aku tidak menghargai kau. Aku pujuk, ingatkan kau boleh berubah sikap, tetapi kau bersikap angkuh pula. Mention pula bukan perampas hak orang. Sekarang, tengok apa yang terjadi? Suami orang juga yang kau nak.
"Kau sanggup tinggalkan aku demi suami orang. Bajet-bajet macam ramai lelaki nak kat kau balik. Padahal kau yang gila nak laki orang. Sekarang satu Malaysia kenal siapa kau, perampas!" kata Yazid yang turut memuat naik gambar mesej terakhir dari bekas teman wanitanya itu.

"Aku tak nak ingat apa-apa lagi pasal kau. Aku harap kau dapat mulakan kehidupan baru kau tanpa aku dan tolong bebaskan aku memilih jalan hidup aku sendiri. Anggaplah antara kita sudah tiada jodoh.
"Kalau kau dulu tuduh aku curang pada kau, kau silap Yazid. Memang aku mengaku ramai bekas teman lelaki aku mahu bersama aku kembali dan mengharapkan seperti mana kau mahu sekarang ini. Mereka melamar aku, nak kahwin dengan aku tetapi aku tolak sebab aku tak nak, sebab aku bukan perampas.
"Memang seseorang yang kita terlalu sayang itu tiada ada gantinya. Kau takkan mampu mendapat seseorang yang sama seperti mana yang aku korban untuk kau selama ini," kata Norshahida.
Sementara itu, Quyun Zulkifly turut mengeluarkan kenyataan melalui Facebooknya.
"Newsfeed tetiba keluar status ini. Nroshahida Tohair? Macam kenal, tengok gambar lagilah kenal. Gilalah namanya kalau tak kenal kan? Patutlah. Nak nangis baca mesej yang dia hantar pada bekas teman lelaki. Hahaha! Moga korang berdua bahagia selamanya di atas penderitaan yang kau orang beri pada aku, terima kasih," katanya.
Muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya ahli keluarga pihak pengantin perempuan mempersoalkan tindakan laman Yazid memuat naik kisah lama itu di media sosial.

"Kenapa mesti mengaibkan keluarga pengantin perempuan? Untuk tujuan apa? Dah rasa diri itu sempurna sangat ke macam mana? Atau nak lanjutkan ke pihak berkuasa?" ugutnya. - SUMBER
Terbaru, muncul pula bekas teman lelaki wanita yang didakwa sebagai perampas dan penghancur rumah tangga Quyun Zulkifly.
Yazid, barangkali berang dan terasa itulah balasan terhadap wanita bernama Norshahida Tohair, mendedahkan sikapnya yang angkuh dan kini telah memakan dirinya.
"Dulu semasa kau kantoi curang, kau minta putus. Kau kata aku tidak menghargai kau. Aku pujuk, ingatkan kau boleh berubah sikap, tetapi kau bersikap angkuh pula. Mention pula bukan perampas hak orang. Sekarang, tengok apa yang terjadi? Suami orang juga yang kau nak.
"Kau sanggup tinggalkan aku demi suami orang. Bajet-bajet macam ramai lelaki nak kat kau balik. Padahal kau yang gila nak laki orang. Sekarang satu Malaysia kenal siapa kau, perampas!" kata Yazid yang turut memuat naik gambar mesej terakhir dari bekas teman wanitanya itu.

"Aku tak nak ingat apa-apa lagi pasal kau. Aku harap kau dapat mulakan kehidupan baru kau tanpa aku dan tolong bebaskan aku memilih jalan hidup aku sendiri. Anggaplah antara kita sudah tiada jodoh.
"Kalau kau dulu tuduh aku curang pada kau, kau silap Yazid. Memang aku mengaku ramai bekas teman lelaki aku mahu bersama aku kembali dan mengharapkan seperti mana kau mahu sekarang ini. Mereka melamar aku, nak kahwin dengan aku tetapi aku tolak sebab aku tak nak, sebab aku bukan perampas.
"Memang seseorang yang kita terlalu sayang itu tiada ada gantinya. Kau takkan mampu mendapat seseorang yang sama seperti mana yang aku korban untuk kau selama ini," kata Norshahida.
Sementara itu, Quyun Zulkifly turut mengeluarkan kenyataan melalui Facebooknya.
"Newsfeed tetiba keluar status ini. Nroshahida Tohair? Macam kenal, tengok gambar lagilah kenal. Gilalah namanya kalau tak kenal kan? Patutlah. Nak nangis baca mesej yang dia hantar pada bekas teman lelaki. Hahaha! Moga korang berdua bahagia selamanya di atas penderitaan yang kau orang beri pada aku, terima kasih," katanya.
Muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya ahli keluarga pihak pengantin perempuan mempersoalkan tindakan laman Yazid memuat naik kisah lama itu di media sosial.

"Kenapa mesti mengaibkan keluarga pengantin perempuan? Untuk tujuan apa? Dah rasa diri itu sempurna sangat ke macam mana? Atau nak lanjutkan ke pihak berkuasa?" ugutnya. - SUMBER
"HISYAM JAWAB CALL AKAK, TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI ZIP" - QUYUN
Gambar dari Azura Farid
Berang dengan tindakan Yazid, Haizad Ijat, adik kepada Norshahida Tohair yang didakwa merampas suami Quyun Zulkily mendedahkan cerita disebaliknya.
"Dulu kau buat apa pada kakak aku? Sampai dia masuk hospital, kau ingat dia anak patung kau nak pukul-pukul? Jangan ingat kau boleh buka aib orang, orang tak boleh buka aib kau selepas ini.
"Kalau kau tak puas hati dengan dia, kau boleh jumpa depan-depan dengan dia kan? Tak pauyah buat moment macam ni," kata Haizad yang kini telah menukar nama akaun Facebooknya.
Ekoran itu, Quyun pula tampil menjelaskan keadaan sebenar pada Haizad yang dilihat beria-ria mempertahankan kakaknya dari terus dikecam netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian.
"Adik Haizad Ijat, akak dengan rasa rendah diri ingin beri sedikit terjemahan kepada adik mengenai isu-isu ini semua. Kenapa tak siasat dulu? Dengar cerita dah tahu kami sudah bercerai bulan 9 talak 3. Pihak lelaki dah beritahu pada keluarga perempuan, kalau sudah tahu kenapa tidak minta surat bukti penceraian? Awak tahu kan dalam masa tiga bulan bekas suami akak tinggalkan akak dan mereka pergi berbulan madu mengalahkan suami isteri.
"Mereka tidur sebilik dalam 2 3 hari sedangkan akak masih isteri dia. Tahu tak apa perasaan akak pada waktu akak tahu dan tengok gambar-gambar mereka pergi berbulan madu? Bulan 9, hubungan akak dengan suami akak masih elok. Pergi sana sini, pergi berbulan madu. Tetapi akak dengar cerita suami aku mengaku bujang dan sudah bercerai dengan akak pada bulan 9.
"Selama bekas suami tinggalkan akak, satu sen pun dia tidak bagi. Okay, tak mengapa sebab akak tak kisah. Yang akak kisahkan ialah, kenapa kenduri besar-besaran boleh buat tetapi nafkah akak satu sen langsung tidak diberi? Sebutir beras pun dia tak hulurkan.
"Akak pergi majlis hari itu ada sebab, bukan nak main sergah seperti harimau kelaparan? Kalau betul waktu itu akak kelaparan, akak rasa muka kakak Haizad dah lama akak cakar. Awak tahu tak 3 bulan akak menderita kerana disebabkan oleh kakak Haizad? Dalam hati akak,
"Kenapa suami akak? Kenapa rampas suami akak?"
"Kenapa tiada maaf langsung dari Norshahida kalau betul dia tahu bekas suami itu adalah suami akak? Kenapa tak mesej atau call akak untuk minta maaf? Akak bukan nak meraih simpati tetapi mana isi hati sebagai seorang perempuan? Sampai hari ini mana perkataan maaf? Kalau betul dia tidak tahu Hisham sudah berkahwin, kenapa waktu akak datang, dia langsung tak naik hantu? Majlis kahwin tahu, bukan main kejar duduk waktu itu. Nampak sangat kakak awak dah tahu dari awal.
Zaman sekarang zaman canggih, boleh check semua. Sebab kakak awak sudah tahulah dia suruh Hisyam ceraikan akak dengan talak 3 supaya akak tak boleh rujuk dengan bekas suami. Akak tak kisah pun, ambillah, cuma akak kecewa dengan perangai kakak Haizad. Umur masih muda tetapi sanggup khianati kaum hawa sendiri.
"Kalau Hisyam burukkan akak pada kau orang semua, keluarga akak semua sebenarnya kami dan keluarga dia sama saja tak ada beza. Dua tahun lebih akak kahwin dengan dia, akak tahu dia macam mana dan dia pun tahu akak macam mana. Dia kenal keluarga akak dan akak pun kenal keluarga dia.
"Adik Haizad, akak dan keluarga dah rasa apa yang kau orang rasa sekarang. Akak dah puas kena hina, caci. 3 bulan dik, 3 bulan, jiran-jiran akak dah tahu semua. Aku sanggup menipu semuaj iran akan cakap suami akak pada ketika itu balik ke kampung jaga dusun sebab musim durian. 3 bulan suami akak keluar dari rumah tanpa berita. Tahu-tahu saja dia sudah berkahwin lain. Sedih akak, keluarga saja yang tahu bagaimana menderitanya menunggu suami di depan pintu rumah setiap hari tanpa rasa jemu.
"Sebelum akak tahu dia ada perempuan lain, akak dah macam orang gila cari dia di rumah kakak dia, tempat kerja lama. Rupa-rupanya dah kena buang kerja, akak pujuk bos dia suruh ambil dia bekerja semula. Bos dia terima tetapi dia pula sanggup tinggalkan akak sebab nak pergi bercuti dengan kakak Haizad. Sewa kereta 5-6 ratus sanggup akak ni satu sen tak bagi.
"Cuma akak nak beritahu, 15 Oktober 2015, suami akak beritahu ada job di Melaka. Akak merajuk sebab rasa tak sedap hati dan rasa berat sangat nak bagi dia pergi. Rupa-rupanya dia tipu akak, dia keluar dengan kakak Haizad. Dia langsung tak mesej akak, tak call akak, banyak kali akak call dia tetapi dia tak jawab. Mungkin takut terkantoi kalau dia angkat call akak.
"Tetapi bila jawab, tempat sunyi tiba-tiba bunyi zip. Apalah yang mereka buat agaknya. Allahuakbar!. Dan itulah hari terakhir akak duduk sebumbung dengan dia. Tak apalah dik, benda dah nak jadi. Akak penat menderita, menangis, penat ditipu, Alhamdulillah akak rasa lega yang teramat sangat bila dia ceraikan akak. Akak tak adalah nak meroyan sangat sebab akak tahu kenapa Allah pisahkan akak dengan dia. Akak pernah hidup dengan dia.
"Sekarang hari kakak Haizad pula hidup dengan bekas suami akak. Harap dan doakan mereka berdua bahagia hingga ke akhirat. Harap apa yang terjadi pada akak tidak akan terjadi pada kakak Haizad. Doakanlah yang terbaik buat mereka," kata Quyun Zulkifli. -
CERITA SEBENAR REMAJA KANTOI RAKAM WANITA DALAM TANDAS DI PASARAYA LANGKAWI
Seorang remaja ditahan selepas kantoi merakam aksi wanita membuang air kecil di tandas sebuah Pasaraya di Langkawi. Mengikut info yang diterima Suspek sebelum ini telah melakukan perkara yang sama berikutan koleksi video didalam telefon bimbitnya. Suspek telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Mana kala seorang pengguna facebook Lavender Violet mengatakan bahwa salah seorang mangsa adalah rekannya.
“Hati2 warga LSS kes terbaru budak baju oren ni buat cubaan berani mati nk skodeng budak pempuan dalam toilet….siap dok record guna phone lagi…banyak da video mangsa2 lain dalam phone dia …si mangsa member sy plak tu..haish geram plak aku ngan budak x cukup akai ni ….budak ni da kat balai da lani….tempat kejadian kat Parade toilet tingkat 3….kepada kaum hawa, hati2 bila masuk toilet awam, bawa kawan ramai2 pi teman….pengajaran buat diri sendiri….take note..”
Masih dalam kes yang sama seorang lelaki warga asing ditahan setelah mengintai tandas perempuan di AEON Bandar Tun Hussien Onn.
Mangsa yang mendongak ke atas melihat lelaki itu terus menjerit dan mengadukannya pada pihak security,dalam siasatan suspek cuba memberikan alasan salah masuk tandas.
Friday, 11 March 2016
INFO WANITA: 8 TIPS BERSETUBUH YANG DIANJURKAN ISLAM
Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:
1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah. Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan. Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada
isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib dan Ummu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya engkau dengan tenang .
2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a.w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak
kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., kernalah ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.
3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: “Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.
4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.
5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya(kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap
karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan moden.
6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing~Banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih benseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.
7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas. Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima
8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.
JANGAN BUAT ANAK KALAU TAK RETI 'JAGA' !
A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance - kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis).
So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy. To make sure every information written on her book is correct, I'm asking the patient again.
"Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?"
"Ye, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur", jawabnya.
"Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?"
"Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki," balasnya.
** Dah kenapa nak rasa offended?? **
"Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki" kata saya.
"Takdelah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?" katanya melenting.
Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.
"Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah dari Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan. Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat, asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik. Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?"
"18 tahun. Baru habis SPM,"
"Berapa keputusan SPM dia?"
"Teruk. Tak pandai mana,"
"Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?"
"Perempuan, kenapa doktor?"
"Pakai tudung menutup dada?"
"Tak.... kadang pakai, kadang tak,"
"Cukup solat 5 waktu dijaga?"
Soalan terakhir itu membuatkan si ibu termenung jauh.
"Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah. Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah. Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah. Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.
"Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah. Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita," kata saya padanya.
Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata. Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu. Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga. Moga menjadi iktibar untuk semua. - Nurul Aimi SUMBER
"ZAMAN SEKARANG SENANG NAK MAMPUS PERBODOHKAN WANITA"
Pertama, dari pemerhatian aku, perempuan zaman ini mudah nak mampus diperbodohkan oleh lelaki. Tak, aku sedih melihat kaum aku sendiri seperti ini. Bukan semua lelaki berperwatakkan sebenar dengan siapa mereka dalam chat korang.
Tak faham? Okay, begini. Dia chat kau "Aku setia dengan kau, tak pandang perempuan lain," well. Contoh ini balak kau tengah mengayat kau, lalu kau pun, "Awww! Okay, janji tau!" bagai.
Hey! Wake up girls! Lelaki babe, mereka ada nafsu. Walau macam mana dia jaga mata dia sekali pun, dia tetap akan pandang perempuan lain.
Yeah! Mungkin yang lebih lawa dari kau and apa yang lagi teruk, mungkin dia akan bayangkan macam-macam dengan perempuan yang dia pandang.
Yeah, aku dah cakap, dia lelaki.
Okay, itu yang pertama. Seperkara lagi, aku selalu tengok perempuan sekarang terlalu bagi perasaan 100% pada lelaki contohnya kau update pasal dia hari-hari tetapi dia tidak pernah nak heboh-heboh pasal kau.
Kau selalu upload gambar dia, letak caption takleh go sweet sangat katanya. Dia dalam hati mungkin,
"Alahai betina ini,"
Tetapi dia akan komen juga sebab tak nak kau perasan yang dia sudah fed up dengan kau. Jadi, dia pun comment, "Wah! Thanks sayang. Blaa..blaa..blaa.." dan kau pula terharu seorang diri.
Wake up girls! Sometimes, kau kena faham dan kena letak maruah diri kau tinggi sikit, atas sikit dan mahal sikit. Kita tidak boleh asyik nak fikir pasal dia sampaikan makan, mandi, tidur semua pasal dia. Tak boleh!
Dan jika lelaki itu memang sudah benar-benar bosan dengan kau, contohnya seperti ini. Satu hari, kau ada bergaduh sikit dengan dia mungkin sebab kau buat apa yang dia tidak suka seperti create account Instagram tanpa pengetahuan dia. Then kau block girls followers dia dan dia tidak suka dan marah dengan tindakan kau.
Tetapi kau tahan saja sebab kau sayangkan dia. Kemudian kau minta maaf melutut bagai dalam WhatsApp pada dia dan ayat kau bukan main lagi kalah skrip Titanic.
Dia pula dalam hati, "Kimak punya perempuan ni. Bilalah nak blah sial!". Tetapi dia balas WhatsApp kau, "Hmm yelah, I maafkan tetapi jangan buat lagi,".
Kemudian kau pun, "Ahh.. sayang juga dia pada aku,".
Kau fikir macam-macam yang dia itu sayang dan cinta sangat pada kau. Padahal dia sedang berwhatsapp dengan perempuan lain, stalk Instagram perempuan lain yang jauh lebih cantik dari kau.
Kau pula? Siang malam berangan nak kahwin dengan dia. Okay, kau sekarang kena bangun, tak boleh macam ni. Serius aku cakap. Kalau tak, ramai kaum kita akan teruk. Hati memang banyak yang kena main nanti.
Girls, lelaki zaman ini banyak yang dah berperangai seperti syaitan. So, jaga maruah korang dan jangan mudah beri cinta 100% pada mereka. Biar mereka pula akan merasa susah nak dekat dengan kita. SUMBER
"NAK CARI ABANG VVIP, PAKAI SEMALAM JE, YANG KAYA JE, YANG MISKIN JIJIK PERGI MAMPUS...."
Dasyat perempuan sekarang ini yer, harga diri dah tak penting untuk dijaga dan begitu murah sekali! Dunia semakin moden, tapi manusia semakin bodoh dengan kemodenan.. Tengok jer lah minah Jasmine Ellsa kat atas tu, sedang mencari abang-abang Vvip untuk dipakai semalam jer di laman sosial Facebook.. Bodohnya, ni lah perempuan bodoh yang sedang melacurkan diri!

Apa yang tak boleh blah tu, minah ni siap ‘sound’ yang orang miskin tak dialu-alukan dan dah diberi amaran keras supaya jangan sesekali cuba nak try komen kat situ, dia nak mencari orang yang kaya-raya jer.. Yang mampu memberikan dia kemewahan dengan sekelip mata.. Yela, orang kaya kan mampu bagi apa-apa saja berbanding yang miskin.. Bagi minah ni, yang miskin tu sangat menjijikkan!
Apabila manusia yang jenis lupa diri dan tak tahu bersyukur, macam ni lah jadinya.. Dia tak tahu, orang pandang dia pun lebih menjijikkan! Dasar jenis perempuan yang tak mempunyai maruah langsung, dia fikir dia hebat sangat dengan kesempurnaan yang dianugerahkan kepada dia!
Tahu lah dia mempunyai rupa paras yang cantik, rambut ikal mayang dan body pun hot.. Sudah pasti ramai jantan terpikat dengan kecantikkannya, betul tak?? Tapi tak payah lah nak sombong sangat, tak ada siapa nak pandang kecantikkan tu kalau perangai dah macam perempuan sundal!
Yang pandang dan mendekati dia pun hanya nak pakai badan dia jer! Kesempurnaan yang dimiliki kalau tak dijaga dengan baik pun, suatu hari nanti pasti akan menjahanamkan diri sendiri juga! SUMBER
"MAMA, KENAPA ALLAH SURUH SOLAT BANYAK-BANYAK... ?"
Assalamualaikum, Mama Lana Luqman dibanjiri message inbox dengan soalan bagaimana mendidik anak solat. Sejujurnya saya juga melalui proses kaedah cuba jaya di mana selalunya gagal belaka. Bukan sahaja bab solat, mendidik anak special mahupun anak typical memanglah kena menggunakan kaedah yang berbeza-beza.lain anak lain ragamnya kan?
SOLAT
1. Saya akui saya juga dulu agak tidak mengambil berat tentang ketepatan masa untuk solat. Solat bila akhir waktu, solat bila semua kerja dah selesai, solat bila anak-anak dah tidur. Saya mencari-cari waktu setelah semua kerja selesai.
Tetapi sebenarnya saya selalu terlupa dengan solatlah tempat kita meminta pada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Jadi, tips yang pertama, mama dan ayah kena solat on time atau secepat mungkin sambil mengajak anak-anak.
"Okay kemas semua mainan, Jom kita wudhu dan solat,"
TAWAR MENAWAR
2. Biasalah, drama-drama anak ini bermacam-macam. Ada angin dia asyik tanya,
"Kenapa sampai 4? Kenapa tak 3? Kenapa tak 2? Saya letih hari ini mama,"
Selalu mereka akan cuba tawar menawar tetapi hukum Allah tetaplah kena bertegas. 4 means 4. Kau tergolek pun mama minta 4. Main-main waktu solat pun akan diberi hukuman. Ini tips untuk anak-anak yang 5 tahun ke atas. Yang masih baby, saya rasa ajaklah bersama letak di sebelah. Anak memang akan belajar dari apa pemerhatian mereka. Tutup segala TV dan simpan segala gadget.
"MAMA, KENAPA KITA KENA SOLAT BANYAK-BANYAK NI?"
3. Soalan ini kerap sangat anak typical saya tanya.
"Sebab Allah suruh bukan mama suruh,"
"Kenapa Allah suruh solat banyak-banyak? Luqman penat sangatlah 4 keraat," soal Luqman.
"Rakaat, bukan keraat. Sebab Allah kata kalau nak masuk syurga kena solat. Siapa tak solat nanti masuk api neraka. Luqman nak masuk mana?"
"Luqman nak masuk syurga. Tapi kenapa kena solat banyak dan sama saja selalu?" soal Luqman lagi.
"Sebab nak cakap terima kasih Allah. Kalau mama bagi Luqman toys, Luqman cakap thank you kan? ALLAH bagi Luqman bangun sihat pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, bermain dengan kawan--kawan. Luqman makan mama masak yellow soup, semua itu Allah yang bagi. Jadi kena say thank you pada Allah," jelas saya padanya.
Sebenarnya, setiap hari dia bertanya. Bukan hari ini saja, esok, lusa dan bulan depan. Jawab dengan sabar dan jawapan janganlah berubah teruk sangat. Terus sebut sahaja yang ini adalah perintah Allah.
GANJARAN
4. Sekali sekala ganjaran sangat penting untuk memberi motivasi kepada anak-anak agar berlumba-lumba membuat kebaikan. Antara hadiah yang diberi contohnya penggunaan handphone mama (kecuali Facebook) untuk 10 minit, penggunaan laptop selama 10 minit, makanan kegemaran atau mainan Lego RM5.
Alah, kita dulu pun kena bagi aiskrim Malaysia sebagai upah, barulah berlumba-lumba nak pergi kedai belikan mak bawang 10 biji kan? Lebih kurang samalah.
Selalu bawa anak ke masjid pada waktu-waktu kurang jemaah pada permulaan. Waktu dhuha, waktu selepas solat fardhu. Kemudian bila sudah terbiasa, maka mereka juga akan terbiasa. Boleh cuba bawa mereka solat maghrib di masjid bersama. Pastikan mereka duduk di sebelah .
Selesai solat, tarik anak duduk depan kita bagi anak yang masih kecil, jangan biarkan mereka menganggu jemaah yang lain. Setakat ini, itu sajalah perkongsian saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang lain. InshaAllah. - Syahirah Omar Akademi Fitrah
"DIA TUNAIKAN SOLAT ZOHOR DAN MENGGANTUNG DIRI.."
Sudah berbulan-bulan saya cuba mengelak untuk berjumpa dengan puan yang seorang ini. Demi tuhan, saya tidak selesa dihubunginya berkali-kali. Tetapi dia tetap mendesak saya untuk berjumpa. Katanya dapat minum untuk 10-20 minit pun jadilah. Entah apa yang terjadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.
Kami bersembang di kedai makan berdekatan dengan studio saya. Duduk berdepan, dia hanya banyak tunduk dan dapat dilihat betapa sukarnya dia mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga berasa agak kurang selesa.
"Akak nak sangat kamu ceritakan pada semua orang tentang apa yang akak lalui ini perlu dijadikan sebagai pengajaran," katanya.
"GULP!" Semakin laju saya menelan air liur sendiri. Saya sendiri juga tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan ini. Lalu saya pun membiarkan dia bercerita.
Rupanya dia seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa dahulu. Anak-anaknya berjaya dan dia bersama suaminya juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa di pandangan mata jiran-jiran.
Kehidupannya berubah 360' beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak gadisnya ditemui di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung dengan tali di leher menggunakan telekung. Anak yang dia sayang-sayangkan itu telah menamatkan riwayatnya semasa berusia 15 tahun pada ketika itu.
Suaminya seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya mendapat nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anaknya yang tidak 'laju' dalam pembelajaran akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.
Sehinggalah satu tahap, anak-anak mereka sudah mampu membaca dengan lancar di usia empat tahun. Jurangan permainan dan pembelajaran amat besar. Sehingga ke tahap anak-anak tidak mahir bergaul dengan dengan rakan sebaya. Yang mereka pandai hanyalah dengan buku dan alat tulis.
Begitulah pada tahun sekian-sekian, anak gadisnya ini tidak pernah tidak mendapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperoleh semuanya A.
Tanpa berfikir panjang, dia terus pulang saja ke rumah. Selesai tunaikan solat zohor, dia terus menggantungkan diri. Di saat itu, suasana dalam rumah menjadi kelam kabut. Masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik terus bergegas membuka pintu tetap gagal. Akhirnya mereka terpaksa memecahkan pintu.
Namun, sudah terlambat, jasad gadis itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.
"Kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri?!" soal saya tidak puas hati dengan hal itu.
Ibunya terus menangis dan menangis. Orang lain melihat puan ini beria-ria mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu meneruskan ceritanya.
Kisahnya, pada malam sebelum anak gadisnya ke sekolah, dia ada bertanya pada bapanya.
"Jika ditakdirkan satu hari nanti, Tuhan kata saya tidak pandai dan tidak mampu meraih nombor satu, apa yang ayah akan buat pada saya?" soalnya.
"Kau bukan anak aku lagi!" tegas si ayah.
Saya terus terdiam. Di waktu ini, meskipun puan ini belum lagi bercerita kisah keseluruhannya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu menitis sahaja.
Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting baginya ialah anak-anaknya berjaya dan tahu bagaimana mahu hidup.
Jika pergi ke kenduri di kampung atau sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja-manja dengan bapa-bapa saudara. Mereka lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset, percubaan dia hingga usia 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tidak pernah berhenti.
Pernah dia menyiapkan kek harijadi untuk ayahnya, akhirnya ayahnya berkata, "Aku tidak pernah meminta, beli lagi bagus. Jangan buang tenaga, pergi belajar!".
Dia juga pernah menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya.
"Kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-Indon kah?!" marah ayahnya.
Dan bermacam-macam lagi contoh yang diceritakan oleh puan ini.
Saya memohon untuk pergi ke tandas seketika, tak dapat menahan menangis di saat puan itu memberikan saya gambar anak perempuannya itu. Ya Allah, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.
Di saat anaknya mahu diuruskan pengebumian, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim.
"Dia bukan lagi orang kita! Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan!" kata mereka.
Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka pada waktu itulah si ayah melutut dan merayu-rayu agar kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.
Selesai urusan pengkebumian itu, ayahnya hilang dan hanya pulang selepas hampir dua bulan. Kepulangan suaminya disambut dengan kerinduan yang amat mendalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayah mereka bukan lagi ayah yang dahulu.
Rupa-rupanya dalam tempoh dia menghilangkan diri, dia hanya tinggal di masjid dan hidup seperti gelandangan. Katanya, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya yang merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat lehernya yang kemudian menggantungnya dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tidak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.
Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Sehingga dia pernah berasa takut untuk tidur.
Kini, dia sedar yang dia tidak dapat menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh menolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai memeluk anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.
Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas tetapi ada hadnya. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.
Saya mengangguk mendengar pesanannya itu.
Sebelum berpisah, dia memberitahu yang dia datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu memastikan saya menulis kisah mereka ini di Facebook saya agar boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang.
Setiap apa yang kita sayang, hargailah sebaik-baiknya. Kerana di saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh menghadapi ujian itu atau tidak.
Kawan-kawan yang baik, jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan seperti ini. Saya takut dan risau ianya tidak berapa baik untuk saya. Mendengar kisah puan ini membuatkan saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh! Betapa wajah anak gadisnya sudah menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Allah. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang terlarang. Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhirannya. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada.
Jujurnya juga, memang remaja itu menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu tetapi dia tidak pernah merasai itu semua sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka untuk dijadikan sebagai pengajaran. - Khairul Hakimin Muhammad
"MAAFLAH, AKU TAK PANDAI MASAK NASI..."
Dalam kelas hari ini, lecturer aku sedang mengajar di depan. Kemudian, beliau beri masa 5 minit untuk rehat sebab dia tahu budak-budak bosan dengan kelasnya. Tetapi lecturer aku ini memang sempoi dan peramah orangnya.
Semasa lecturer berbual dengan budak-budak kelas yang lain, aku dan kawan sedang asyik usah barang online yang hendak dibeli untuk projek tahun akhir. Sekali sekala kami menyampuk lecturer itu berbual. Kiranya mata menghadap telefon, tetapi telinga masih mendengar. Kawan aku yang seorang ini pula sedang asyik bermain game Piano Tiles. Khusyuknya? Tak payah cakaplah.
Dalam perbualan mereka, lecturer masuk topik makanan. Dia bertanya pendapat mengenai makanan apa yang paling sedap yang pernah kami makan.
"Masakan emak yang paling sedap!" jawab seorang student.
"Alaaa, masakan lainlah. Chicken chop ke, apa ke," balas lecturer.
"Masakan emak tiada tandingannya," balas yang lain.
"Habis tu, bagaimana pula dengan mereka yang tiada emak? Nak makan macam mana?" tanya lecturer menyebabkan student yang lain ketawa.
Aku berpaling pada kawan aku, dia kelihatan tersentak dan matanya berkaca. Kawan aku yang main game Piano Tiles juga berpaling pada aku. Kami berpandangan dan tengok ke arah dia yang sedang menundukkan kepala. Buku tulisan dia sudah bertompok basah dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Terdengar esakan kecil, cepat-cepat dia bangun keluar dari kelas.
"Ke tandas agaknya," sangkaan kami begitu.
Kami tak dapat nak mengikutinya sebab lecturer dah mula mengajar kembali.
15 minit kemudian, kelas tamat dan kami mencari dia di seluruh kawasan fakulti. Selepas beberapa kali kami cuba menghubunginya, barulah dia menjawab dan kedengaran suara serak-serak basah yang beritahu dia berada di koperasi.
Bila sampai di sana, dia sedang makan aiskrim sambil menghulurkan dua aiskrim kepada kami. Dia tersenyum, namun matanya bengkak dan mukanya sembab.
Ya, kawan aku yang tak ada mak, tak ada ayah, tak ada adik beradik. Dia hanya sebatang kara di dunia ini, gigih setiap hari menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menyara hidup sendiri. Dia tidak kedekut kalau ada rezeki lebih dari hasil perniagaannya untuk dikongsikan bersama kami.
Pernah sekali kami memasak bersama dan dia ditugaskan memasak nasi. Nasi yang dimasaknya lembik seperti nasi air. Dia minta maaf dan beritahu memang begitu cara dia memasak nasi sebab mak dia sakit. Jadi, masakan memang khas untuk orang sakit.
Apa yang membuatkan aku sebak ialah, dia cakap biasanya dia yang masak. Jadi, bila mak dia masak, dia sangat gembira tak terkata. Arwah mak dia paling pandai buat peria celur telur.
Jadi, nak berpesan kepada kawan-kawan. Hargailah ibu anda. Bila mak dah tak ada, bukan setakat hilang doa yang inshaAllah diperkenankan, doa seorang ibu. Tetapi kita hilang juga kenikmatan makanan yang paling sedap di dunia iaitu air tangan ibu. - IIUM Confessions
Wednesday, 9 March 2016
PENGUIN KENANG BUDI, DATANG MELAWAT LELAKI YANG PERNAH SELAMATKANNYA SETIAP TAHUN (5 GAMBAR)
RIO DE JENEIRO, BRAZIL: Hanya kerana pernah menyelamatkannya, seekor penguin tanpa disangka telah kembali 'melawat' penyelamat setiap tahun.
Nelayan berkenaan, Joao Pereire de Saouza, 71, yang berasal dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil pada 2011 lalu telah terjumpa seekor penguin yang sedang sakit terdampar di atas sebuah batu.
Menurut beliau, ketika menjumpai pengguin berkenaan, badannya dipenuhi minyak dan kelaparan membuatkan dia mengambil keputusan untuk merawat pengguin sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.


Selepas haiwan itu pulih, Pereire de Saouza telah melepaskannya semula ke laut namun tanpa disangka selepas beberapa bulan haiwan berkenaan telah datang mencarinya semula.
"Dindim tinggal bersama saya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit."
"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.
"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.
Berdasarkan rekod, penguin berkenaan berenang lebih 5,000 kilometer ke tempat lain sebelum datang semula ke pantai di kawasan itu.
"Saya menyayangi penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.


Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.
"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya," ceritanya.
Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.
"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya. - SUMBER
"TANPA SIJIL SPM 7A, ABANG JUGA BOLEH BERJAYA"
Kepada adik-adik yang dapat keputusan SPM teruk, ini kisah abang.
Adik, dulu keputusan SPM abang pun barai juga. Tetapi abang tak mengalah begitu sahaja. Abang fikir, jika ada ilmu matematik, sejarah, geografi, sains ini semua abang tak pandai, mungkin ada kemahiran lain yang abang pandai.
Abang pernah tanam pokok, buat kerja-kerja kimpalan, berniaga burger. Tetapi bila abang terlibat dalam kemalangan motosikal, abang tak boleh buat kerja berat dah. Jadi, mak abang bantu abang belajar komputer di Cosmopoint supaya bila sudah tamat belajar nanti, abang boleh buat kerja-kerja kerani ke apa ke di pejabat.
Tetapi dalam masa yang sama, abang belajar sambil-sambil dengan software Adobe Photoshop, Illustrator bagai.
Habis dua tahun belajar, abang dapat kerja sunting gambar dengan sebuah syarikat Cina yang buat signboard, gaji RM1,200 sahaja. Sambil-sambil itu, abang belajar membaiki mesin printer gergasi yang digunakan untuk mencetak iklan billboard di tepi jalan itu. Setahun lebih abang bekerja, dapatlah menyimpan duit sedikit untuk kahwin.
Dua tahun abang kerja di syarikat itu, ada boss syarikat jual mesin printer menawarkan abang menjadi juruteknik printer mereka. Abang terima sebab dia tawarkan gaji RM2,500 sebulan.
Alhamdulillah, setahun lebih bekerja dengan syarikat baru ini, abang dapat beli kereta Proton Wira terpakai dan dapat beli sebuah rumah di Shah Alam. Harga rumah pada masa itu murah saja, RM147,000.
Abang suka kerja dengan syarikat kedua ini sebab abang dapat belajar membaiki pelbagai model printer dan memang minat dengan bidang ketukangan ini. Walaupun dulu doktor pernah berpesan yang abang tidak boleh buat kerja berat sebab dalam tulang dan kaki ada besi titanium. Tulang patah akibat kemalangan dulu.
Selepas itu, rezeki abang dimurahkan lagi, rezeki anak kot. Abang dapat tawaran pula menjadi Technical Manager sebuah syarikat pembuat ink untuk printer itu yang juga menjual printer saiz gergasi. Boss syarikat itu menawarkan gaji RM4,000, telefon dan talian percuma, kad petrol tanpa had, kad Touch & Go, kereta syarikat. Syukur alhamdulillah.
Kereta Proton Wira, abang jual. Lepas itu abang beli DSLR. Belajar sendiri di internet dan selalu pergi kenduri kahwin belajar ambil gambar.
Weekday tetap kerja, cuma kerja abang ini tak perlu sentiasa berada di pejabat. Sebab jika printer klien breakdown, abang pergi tengok kakitangan yang repair. Kalau ada kerosakkan besar, abang yang kena uruskan. Jadi, banyak masa abang yang terluang.
Abang belajar macam mana nak shoot gambar yang terbaik. Setahun abang belajar sendiri dan abang mula beranikan diri ambil job wedding.
Sekarang, abang dah jadi wedding photographer yang sudah boleh berdikari sendiri. Abang berhenti kerja manager syarikat pada tahun 2007 dan kini jurufoto sepenuh masa.
Tanpa sijil SPM 7A, abang berjaya kahwin, beli rumah dan terbaru kereta kuning ini. Abang beli dengan titik peluh sendiri dari duit upah ambil gambar orang kahwin. Nombor plate tak sempat nak tempah, guna sajalah WYB1779.
Ingatlah adik, 7A bukan penentu masa depan. Allah pemberi rezeki kepadamu dan dia beri dalam apa jua cara. Doa dan tawakal sentiasa dan jangan malas. - Shazli Sapardin
ISTERI TERIMA 'KESAKITAN' BERSALIN SEBAB TAHU SUAMI AKAN BAHAGIAKAN DIRINYA

Di kala kebanyakan lelaki cetek akal sibuk mengatakan bahawa tidak salah berkahwin lebih dari satu kerana mampu atau berpoligami itu mengikut sunnah, lelaki ini tampil memberikan nasihat sebaik-baiknya kahwin satu sahaja.
Comment Mathew Maclester ini telah viral meluas dia media sosial terutamanya Facebook, sudah tentu membuatkan para wanita bergelar isteri atau bakal menjadi isteri tersenyum dan bersetuju dengan kenyataannya itu.
Mana tidaknya, kebanyakan lelaki pada hari ini memberikan alasan yang tidak munasabah untuk berkahwin lain menyebabkan tanggapan orang ramai terhadap poligami sudah tersasar jauh dari tujuannya yang sebenarnya. Baca kenyataan Mathew di bawah:
TERIMA 'KESAKITAN' SEBAB TAHU SUAMI AKAN BAHAGIAKAN DIRINYA
Sebaik-baiknya, lelaki kahwin dengan seorang wanita sahaja. Isteri yang melahirkan anak pun tak berkongsi kesakitan dengan orang lain. Dia menerima kesakitan itu kerana dia tahu suami dia akan membahagiakan dia seorang sahaja sehingga ke akhir hayat.
Bohong dan tidak mungkin seorang suami itu dapat membahagiakan semua isteri seadil-adilnya, sama rata, tiada kurang, tiada lebih.
ISTERI BUKAN 'ALAT' DALAM PERHUBUNGAN
Saya tidak kisah jika ada lelaki yang akan mengecam kenyataan saya ini. Tetapi ketahuilah bahawa saya juga adalah manusia dan suami orang yang memahami perasaan wanita.
Baik buruk, suka duka, senang susah, itu perjalanan kehidupan sebagai suami isteri.
Isteri juga mempunyai hak untuk menikmati kehidupan seindah yang dapat dalam perhubungan. Bukannya sekadar alat dalam perhubungan.
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)



















