unclemaniam.blogspot.com

Friday 11 March 2016

"MAAFLAH, AKU TAK PANDAI MASAK NASI..."

No comments :


Dalam kelas hari ini, lecturer aku sedang mengajar di depan. Kemudian, beliau beri masa 5 minit untuk rehat sebab dia tahu budak-budak bosan dengan kelasnya. Tetapi lecturer aku ini memang sempoi dan peramah orangnya.

Semasa lecturer berbual dengan budak-budak kelas yang lain, aku dan kawan sedang asyik usah barang online yang hendak dibeli untuk projek tahun akhir. Sekali sekala kami menyampuk lecturer itu berbual. Kiranya mata menghadap telefon, tetapi telinga masih mendengar. Kawan aku yang seorang ini pula sedang asyik bermain game Piano Tiles. Khusyuknya? Tak payah cakaplah.

Dalam perbualan mereka, lecturer masuk topik makanan. Dia bertanya pendapat mengenai makanan apa yang paling sedap yang pernah kami makan.

"Masakan emak yang paling sedap!" jawab seorang student.

"Alaaa, masakan lainlah. Chicken chop ke, apa ke," balas lecturer.

"Masakan emak tiada tandingannya," balas yang lain.

"Habis tu, bagaimana pula dengan mereka yang tiada emak? Nak makan macam mana?" tanya lecturer menyebabkan student yang lain ketawa.

Aku berpaling pada kawan aku, dia kelihatan tersentak dan matanya berkaca. Kawan aku yang main game Piano Tiles juga berpaling pada aku. Kami berpandangan dan tengok ke arah dia yang sedang menundukkan kepala. Buku tulisan dia sudah bertompok basah dengan air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Terdengar esakan kecil, cepat-cepat dia bangun keluar dari kelas.

"Ke tandas agaknya," sangkaan kami begitu.

Kami tak dapat nak mengikutinya sebab lecturer dah mula mengajar kembali.

15 minit kemudian, kelas tamat dan kami mencari dia di seluruh kawasan fakulti. Selepas beberapa kali kami cuba menghubunginya, barulah dia menjawab dan kedengaran suara serak-serak basah yang beritahu dia berada di koperasi.

Bila sampai di sana, dia sedang makan aiskrim sambil menghulurkan dua aiskrim kepada kami. Dia tersenyum, namun matanya bengkak dan mukanya sembab.

Ya, kawan aku yang tak ada mak, tak ada ayah, tak ada adik beradik. Dia hanya sebatang kara di dunia ini, gigih setiap hari menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menyara hidup sendiri. Dia tidak kedekut kalau ada rezeki lebih dari hasil perniagaannya untuk dikongsikan bersama kami.

Pernah sekali kami memasak bersama dan dia ditugaskan memasak nasi. Nasi yang dimasaknya lembik seperti nasi air. Dia minta maaf dan beritahu memang begitu cara dia memasak nasi sebab mak dia sakit. Jadi, masakan memang khas untuk orang sakit.

Apa yang membuatkan aku sebak ialah, dia cakap biasanya dia yang masak. Jadi, bila mak dia masak, dia sangat gembira tak terkata. Arwah mak dia paling pandai buat peria celur telur.

Jadi, nak berpesan kepada kawan-kawan. Hargailah ibu anda. Bila mak dah tak ada, bukan setakat hilang doa yang inshaAllah diperkenankan, doa seorang ibu. Tetapi kita hilang juga kenikmatan makanan yang paling sedap di dunia iaitu air tangan ibu. - IIUM Confessions

No comments :

Post a Comment