Wednesday, 2 March 2016
KINI SERPIHAN MH370 ADA DI MOZAMBIQUE, SKRIP SAMA AKAN BERULANG ?
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai penemuan serpihan pesawat Boeing 777 di pantai Mozambique semalam namun masih terlalu awal untuk mengesahkan ianya dari MH370.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi mendapatkan serpihan itu kerana Malaysia tiada kedutaan di Mozambique.
"Saya harap tiada pihak yang membuat spekulasi serpihan itu milik MH370," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Hari ini, beberapa portal antarabangsa melaporkan pegawai dari U.S telah mengesahkan satu penemuan serpiahn di Mozambique yang mungkin dari pesawat MH370. - SUMBER
*Skrip "terlalu awal untuk membuat pengesahan" sering dilontarkan acap kali berita serpihan MH370 tersebar. Akhirnya, setelah kononnya siasatan dijalankan, pihak yang berkenaan akan mewarwarkan kepada awam bahawa serpihan bukanlah dari pesawah MH370. Skrip sama sentiasa diulang.*
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment