unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 20 January 2016

"TAK SANGKA GAMBAR SELFIE BREASTFEEDING TERSEBAR, MAAF"

No comments :


SHAH ALAM - Susulan tersebarnya beberapa gambar selfie ibu-ibu yang sedang 'breastfeeding' di media sosial beberapa minggu yang lalu, pemilik jenama Feedmilk tampil memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar.

Jelas pemiliknya, Syafiq, gambar selfie 'breastfeeding' yang tersebar itu adalah gambar milik pelanggan mereka untuk dijadikan sebagai testimoni selepas menggunakan produk mereka.

"Sebagai sebuah jenama yang berdiri dengan ibu-ibu menyusu sebagai pelanggan kami, kami ingin memohon maaf di atas gambar selfie ibu-ibu 'breastfeeding' yang dikecam oleh ramai orang.

"Gambar-gambar tersebut adalah gambar yang kami muat naik, hasil perkongsian dari ibu-ibu yang menggunakan produk kami. Produk Feedmilk ini direka khas bagi membantu para ibu menyusukan anak di tempat awam dengan teknologi 'SelamberSelak' ini," katanya.

Menurut beliau, gambar yang tersebar itu adalah gambar testimoni dari pelanggan selepas menggunakan baju menyusu Feedmilik.

"Mereka mungkin terlalu teruja kerana sebelum ini mereka sukar untuk menyusukan anak mereka di tempat awam. Setelah menggunakan produk kami, mereka gembira dan berkongsikan gambar dengan semua orang untuk berinspirasi, malangnya telah disalahertikan," jelasnya.

Ekoran itu, pihak Feedmilk meminta para pelanggan hanya memohon agar pelanggannya tidak berkongsikan gambar seperti itu lagi bagi mengelakkan masalah timbul.

"Kami berbesar hati menerima gambar dari pelanggan, tetapi gambar memakai baju Feedmilk dan memegang bayi itu saja sudah memadai," katanya.

Beliau berharap para ibu dapat terus menggunakan produk mereka walaupun ramai yang tidak faham tentang pentingnya penyusuan badan ini. - SUMBER

No comments :

Post a Comment