unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 10 February 2016

"UNTUK DATUK AFFENDI, DATUK MOKHTAR, DATUK ROZABIL, PERHATIKAN APA SAYA KATAKAN" - AMARAN TMJ UNTUK FAM

No comments :


JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada semua Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa mereka sentiasa dalam perhatian baginda.

Tunku Ismail bertitah, semua Exco FAM digesa supaya bekerja dengan penuh integriti dan adil supaya mereka tidak meninggalkan nama yang tidak baik kepada generasi akan datang.

“Untuk Datuk Affendi, Datuk Mokhtar, Datuk Rozabil, Datuk Hamidin dan semua ahli Exco FAM. Ambil perhatian kepada apa yang saya katakan. Saya memerhatikan anda.

“Hidup supaya apabila anak-anak anda fikirkan tentang keadilan, kasih sayang dan integriti, mereka memikirkan anda,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail turut memberi peringatan kepada beberapa organisasi bola sepak Malaysia dan penyokongnya supaya memerangi rasuah bola sepak dan tidak menjadi seperti ular tanpa prinsip.

Baginda dalam pada itu menggesa pasukan yang terlibat dalam isu tidak membayar gaji pemain menyelesaikan isu tersebut sepenuhnya dengan segera.

“Mereka semua manusia. Bukan ternakan. Untuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, saya percaya bahawa anda adalah seorang ahli politik yang berpengalaman.

“Dan sudah tentu anda tahu apa perkara yang betul untuk dilakukan,” titah baginda selaku Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

PFAM semalam mendakwa tiga pasukan Liga Malaysia iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan dan FELDA United gagal melunaskan gaji pemain berjumlah RM4.47 juta pada musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dipetik berkata, jumlah itu membabitkan pembayaran untuk 21 pemain daripada tiga pasukan berkenaan.

ATM didakwa mencatatkan jumlah tertinggi apabila gagal membayar gaji 15 pemain mereka membabitkan jumlah tunggakan sebanyak RM3.7 juta.

“Kelantan pula gagal menjelaskan RM477,000 untuk lima gaji pemain mereka, sementara RM220,000 pula membabitkan pampasan yang dituntut pemain FELDA United, Mohd. Azrul Ahmad.

“Sehingga hari ini, ATM masih belum menunjukkan usaha untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi mereka,” dakwa Izham. – SUMBER

No comments :

Post a Comment