unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 10 February 2016

AERIL SAFREL & NAZIM OTHAMN BERLAKON DALAM FILEM GAY

No comments :

 

DALAM arena perfileman tempatan, tema filem berkaitan hubungan sejenis jarang kali dimainkan memandangkan sensitiviti masyarakat Malaysia mengenai isu tersebut.

Yang pernah dimainkan di pawagam hanyalah filem Anu Dalam Botol lakonan Arja Lee dan Wan Raja yang juga pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Terbaharu, menerusi posting pelakon Aeril Zafrel di laman Instagramnya, aktor itu memuat naik gambar poster filem Crystal Soul lakonannya dengan seorang lagi pelakon kacak, Nazim Othman.

Filem itu dikhabarkan berkisar mengenai hubungan gay di antara dua pelakon utama terbabit.

Namun, hasil pemerhatian di Instagram Aeril, gambar ‘kontroversi’ itu sudah pun dipadam. – SUMBER

No comments :

Post a Comment