unclemaniam.blogspot.com

Monday 8 February 2016

"SAYA AKAN GUNAKAN DARAH BABI UNTUK TUMPASKAN IS" - DOG

1 comment :


Pelbagai cara dilakukan untuk memerangi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) termasuklah melalui ketenteraan namun berbeza bagi seorang pemburu upahan ini.

Duane Chapman, lebih dikenali sebagai Dog, the Bounty Hunter atau Dog, Si Pemburu Upahan, nekad mahu menggunakan darah babi untuk menghapuskan IS sambil menyusup masuk bandar didiami mereka.

“Jika saya mendapat sokongan Amerika Syarikat, saya akan pergi. Kita betul-betul memerangi orang ini.

“Mereka takutkan babi dan darah babi. Ia umpama kita takutkan Aids di Amerika Syarikat pada zaman 1980-an dahulu.

“Saya akan gunakannya. Saya akan ugut mana-mana sumber yang berpotensi. ‘Oh, kamu tak tahu di mana pengganas? Minum sajalah segelas darah babi’,” kata Chapman seperti dilaporkan portal Mic.

Umat Islam diharamkan makan babi, dan dianggap najis berat jika menyentuhnya lapor Malay Mail.

Namun, babi jarang didapati di Timur Tengah. Bila ditanya alternatif jika bekalan babi terputus di bandar itu, Chapman berkata babi hutan akan digunakan: “Mereka bencikan babi hutan dan babi sama seperti mereka bencikan warga Amerika”.


Dalam satu perbualan telefon bersama portal tersebut, pemburu upahan itu mendedahkan bagaimana dia akan menghapuskan IS — jika kerajaan AS memberinya peluang.

“Perkara pertama [pasukan kami] akan lakukan ialah mencari kawasan di mana mereka berada dan mencari orang yang boleh bercakap dengan kami.

“Kami akan tawarkan wang dan harta dari Amerika. Kita akan mencari musuh mereka. Setiap orang mempunyai musuh,” kata beliau.

Katanya, AS mungkin memerlukan 300 anggota askar Marin untuk menumpaskan ketua al-Qaeda Osama bin Laden, tetapi kaedah lain diperlukan untuk memusnahkan kuasa dunia seperti IS.

“Samalah seperti jenayah terancang, jenayah jalanan, geng motosikal. Jika anda menumpaskan ketua, mereka cuma serahkan kuasa kepada naib presiden.

“Kita perlu menghapuskan lima atau enam pemimpin atasan mereka. Seperti pepatah orang asli, jika dipotong kepala maka matilah ular,” tambahnya.

Rancangan realiti Chapman, Dog the Bounty Hunter disiarkan di saluran TV A&E di AS sejak 2004 hingga 2012 dan terkenal di serata dunia, menunjukkan misi Chapman dan pasukannya memburu penjenayah dan pelarian yang dikehendaki pihak berkuasa.
 

1 comment :

  1. Sangat lucu babi Amerika mahu menumpaskan anjing peliharaan mereka sendiri haha

    ReplyDelete