unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 9 March 2016

CHEF REALITI TV MENTAH !

No comments :


SEBUT sahaja nama Datuk Chef Wan pasti ramai yang kenal dan terhibur dengan celoteh dan gelagatnya setiap kali muncul di kaca televisyen mengacarakan program berunsurkan santai atau masakan.

Chef Wan atau nama sebenar beliau Redzuawan Ismail, 58, bukan sahaja pakar dalam bidangnya, namun beliau juga terkenal dengan sifat lantang bersuara.

Ia sekiranya terdapat isu-isu yang dirasakan penting untuk beliau mengeluarkan pendapat atau komen, apatah lagi berkaitan bidang masakan yang merupakan kepakaran beliau.



Menerusi sebuah portal akhbar online, Chef Wan berkata golongan cef selebriti hasil daripada program realiti yang tumbuh bagaikan cendawan hari ini tidak membantu dalam melahirkan seorang cef selebriti yang berkualiti.

Menurut Chef Wan, untuk menjadi seorang cef selebriti, seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman yang luas, latihan yang baik dan mampu berkomunikasi baik serta berkarisma apabila berhadapan dengan kamera.

Rata-rata chef selebriti yang lahir daripada program realiti masih mentah dan kurang berpengalaman serta memerlukan tunjuk ajar yang lebih, tidak mudah untuk menjadi chef selebriti, jelasnya kepada portal itu.

Memenangi sesebuah program realiti masakan tidak melayakkan seseorang untuk bergelar cef selebriti. Kesannya, ramai cef selebriti yang ada hari ini tidak dapat bertahan lama dalam industri ekoran kekurangan kriteria di atas.



Tambah Chef Wan lagi, kelantangan dan keterbukaan beliau dalam menyuarakan pandangan di laman media sosial adalah bertempat dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih perhatian atau tujuan komersial.

Bagi beliau, prinsipnya mudah, seandainya ada pihak yang tidak suka akan pandangannya, itu bukan masalah bagi dirinya tetapi masalah orang itu sendiri. – SUMBER

No comments :

Post a Comment