unclemaniam.blogspot.com

Monday 8 February 2016

NASIHAT & TEGURAN SENTAP BUAT SI PUTERA KATAK SELATAN

No comments :

Gagal dalam perhubungan membuatkan seseorang bertindak di luar kawalan. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali Putera Katak Selatan yang meluahkan kekecewaan dan niat untuk membunuh diri kerana ditinggalkan kekasih.


Terbaharu, kami terpanggil untuk berkongsi pesanan yang kami sifatkan terbaik bukan hanya kepada Putera Katak Selatan, juga kepada seluruh jiwa yang gagal dalam percintaan. Ikuti nukilan nasihat yang dipetik dari Penulis Misteri ini.



Dik,

Abang pernah melalui detik-detik sakit perpisahan dan ditinggalkan dulu-dulu. Abang mengerti kebodohan dan royanan ketika patah hati, awek merajuk acah nak clash.

Tak kira waktu masih berhingus atau dah dewasa, luka patah hati tetap terasa sakitnya.

Hatta abang dah tua bangka sekarang pun, kalau putus cinta, abang pun akan menangis keluar air mata merah hijau tema tembikai.

Abang tengok komen-komen di page yang menviralkan kesengsaraan adik, memang dahsyat. Ramai mengutuk mengeji adik yang sedang kesedihan sampai nak bunuh diri.

Tapi, percayalah, mereka tu kalau patah hati kena tinggal, meroyan gak. Mungkin lebih dari yang adik alami.

Adik kena tahu suatu rahsia penting para penulis:


— Waktu patah hati adalah waktu paling afdal menulis. Kerana penulisan waktu itu tulus dari hati. Mencurah-curah idea tu.


Dik,

Awek adik cantik, tapi isteri adik kelak lagi menawan. Percayalah.

Tinggalkan yang tidak solehah seperti itu. Carilah yang menawan pekertinya yang tidak akan tinggalkan adik lagi hingga akhir hayat. Kerana setianya seorang wanita atau lelaki menjadi salah satu tanda kekuatan imannya. Setia juga cabang iman.

Manusia yang setia dengan Tuhannya, Allah s.w.t. adalah manusia yang kuat imannya. Mereka yang setia pada Allah jua, pasti akan setiakan hati pada suami atau isterinya kerana itu adalah kurniaan lagi amanah dari-Nya.

Cuba adik pandang cermin. Letakkan cap di tepi, ambil kopiah pakai. Siapa yang ada dalam cermin? Adik dalam imej seorang lelaki yang bakal soleh.

Gilakan wanita atau lelaki termasuk dalam helaian muka surat pencinta dunia. Gilakan dunia terlebih-lebih.

Abang ada terbaca, Al-Hasan Al-Bashri berkata,

المؤْمِنُ فِي الدُّنْيَا كَالغَرِيْبِ لاَ يَجْزَع مِنْ ذُلِّهَا ، وَلاَ يُنَافِسُ فِي عِزِّهَا ، لَهُ شَأْنٌ ، وَلِلنَّاسِ شَأْنٌ

“Seorang mukmin di dunia seperti orang asing. Tidak pernah gelisah terhadap orang yang mendapatkan dunia, tidak pernah saling berlumba dengan penggila dunia.


Penggila dunia memiliki urusan sendiri, orang asing yang ingin kembali ke kampung akhirat punya urusan sendiri.”
(Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 379)

Kamu kini, atau abang yang dahulu pernah putus kasih, adalah termasuk penggila dunia.

Gilakan seseorang hinggakan sanggup menangis, lukakan diri kerananya, tidak berbaloi sebenarnya. Muntah darah pun belum tentu dapat orang yang kita nak.

Tapi, bila kita gilakan akhirat, nyawa kita ni korban untuk Allah dan Rasulullah s.a.w., sedikit pun tak sia-sia. Luka calar pun dapat Syurga. Hatta kita berniat untuk ke masjid suatu hari, namun takdir Allah keluar saja dari rumah terus kemalangan, sudah pun tersenarai kita sebagai ahli Syurga.

Abang baca lagi, telah berkata Yahya bin Mu’adz Ar-Razi,

الدُّنْيَا خَمْرُ الشَّيْطَان ، مَنْ سَكِرَ مِنْهَا لَمْ يُفِقْ إِلاَّ فِي عَسْكَرِ الموْتَى نَادِماً مَعَ الخَاسِرِيْنَ

“Dunia adalah khamarnya setan. Siapa yang mabuk, barulah tersedarkan diri ketika kematian (yang gelap) itu datang.

Nantinya ia akan menyesal bersama dengan orang-orang yang merugi.” (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 381) - kredit tausiyah Muhammad Abduh Tuasikal

Jangan kita mati kerana seseorang demi buat orang itu menyesal kehilangan kita. Menyesal tidak menghargai kita.

Kerana sesungguhnya bila kita mati, kitalah yang paling menyesal.

Kerana kita tidak mati atas nama Allah. Kita mati kerana makhluk. Kita mati dengan amal yang kecil. Kita mati dalam keadaan kita tidak bersedia. Kita mati dalam keadaan putus asa. Kita mati dalam keadaan terlampau sedih.

Patut mati kerana terlalu takut berbuat dosa, hingga mengalir air mata darah untuk Dia.

Dik,

Bertenanglah.

Ingat pesan abang ni.

"Wasbir 'ala ma asoo bak."
Ertinya: Bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.

Itu yang Luqmanul Hakim pesan pada anaknya dalam Surah Luqman ayat 17.

Dan abang pesankan pula adik.

Bi seterung. Yu qen du it.

Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat

— Abg Bikai the spoileretoszmembebelius

(gambar adik kacak, don't worry viral pun, mana tahu ada awek tangkap cintan. seluruh dunia yg dah viralkan adik, ketawakan adik, kena ingat, inilah wajah bakal pemuda soleh.)

Sekain. 
 

No comments :

Post a Comment