unclemaniam.blogspot.com

Thursday 21 January 2016

"DAH BAYAR RM3,500 PENUH PUN MASIH TAK DAPAT VIDEO KAHWIN AKU"

No comments :

gambar hiasan
Awas! Post yang amat panjang! Aku tertipu! Siapa-siapa yang nak 'SHARE', dipersilakan.

Ini mungkin post terpanjang yang aku pernah buat sepanjang hidup aku sebab tahap kesabaran sudah mencapai hadnya. Aku nak bagi tajuk,

'JANJI VIDEOGRAPHER DICAPATI TAHAP APA PUN TAK TAHU!' atau;

'LET'S THE STORY UNFOLD' (pinjam tagline depa sat).

Penipu dan penabur janji palsu yang ke-seratus kali, Pelangi Putih Films (PPF).

IG: @pelangiputihfilms
FB: Pelangi Putih Films
H/P: 011-266 *****

Update terkini, 21 Januari 2016

Alhamdulillah, finally PPF dah contact aku dan maklumkan barang sudah dipos. Dah gertak macam ini baru nak takut?

Tetapi dalam masa yang sama, akaun IG aku telah di'removed' oleh PPF. Apa salah aku? Aku tak ada langsung buat kecoh di situ. Mana sikap profesionalism anda wahai PPF?

Selepas post aku ini viral di Facebook, ada beberapa mangsa tampil menghubungi aku dan mengadu masalah yang sama. See, bukan aku seorang saja yang kena. Malangnya nasib kami.

Kalau aku tak start macam ini, mungkin aku tak akan dapat video aku semula atau lambat lagi? Dan aku tidak akan sesekali delete pos ini sebagai tujuan pengajaran kepada orang lain dan PPF sendiri untuk cuba menkaji diri semula, memperbaiki apa yang kurang. Bukan dengan hanya perkataan 'sorry' atau maaf beribu kali tanpa ada tindakan dan penambahbaikan seterusnya. Di mana berkatnya rezeki kita kiranya memperlakukan pelanggan seperti itu?

Mangsa: Akulah tu
Kerugian: RM3,500 (Video untuk nikah dan reception side aku).

Ramai yang tanya kenapa pergi bayar penuh siap-siap?

"Itu mereka punya term and condition dan sebagai pelanggan aku kenalah ikut. Lagipun aku tak ragu-ragu na bayar penuh sebab mereka sebelum ini pernah ambil job shot artis, instafamous, famous blogger dan mereka agak famous dan ada nama juga. Jadi yakinlah sikit dengan mereka," saya.

Tetapi mentang-mentang aku bukan artis, bukan instafamous atau blogger, sekadar rakyat marhaen, tergamak mereka melayani aku seperti ini. Tak apa, tunggulah sehingga tindakan yang seterusnya kalau aku masih tidak mendapat hak aku semula.

KRONOLOGI YANG MENGALAHKAN SINETRON


Oktober 2014

PPF ada buat promosi. Aku hubungi team PPF, set appointment dan bersetuju untuk menempah mereka untuk pakej video (sanding dan nikah). Jadi aku terus bayar deposit untuk lock date.


1 & 2 Mei 2015

Alhamdulillah, selesai majlis nikah dan sanding aku.


Terma PPF:

Okay, aku ikut semua terms dia, bayar RM3,500 on time. Full payment setelah selesai majlis.

Final product delivery adalah 4-5 bulan selepas majlis. Okay, aku sabar menunggu. Habis saja bulan ke 5, aku WhatsApp dan follow up video aku.

4 Bulan kemudian

Krik... krik... krik.. Tiada sebarang maklumbalas.

5 Bulan Kemudian, 10 Ogos 2015

Aku WhatsApp tanya status video aku. Tiada sebarang balasan dari PPF. Tak apa, aku bersabar lagi.


17 Ogos 2015

Aku WhatsApp dan e-mel sekali lagi juga tidak dibalas. Aku komen panjang lebar di Instagram mereka tetapi komen aku telah dipadam. Aku tak guna any harsh word pun. Cuma bertanya kenapa tidak membalas mesej di WhatsApp dan e-mel aku langsung. Aku hanya nak tahu status video aku, itu sahaja. Aku dah bayar penuh kot.

18 Ogos 2015

Setelah beberapa hari aku assabarul iman menunggu (to be exact seminggu juga) barulah mendapat maklumbalas dari PPF yang mengatakan video aku hampir siap. Mereka kata mereka akan hantar pada awal atau akhir bulan September. Alhamdulillah lega aku dengar.

Dalam masa sebulan (September), aku langsung tidak menganggu mereka sebab mungkin mereka tengah sibuk. Lagi pun mereka telah berjanji antara awal atau akhir September akan dipos.

Awal September, tiada sebarang berita. Di akhir bulan September juga tiada sebarang perkhabaran.

Aku bersabar seketika dan fikir positif. Mungkin mereka nak touch up final product sikit lagi. Aku cuba mengurut dada memujuk diri agar jangan terlalu beremosi, belajar bersabar seketika.

8 Oktober 2015

Aku WhatsApp semula PPF dan bertanya tentang status terkini video aku, namun senyap sahaja.

12 Okotober 2015


WhatsApp lagi. Juga tiada sebarang respon. Tak apa, sabar lagi. Entah berapa banyak kali sudah bersabar.

16 Oktober 2015

Dada aku sudah mula berombak sikit. Apa benda yang langsung tak mahu membalas segala mesej dan panggillan pun tak mahu dijawab. Aku saja guna nombor lain hantar WhatsApp bertanyakan pakej, eh?? Replylah pulak!

Nampak tak permainan PPF ini?

Aku sangat geram dan komen lagi di Instagram PPF panjang berjela. Aku kata yang aku sangat kecewa dengan tahap perkhidmatan PPF dan akan mengambil tindakan undang-undang jika mereka tidak respon pada segala pertanyaan aku dengan kadar yang segera.

Selepas komen begitu, PPF terus balas WhatsApp aku dan meminta maaf serta memberikan alasan tidak dapat hantar minggu ini tetapi ditangguhkan ke 23 Oktober 2015.

Okay, nampak dan betapa sabarnya aku kan? Aku masih positif lagi dan beri mereka peluang.

23 Oktober sudah berlalu, batang hidung DVD aku tak nampak.

26 Oktober 2015


Aku WhatsApp PPF sekali lagi. Seperti biasa mereka tidak membalasnya. Awat wey payah sangat ni?

28 Oktober 2015


Aku WhatsApp sekali lagi dan kata jika mereka tidak memberikan sebarang respon, aku akan buat laporan polis. Tetapi mereka tetap juga tidak respon. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi penyabar sangat dengan orang kali ini. Kalau korang?

30 Oktober 2015


Aku suruh adik aku yang bekerja sebagai peguam itu tolong mesej mereka bagi pihak aku, cakap kalau PPF tidak respon juga, aku serius akan ambil tindakan undang-undang.

Tidak lama kemudian, barulah PPF respon dan kata video aku sudah siap dan akan dihantar. Alhamdulillah rasa syukur sangat.

18 November 2015


PPF WhatsApp aku. Mimpi apa ni? Pertama kali mereka WhatsApp aku dulu. Biasanya aku yang terhegeh-hegeh mesej mereka dulu dan menunggu PPF balas mesej di WhatsApp.

30 November 2015


Aku masih tak dapat DVD aku! Aku WhatsApp PPF lagi, tiada respon!

2 Disember 2015

Aku WhatsApp lagi, aku tak tahu kenapalah aku baik dan sabar sangat dengan mereka.

3 Disember 2015


PPF balas mesej dan memaklumkan mereka terpaksa tangguhkan lagi sehingga 9 Disember 2015. Mereka siap berani memberikan jaminan, jika aku tak dapat DVD itu pada masa itu nanti, aku boleh laporkan pada tribunal. Oleh kerana PPF sendiri yang memberikan jaminan seperti itu, jadi aku yakin 100% yang mereka akan menepati janji kali ini.

9 Disember 2015


Nampaknya janji dicapati lagi.

11 Disember 2015


PPF WhatsApp kata nak datang ke Pulau Pinang. Mereka nak serahkan sendiri DVD kepada saya sebagai tanda minta maaf di atas kelewatan. Aku pun, okay.

22 Disember 2015


Aku WhatsApp dan beritahu aku tak sampai Pulau Pinang lagi, ada hal. Jadi aku minta dia singgah di butik aku di Seberang Jaya dan pass DVD itu pada pekerja aku, senang. Namun tiada sebarang respon.

26 Disember 2015

Selepas empat hari, PPF WhatsApp beritahu mereka meminta maaf sebab tidak dapat turun ke Pulau Pinang. Tetapi meminta masa lagi minggu depan untuk membuat penghantaran.

Aik? Cakap pusing-pusing. Sebenarnya video aku ada ke tak ada ni?

30 Disember 2015

PPF WhatsApp lagi, kali ini mereka minta maaf sebab ada masalah teknikal pula. Mereka janji, 13 Januari 2016 mereka akan hantar sendiri. Aku pun okay dan percaya lagi.

13 Januari 2016


Tiba hari yang ditunggu-tunggu, tiada sebarang khabar berita. Aku dah bengkek gila! Aku cuba berlagak tenang dan mesej PPF tetapi tidak dibalas juga!

14 Januari 2016


Aku WhatsApp '????' saja. PPF masih tidak respon. Dada aku sudah berombak seperti Tsunami. Aku mesej kawan rapat dan adik beradik aku untuk meminta pendapat. Mereka bagi idea, spam IG PFF beramai-ramai. Cun!

Aku terus tinggalkan komen panjang berjela dan memberitahu PPF bahawa ini adalah amaran terakhir. Aku stresslah, mesej tak dibalas, apa masalah mereka ni?

Selepas aku komen, beberapa kawan aku turut serta komen. Tidak lama selepas itu, PPF WhatsApp aku.

Eh? Dah kena spam baru pandai nak reply?

Dan seperti biasa, komen aku dan kawan-kawan terus kena delete. Nak nampak bisnes cantik kan? Kenalah buat begitu, dan terus upload satu gambar di Instagram, tulis 'Sorry'.

Entah berapa juta kali dah minta maaf dan tangguh? Takkan nak tunggu sampai aku beranak 10 baru dapat DVD ka apa?

Solusinya, PPF janji 19 Januari 2016, aku akan dapat DVD aku.

19 Januari 2016


Tak dapat! Aku WhatsApp pun tak balas. Suami aku call mereka berjuta kali juga tidak mahu dijawab. Dah call kali ke berapa ratus kali baru nak jawab. Senang saja jawapan mereka.

"Minta maaf encik, DVD sudah siap dibungkus. Cuma tak dapat pos tadi. Kami akan pos esok pagi dan update tracking number terus," katanya.

Mujur suami aku yang call, dia jenis cool sikit. Kalau aku yang cakap? Silap-silap kena makilah dia. Maaflah, aku dah tak boleh bersabar lagi ni.

Aku pelik, kenapa kami yang kena mula menghubungi PPF dulu, baru mereka akan update status video itu? WhatsApp pun tak balas. PPF memang tak ada inisiatif nak beritahu kami sendiri? Mereka ini langsung tidak bertanggungjawab! Jenis lepas tangan saja.

20 Januari 2016


Hari ini, aku WhatsApp minta tracking number, tiada respon. Bila aku call, telefon dipadamkan. Sekarang aku tak tahu apa status sebenar video perkahwinan aku.

Jadi aku ambil keputusan untuk meluahkan masalah aku di sini dengan harapan ada sesiapa yang mengenai team PPF ini boleh tag mereka dan tolong beritahu dan tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum aku mengambil tindakan yang seterusnya.

Aku dah penat, dah cukup bersabar tetapi mereka main-mainkan perasaan aku. Aku tak faham bagaimana mereka menjalankan bisnes. Tengok promo sakan, ambil job banyak. Orang dah bayar penuh boleh pula mereka buat main-main halal balal. Aku pun buat bisnes juga tetapi tak adalah seperti ini.

Niat aku bukan nak menutup periuk nasi mereka ke apa tetapi sebagai pengajaran dan untuk mendapat balik hak aku. Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti aku, sila tampilkan diri dan kita lawan PPF bersama-sama.

Dear Pelangi Putih Films aka PPF, if you are reading this, pls be responsible on what your are doing.

I have given you so many chances but all I get was disappointment. You have promised to send me, my ALREADY PAID wedding video on several dates, but I have never received it. Mind you, my wedding was on May last year. And I was supposed to receive it on last Tuesday (after postponed few times) but I have not yet to be informed any news aboutt my video. I have no choice but to viral this (before proceed to legal action) so that you can learn from your mistake.

To brides-to-be please don't just hire wedding photographers/videograhers with great skills but badd baddd service! Don't just hire them just because they used to shot celebrities or what not and be like "oh they must be great, they shoot famous people, i must be getting great photos plus great service". Pls do some research abt their service to others. We're not spending a sum of money to hire professionals JUST to get our best wonderful moments shot, we're also expecting a good service alongside with it. We need professionals who at the same time KEEP their promises and PPF is definitely DOES NOT belong to this group. Don't fall for some photographers/videographers who claim themselves as "professionals" but are actually lousy! - Fariza Rosli





















 

No comments :

Post a Comment