unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 9 March 2016

SAYU, IBU HARAP IMPIAN ANAK HIDAP KANSER JUMPA ULTRAMAN TERCAPAI

No comments :



IBU mana yang tidak luluh perasaannya apabila melihat anak kecil terdampar menahan kesakitan akibat penyakit kanser darah yang dihidapinya sejak Ogos tahun lalu.

Siti Norhasimah Uprejar, 29, melahirkan perasaan sedihnya dengan permintaan anak bongsunya, Muhammad Hafiq Qayyum yang sangat teringin ingin bertemu muka dengan adiwira popular, Ultraman.


Permintaan adik Hafiq yang disuarakan menerusi laman Faceobook ibu saudaranya yang menggunakan nama Hafiq Qayyum.

Hampir setiap malam sejak disahkan menghidap penyakit Leukimia AML M7 yang kebiasaannya dihidapi oleh orang dewasa, Hafiq Qayyum tidak putus-putus bertanyakan kepada ibunya mengenai harapannya ingin bertemu dengan Ultraman bagi menceriakan harinya.

Wajah ceria adik Hafiq ketika di peringkat awal menerima rawatan Ogos tahun lalu.

Hafiq yang kini berusia dua tahun lima bulan disahkan menghidap penyakit yang dihidapi 5 kanak-kanak dalam 100 penghidap dewasa di seluruh dunia Ogos tahun lalu dan sejak itu hospital menjadi rumah kedua buat diri dan ibunya.

Kini ditempatkan di Wad KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hafiq atau lebih senang dikenali sebagai Ateh hanya terlantar dan bertemankan rawatan kemoterapi bagi merawat penyakitnya itu.

“Hati ibu mana yang tak sedih, setiap malam dia mesti beritahu saya, ‘esok Ultraman datang nak jumpa adik, adik nak tidur dulu”.

“Dan setiap kali itulah, saya terpaksa menipu untuk menyedapkan hatinya, agar dia boleh tidur,” ujarnya ketika ditemui Mynewshub, sebentar tadi.
Adiwira popular Jepun, Ultraman yang diingin ditemui adik Hafiq.

Norhasimah berkata anaknya itu teringin bertemu dengan superhero itu mungkin disebabkan pengaruh cerita Ultraman yang sering kali ditayangkan di kaca televisyen sejak Hafiq dirawat di hospital tersebut.


“Memang ada hubungi orang yang ada kostum tersebut tapi dia cakap buat masa ini kostummnya telah dihantar ke Jepun untuk membuat penambahbaikan, jadi sebab itu usahanya untuk membantu anak saya tak dapat diteruskan buat masa ini.

“Saya hanya berharap ada mana-mana pihak yang mempunyai kostum Ultraman mampu memberikan senyuman dan kebahagiaan buat anak saya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Hafiq akan melakukan pembedahan transplan sum-sum tulang yang bakal diterimanya daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi, 9, yang sesuai dengan dirinya.
Abang sulung Hafiq, Muhammad Fakrul Fahmi, 9, yang akan mendermakan sum-sum tulang kepada adik bongsunya itu.

Pihak doktor pakar akan berbincang secara lebih mendalam mengenai tarikh pembedahan tersebut selepas perbincangan diadakan pada 21 Mac ini.

Hafiq merupakan anak bongsu dari tiga beradik lelaki, bapanya, Abdullah Shaari merupakan seorang penyelia syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Manakala ibunya pula adalah seorang surimah tangga dan sejak Hafiq disahkan menghidap penyakit tersebut, ibunya sering kali menemani Hafiq mendapatkan rawatan kemoterapi.
Hafiq dan ibunya yang setia menemani.

Ketika ibu berada di hospital, kedua-dua abang Hafiq dijaga oleh nenek mereka yang tinggal di Teluk Gong, Selangor.

Sepanjang menerima rawatan di institut terbabit, Hafiq telah menerima kunjungan daripada selebriti terkenal tanah air seperti Anzalna Nasir, Elizad Sharifudin, Lisa Surihani, Yusry KRU dan personaliti TV3, Fiza Sabjahan yang meluangkan masa bermesra dengan si comel yang hiperaktif itu.


Lisa Surihani dan Yusry melawat adik Hafiq.



Anzalna Nasir

Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada adik Hafiq, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179.
 

No comments :

Post a Comment