unclemaniam.blogspot.com

Friday 26 February 2016

SEKOLAH AGAMA UNTUK PONDAN DITUTUP

No comments :


ANGGOTA polis menyoal seorang pengikut FJI yang mendakwa datang untuk memeriksa kegiatan sekolah berkenaan baru-baru ini.

YOGYAKARTA – Pihak berkuasa tempatan Indonesia di daerah Kotagede di sini memutuskan menutup Sekolah Islam Al-Falah yang dikhususkan untuk pelajar pondan.

Ia juga mengharamkan sekolah berkenaan menganjurkan sebarang kegiatan keagamaan atas alasan menjaga ketenteraman awam selepas didesak beberapa pertubuhan Islam.

Keputusan dibuat selepas pertemuan antara wakil Al-Falah, pegawai keselamatan, pihak berkuasa tempatan, Barisan Jihad Islam (FPI) cawangan Yogyakarta dan penduduk tempatan.

“Kami memutuskan menutup sekolah Islam yang mengajar pelajar pondan atas alasan keselamatan dan isu keselesaan awam,” kata ketua daerah kecil Banguntapan, Jati Bayu Broto, semalam.

Menurutnya, setiap pihak diberi peluang menyuarakan pendapat dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri ketua Al-Falah, Shinta Ratri dan ketua FPI Yogyakarta, Umar Said.

Selepas bermesyuarat dan berdialog, para peserta mengambil keputusan untuk menutup sekolah berkenaan kerana sekolah itu dibina di kawasan yang sesak penduduk.

“Mereka menuduh sekolah itu mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk minum arak dan karaoke. Sekolah itu mengambil keputusan menghentikan operasinya atas nasihat keluarga Shinta, bukan kerana desakan FJI,” kata peguam Shanti, Aditia Arief Firmanto. – Agensi/myMetro Online 

No comments :

Post a Comment