unclemaniam.blogspot.com

Friday 26 February 2016

DR. VIDA BAKAL LABUR JUTAAN RINGGIT UNTUK DAPAT HAK SIARAN

No comments :


TAGLINE ‘Qu Puteh Qu Puteh baru lah putih’ sudah pasti ramai yang mengetahui empunya badan siapa iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida.

Tidak asing lagi dalam dunia kosmetik dan kecantikan, usahawan wanita ini kini berusaha untuk mendapatkan hak penyiaran dari sebuah stesen televisyen bagi Piala FA dan Piala Malaysia.

Penaja dan penasihat kehormat pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQPTRW) itu bakal melaburkan jutaan ringgit bagi hak siaran perlawanan pasukan tajaannya dari stesen televisyen Media Prima Berhad (MPB) untuk sepanjang musim ini.



Inisiatif yang dilakukan oleh Dr. Vida adalah bertujuan untuk memastikan peminat pasukan PQPTRW tidak terlepas mana-mana aksi perlawanan berkaitan pasukan pujaan mereka itu.

Rata-rata penyokong Kelantan melahirkan rasa kecewa setiap kali perlawanan pasukan pujaan mereka tidak disiarkan secara langsung menerusi mana-mana siaran televisyen tempatan sendiri.

Menurut laporan portal BH Online, Dr. Vida sudah merancang sekian lama berkaitan untuk ‘beli’ hak penyiaran dari rangkaian stesen televisyen terkemuka MPB itu.

Ini kerana ia merupakan salah satu perancangan beliau terhadap pasukan Kelantan dan termasuk dalam bajet yang telah diperuntukkan untuk pasukan PQPTRW.



Tambah Dr. Vida lagi, segala perancangan dan pelaburan yang disalurkan kepada pasukan Kelantan, bukanlah gimik atau iklan semata-mata.

Tetapi beliau ingin melihat pasukan bola sepak Kelantan lebih maju sehingga peringkat antarabangsa. –

No comments :

Post a Comment