unclemaniam.blogspot.com

Thursday 11 February 2016

PENJELASAN DSV TENTANG JERSI THE RED WARRIORS MAMPU PUTIHKAN PUTIH DITUDUH MENIPU

No comments :


Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Dr Vida enggan melayan kritikan segelintir pihak terhadap dakwaannya bahawa jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) memutihkan kulit dan menguruskan badan.

Sebaliknya, Dr Vida berkata, pengkritik boleh menilai sendiri dakwaannya mengenai jersi itu apabila jersi pasukan Kelantan dilancarkan hari ini.
Katanya, dalam pelancaran jersi berkenaan, fungsi jersi DSV akan tunjukkan kepada orang ramai secara langsung lapor Free Malaysia Today.

“Tunggu pelancaran esok (hari ini) beserta dengan tayangan montaj,” katanya kepada FMT di sini, semalam ketika menjawab kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan fungsi jersi DSV.

Semalam, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat KAFA menerusi satu laporan media berkata empat jersi pasukan Kelantan jenama DSV yang akan dilancarkan hari ini mempunyai kelebihan ‘luar biasa’ apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan memutihkan kulit.

Berikutan itu, kenyataan Dr Vida menerusi laporan media berkenaan dipertikaikan segelintir pihak dengan menyifatkan perkara itu tidak masuk akal dan sengaja direka untuk memperdaya peminat.

Persatuan bola sepak Kelantan akan melancarkan jersi rasmi pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu. 

No comments :

Post a Comment