unclemaniam.blogspot.com

Thursday 11 February 2016

JERSI THE RED WARRIORS PUTIHKAN KULIT MENGARUT !

No comments :


Kenyataan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berhubung fungsi jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) memutihkan kulit dipertikai salah seorang pengguna Facebook.

Pada pendapatnya, kenyataan Dr Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida itu hanyalah rakaan dan memperdayakan peminat lapor Free Malaysia Today.

“Fungsi memutihkan kulit itu suatu yang direka-reka dan menipu sahaja. Adakah kajian sebelum ini yang menunjukkan ianya terbukti dari segi saintifik?

“Memang diketahui ada fabrik yang mempunyai kelebihan untuk menghalang terik mentari seperti baju-baju dari jenis outdoor.

“Namun pemilik produk-produk tersebut tak pernah mengaku pakaian mereka mampu memutihkan kulit. Pasukan Kelantan ada pemain berkulit gelap atau pemain import dari Afrika tak? Kita tunggu sahaja habis musim bolasepak tahun ini untuk melihat ‘kehebatan’ jersi ini memutihkan kulit mereka,” sindir pengguna itu.

Sebelum itu Dr Vida dalam satu kenyataanya di Berita Harian Online berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini.

Berikut merupakan kenyataan Facebook Page Pseudoscience Watch mengenai isu ini.

[Edisi Baju Bola Ajaib Bewarna Pink]

Terima kasih kpd sahabat yg pm kami mohon penjelasan.

Bila mengaku ada PhD ni kami kritis lah bila tengok statement2 yg dikeluarkan dalam media.

Beliau masih digelar dan menggunakan gelaran 'Dr.' yang secara sosialnya membawa status pendidikan universiti yang tertinggi dan menjadi lambang status sosial di dalam masyarakat.

Padahal secara realiti ianya palsu dan memperdaya.

Timbul pula statement2 begini mengenai pasukan bolasepak negeri yg ditaja syarikatnya.
Beberapa perkara yang kami akan pertikaikan dari saintifik:

1. Pakaian tersebut direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

-Memang ada pakaian yang direka untuk 'kelihatan' kurus akan tetapi ianya bukanlah dalam bentuk baju jersi bola. Selalunya ia datang dalam bentuk bengkung yang perlu diketatkan untuk kelihatan seolah2 kurus.

-Dan perkataan kurus itu adalah sesuatu yang relatif. Adakah ianya kurus keding atau nampak kurus?

-Adakah frasa 'menurunkan berat badan' boleh digunakan? Dalam kes ini ianya agak obsolete, Vida Beauty Sdn. Bhd. dah ada beberapa produk makanan yang menjanjikan kebaikan menguruskan badan dan memutihkan kulit. Tak ada bukti saintifik pun produk2 tersebut berjaya menguruskan badan dan memutihkan kulit. Apa perlunya lagi jersi 'kurus dan putih' seperti ini?


2. Walaupun ni sokkabar berbahasa Melayu tapi kami rasa layaklah kami tegur. Frasa jersi 'berkulit putih' sudah semestinya salah. Frasa yang lebih baik digunakan ialah 'memutihkan kulit'.

Itupun masih kurang tepat juga. Adakah ianya memutihkan kulit atau mencerahkan kulit?

3. Benang yg direka khas itu dihasilkan di tiga kilang iaitu di China, Thailand dan Vietnam.

-Direka khas apanya? Biasa lah kilang tekstil dari China, Thailand dan Vietnam. Biasa sahaja. Tiada apa yg istimewa. Malah produk2 dari negara tersebut memanglah diketahui lebih ekonomi dengan harga lebih rendah dengan kualiti yang berpatutan.

4. Fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit.
-Fungsi memerangkap peluh itu sangat biasa, tiada apa yang istimewa. Tekstil polyester nylon memang mudah dikeringkan

-Fungsi memutihkan kulit itu suatu yang direka-reka dan menipu sahaja. Adakah kajian sebelum ini yang menunjukkan ianya terbukti dari segi saintifik? Memang diketahui ada fabrik yang mempunyai kelebihan untuk menghalang terik mentari dengan rating SPF tertentu. Seperti baju2 dari jenis outdoor. Namun pemilik produk2 tersebut tak pernah mengaku pakaian mereka mampu memutihkan kulit.

-Pasukan Kelantan ada pemain berkulit gelap atau pemain import dari Afrika tak? Kita tunggu sahaja habis musim bolasepak tahun ini untuk melihat 'kehebatan' jersi ini memutihkan kulit mereka

5. Benang melancarkan darah
-Kami dah dengar dari 2007 lagi produk Premium Bloodyfull dari Hai-Yok yang dikatakan mempunyai FIR (Far Infrared) dan sebagainya. Namun ianya hanya satu penipuan.

-Juga sebelum ini dengan pelbagai jenis seluar dalam Superman yg juga dikatakan mampu meningkatkan fungsi kelelakian

-Stokin dan seluar dalam VKen juga kami dah sentuh dari tahun 2015. Yang kami buktikan ianya hanya mengarut dan berharga mahal

-Kami hampir pasti jersi ini pun menggunakan konsep penipuan yang sama. Melancarkan darah tanpa dapat menunjukkan mekanisme bagaimana ianya bertindak

6. Membakar lemak

-Perkataan 'membakar' sering digunakan untuk lemak sedangkan bagaimana dengan memakai jersi ini, lemak badan boleh dikurangkan?
-Adakah dengan memakai sahaja dan baring di rumah, berlaku metabolisme badan yang menggunakan lipid?

7. Pengeringan peluh akan memutihkan kulit seperti selepas disauna.

-Peluh kering cuma proses pemeluwapan peluh dari permukaan kulit. Tiada apa yang memutihkan kulit dari mekanisme fizik yang biasa ini.
-Kulit tetap dengan tona yang sama kerana pengeringan peluh tidak melibatkan sel2 melanin yang menjadi faktor warna kulit

PhD dalam Biologi tapi cakap tunggang langgang dari segi saintifik.
Tengok saja sama ada adakah pihak tersebut akan menjual jersi 'heybatt' tersebut dengan harga premium.

Ataukah lebih murah dari jersi biasa dengan alasan merakyatkan bolasepak?
Tunggu pula apa kata beliau apabila jersi tiruan pula mula dipasarkan.

-AK74-

*Aku haram tak minat bola 
 

No comments :

Post a Comment