unclemaniam.blogspot.com

Monday 15 February 2016

PEMUDA INI BERJAYA BINA RUMAH IMPIANNYA GUNA KONTENA (8 GAMBAR)

No comments :

Kredit gambar: Facebook Muhamad Azree

HAMPIR setiap orang punyai impian ingin miliki rumah sendiri namun yang terfikir dan berusaha meraihnya secara inovatif seperti lelaki ini tak ramai.

Muhamad Azree Abdul Rahim, 26, adalah contoh anak muda yang tahu ‘menikmati’ hidup dengan caranya sendiri meskipun sederhana. Hasilnya, dia dapat merasa nikmat kegembiraan memiliki rumah sendiri jauh lebih awal daripada kebanyakan teman seusia dan paling penting tidak dibebani hutang bertimbun.


Kredit gambar: Facebook Muhamad Azree

Ideanya utamanya adalah kontena.

Memang sudah ada yang mengubahsuai kontena sebagai tempat menginap tetapi yang mengusahakannya hingga jadi kediaman berkembar 3 tingkat agak jarang didengar, sekurang-kurangnya di negara ini.


Lukisan / rendering rumah kontena yang diusahakan Muhamad Azree (Kredit gambar: Rumah Kontena Official)

Ternyata idea ini bijak diimplemen dalam keadaan ekonomi sekarang yang jangankan nak memiliki rumah sendiri, kebanyakan kita di usia 20an memiliki gaji cukup-cukup makan sahaja – itupun dah mula ada hutang dengan pihak bank.

Lihatlah sendiri bagaimana Azree miliki rumah idamannya (siap dengan taman di tepi rumah dan interior menarik!).



Kredit gambar: Facebook Muhamad Azree



Kredit Gambar: Facebook Muhamad Azree



Kredit Gambar: Facebook Muhamad Azree



Kredit gambar: Facebook Rumah Kontena Official



Kredit Gambar: rumahkontena.com

Rumah idaman Azree masih belum siap sepenuhnya dan hingga kini masih dalam proses pembinaan namun ianya sudah boleh diduduki dan hari demi hari pelan yang dirangka dan dikongsikan dengan umum di Facebook Rumah Kontena Official dan rumahkontena.com semakin jelas.



Kredit Gambar: Facebook Rumah Kontena Official

Diharapkan lebih ramai anak muda di luar sana berasa cemburu dan berusaha untuk jadi seperti Azree agar dapat menikmati hidup di zaman ini tanpa terlalu stres mengejar wang demi memiliki keperluan hidup yang kian mahal. – SUMBER

No comments :

Post a Comment