unclemaniam.blogspot.com

Saturday 20 February 2016

LELAKI KEJAM ! MINTA DUIT BELANJA DAPUR, ANAK DIBUNUH ISTERI DITIKAM

No comments :


KENINGAU - Seorang lelaki berusia 39 tahun disyaki membunuh anak dan menikam isterinya kerana meminta wang gaji untuk belanja dapur.

Dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Kampung Melampoi, Nabawan, jam 2 pagi, Khamis lalu, Rojas Jonvin, 8, temui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka di bahagian lehernya.

Isteri suspek, Edwena Doca, 49, cedera ditikam dan berjaya meyelamatkan diri dan meminta pertolngan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Keningau.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas NYeging Taong berkata, isteri suspek menjelaskan hahawa punca kejadian itu berlaku apabila suspek marah dengannya yang meminta duit gaji suspek untuk belanja dapur.

Berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang suspek yang sedang cuba melarikan diri.

Dari ujian air kencing, suspek didapati posifit dadah dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - SUMBER

No comments :

Post a Comment