unclemaniam.blogspot.com

Monday 29 February 2016

KISAH MAWI SELAMATKAN KUCING DARI PARIT DALAM JADI VIRAL

No comments :



*Kisah ini adalah perkongsian melalui Page FB.

Pemuda ini difahamkan bernama Hismawi atau lebih dikenali sebagai Mawi.

Kejadian dikatakan berlaku pada pagi tadi. Dia dan dua orang rakannya sedang menjalankan tugas di Area Tunoh (Hungab, Penampang Sabah).

Sewaktu di lokasi kejadian, mereka terdengar bunyi kucing dan mendapati kucing tersebut telah terjatuh ke dalam parit besar.

Mawi bersungguh untuk menyelamatkan kucing tersebut, sanggup meminjam tangga dari kawasan rumah berhampiran.

Dengan memakai pakaian kerja, dia sanggup turun ke dalam parit tanpa memikirkan risiko terjatuh dan pakaian kotor.

Selepas kucing dibawa naik, pemuda ini memberi makan kepada kucing tersebut. Makanan yang diberi kepada kucing adalah bekal yang dibawa dari rumah sebagai makanan tengah hari ketika waktu rehat bekerja.

Pengorbanan dan kesungguahn mawi untuk menyelamatkan kucing ini sangat membuatkan hati saya terharu dan terbuka hati untuk viralkan gambar-gambar yang saya peroleh daripada group Whatsapp.

Semoga pertolongan ikhlas Mawi ini mendapat balasan yang setimpal dari Maha Esa.








No comments :

Post a Comment