unclemaniam.blogspot.com

Sunday 13 December 2015

"HUBUNGAN SAYA DENGAN KERABAT DIRAJA JOHOR MUSNAH... " - LUTFYAH

No comments :


Walaupun ini adalah kisah lama tetapi ianya pasti membuatkan anda mengingatinya sehingga sekarang. Tahukah anda bahawa Allahyarham Tunku Jalil pernah digosipkan dengan seorang artis dari program realiti tv Akademi Fantasia. Artis yang dimaksudkan itu adalah Lutfyah Sheikh Omar.

Mari kita ikuti kisah ini….

Seorang penyanyi yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 6(AF6) iaitu Lufya pernah dikaitkan dengan kerabat Diraja Johor sebelum ini. Lufya digossip sebelum ini dengan salah seorang kerabat diraja Johor iaitu Allahyarham Tunku Abdul Jalil.

Khabar angin ada yang menyatakan hubungan Lufya dan Allahyarham Tunku Abdul Jalil sudah sampai ke tahap percintaan. Namun menerusi laporan Metro Ahad sebelum ini, Allahyarham Tunku Abdul Jalil menafikan perkara tersebut.

Malah menurut Allahyarham Tunku Abdul Jalil, desas-desus itu hanyalah gosip murahan.

Setelah khabar angin yang tidak betul itu tersebar luas, Lufya melahirkan rasa kesalnya kerana kontroversi ini telah menyebabkan hubungan persahabatannya dengan Tunku Abdul Jalil yang terjalin selama 10 tahun berakhir.lufya omar bertudung.jpg

Hubungan Saya dan Kerabat Diraja Johor Musnah Kerana Anda

Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti ‘cinderella’ yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu.

Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja.  sumber

No comments :

Post a Comment