unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 20 January 2016

"SAYA TERKEJUT, SESI TEMUDUGA DI KOLEJ SWASTA INI BUAT SAYA TERTEKAN"

No comments :


Assalamualaikum, ini pengalaman saya ketika menghadiri temuduga di Stamford College Melaka.

Pada Sabtu 9 Januari 2016, saya telah menghadiri temuduga di kolej tersebut. Sesi temuduga yang dijalankan oleh tiga orang panel terdiri daripada pegawai kolej.

Panel yang pertama ialah Ketua Eksekutif (lelaki berbangsa India), panel kedua pula, Ketua Pentadbiran (wanita berbangsa India) dan panel ketiga, wanita berbangsa Melayu.

Isunya di sini adalah mengenai sesi temuduga yang amat mengecewakan saya. Ia berkenaan dengan kata-kata Pegawai Eksekutif Kolej yang menyentuh sensitiviti agama pada sesi temuduga tersebut.

Pada permulaan sesi temuduga, Pegawai Eksekutif itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan saya. Saya menolaknya dengan baik dan menjelaskan bahawa saya merupakan wanita muslim.

Kemudian Pegawai Eksekutif itu terus menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan keengganan saya bersalam dengannya. Dia seterusnya menyentuh mengenai agama Islam yang tidak efektif dalam larangan bersalam. Dia juga mempertikaikan martabat diri wanita muslim dengan bersalaman tangan dan dia tidak boleh menerima cara dan agama yang saya bawa (tidak boleh bersalaman antara lelaki dan wanita yang tiada pertalian darah) walaupun dia sendiri sudah memaklumkan penerimaan berbilang kaum dan agama dalam komuniti kolej tersebut.

Adakah menjadi kesalahan bagi seorang wanita muslim berpakaian menutup aurat dan mengikut syariat agama Islam untuk menghadiri sesi temuduga? Sedangkan itu juga telah menjadi didikan ibu bapa semenjak dari kecil lagi.

Panel kedua dan ketiga seperti bersetuju dengan kata-kata panel pertama semasa sesi temuduga itu berlangsung. Untuk memuaskan hati mereka, saya terpaksa bersalaman dengan mereka secara berlapik bagi mengembalikan keyakinan diri berikutan terkejut dan tidak menyangka perkara seperti ini berlaku.

Pegawai itu juga mempersoalkan pekerjaan ayah saya yang merupakan bekas Anggota Tentera Malaysia (ATM). Katanya lagi, seharusnya saya sebagai anak seorang bekas tentera, saya perlu berfikiran positif seperti ayah saya.

Adakah dengan hanya mempertahankan syariat agama untuk tidak mahu bersalaman menunjukkan saya berfikiran negatif?

Tambah pegawai itu lagi, disebabkan 'socio-culturue' persekitaran tempat belajar yang hanya bergaul sesama bangsa, menjadikan fikiran saya tidak terbuka untuk berinteraksi dengan bangsa dan agama lain. Kata-katanya seperti merendahkan martabat pelajar universiti yang mengumpulkan bangsa Melayu di Malaysia ini.

Apa yang paling mengejutkan saya ialah, dia tanpa sebarang rasa bersalah mengeluarkan pendapat dan mempersoalkan mengenai pemimpin dan politik negara. Pemimpin-pemimpin hanya mengikut telunjuk pihak atasan tanpa mempersoalkan apa-apa pun. Katanya, mereka ini yang seharusnya dihukum, ditangkap dan ditembak oleh Islamic State (IS).

Adakah begini seharusnya sesi temuduga dijalankan? Situasi ini memberikan tekanan kepada saya sehingga kini. Pendedahan ini bukan bertujuan meluahkan rasa kecewa dan terlalu berharap untuk diterima bekerja. Tetapi ini adalah rasa kecewa dengan perlakuan dan kata-kata manusia yang begitu lantang bersuara.

Walaupaun setiap orang mempunyai hak asasi untuk bersuara, namun hormat menghormati antara agama itu perlu dengan kepelbagaian kaum di negara ini. - Pengadu

SUMBER

No comments :

Post a Comment