unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 20 January 2016

"KAU KATA MAHASISWA MANJA, TAPI KAU TAK TAHU YANG...."

No comments :


Kau kata mahasiswa manja tetapi kau tak tahu berapa ramai mahasiswa yang ikat perut berbanding yang pegang iPhone.

Kau kata mhasiswa manja tetapi kau tak tahu berapa ramai yang bekerja part time berbanding yang berpeleseran dengan kekasih mereka di hujung mingu.

Kau kata mahasiswa manja, kau tak tahu di sebalik keriangan mereka gelak ketawa ada duka di sebalik dompet mereka.

Kau kata mahasiswa manja, tetapi kau bandingkan nilai RM50 pada zaman kau dengan RM50 zaman mereka.

Kau kata mahasiswa manja etapi kau tak pernah kira adakah jumlah yang ada di kafe hipster sama jumlah dengan pelajar universiti.

Kau kata mahasiswa manja tetapi sewaktu mahasiswa berdemo, kau suruh mahasiswa belajar sahaja. Sekarang kau suruh mahasiswa bekerja.

Kau kata mahasiswa manja, kau naikkan harga tambang pengangkutan awam dan kau nak bandingkan zaman mereka dengan kau.

Kau kata mahasiswa manja, kau tak pernah tahu berapa ramai yang menggunakan PTPTN untuk membantu ibu dan ayah mereka.

Kau kata mahasiswa manja, tetapi kami patut cakap menteri yang manja. Wang elaun kamu dinaikkan supaya kamu tidak mengikat perut. Tetapi kami?

Kau kata mahasiswa manja, pergilah berniaga online. Kau tak pernah berniaga mungkin. Kau tak tahu onak duri sewaktu berniaga seperti mana.

Kau kata mahasiswa manja, tetapi peralatan memasak kau rampas dan kau suruh mereka memasak di kolej?

Kau kata mahasiswa manja, aku rasa kau lagi manja. Cuma kau tak pernah mengalami apa yang kami alami.

Bersabarlah wahai mahasiswa, mujur ada PTPTN, wang pinjaman HEPA dan kawan-kawan yang sudi menghulurkan bantuan ketika kita susah. Ingatlah, jika suatu hari nanti kita sudah berjaya, jangan sesekali membandingkan perjalanan hidup kita dengan perjalanan hidup orang lain. Sesungguhnya perjalanan hidup kita tidak sama dengan apa yang mereka tempuhi. - UPSI Confessions

No comments :

Post a Comment