unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 13 January 2016

DATUK, PEKERJA CEDERA DALAM NAHAS LAMBORGHINI DI LPT

No comments :


KUANTAN, 14 Jan - Seorang wanita dan majikannya cedera setelah kereta mewah jenis Lamborghini yang dinaiki terbabas di KM234.5 Lebuh Raya Pntai Timur di sini semalam.

Menurut Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, kemalangan tersebut berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa kedua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Menurut beliau, kerketa terbabit dipandu oleh jururunding wanita tersebut, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong yang berusia 50-an.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.

"Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan menerima rawatan di sebuah klinik disini.

Laporan dari Harian Metro pula melaporkan Datuk Lawrence Ng Teck, 59, mengalami kecederaan di ibu jari tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.

Norfarahliya pula mengalami luka di paha kanan dan kiri.

Mohd Nor berkata, kenderaan yang terlibat yang dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta turut mengalami kerosakan teruk.

Kedua-dua mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi. - sumber









No comments :

Post a Comment