unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 12 January 2016

"BROTHER, SAYA SEDIH KAKI SAYA KENA PAKAI GELANG EMD..."

No comments :


"Brother, saya sedih. Kaki saya pakai gelang EMD,"

Kawan saya memaklumkan yang beliau kena PCO (Kena buang negeri dan perlu lapor diri di balai polis berhampiran setiap hari Khamis) di satu perkampungan kecil di Kedah.

Nak cari makan pun susah, katanya. Bila dah pakai gelang ini, dia langsung tak boleh bergerak bebas. Tak boleh keluar lebih dari jarak 10 kilometer dari rumah. Di sebelah malam pula, jam 8.00 malam, mesti berada di dalam rumah. Keluar sikit, Bukit Aman akan dapat isyarat. Jika gelang itu diusik, penggunanya akan dihukum penjara selama tiga tahun.

Sekarang dia kena PCO selama 4 tahun dan menyesal tak sudah-sudah.

"Dulu PCO boleh bergerak bebas, sekarang dah berubah dan peraturan semakin ketat," itulah luahan sahabat saya yang kena PCO.







Hukuman seperti ini umum tahu telah lama diamalkan di Amerika Syarikat. Di negara jiran kita, Singapura juga sudah menggunakan cara seperti ini lebih 10 tahun yang lalu (betulkan kalau silap). Kini, ianya telah dipertingkatkan mengikut teknologi semasa yang dilengkapi GPS bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan penggunanya.

Meskipun agak terlambat pihak berkuasa Malaysia menggunakan cara ini, namun ia dapat menangani masalah jenayah kecil di Malaysia. Ramai yang kata, lelaki ini tidak sepatutnya diperlakukan seperti ini sebab kasihan dan sebagainya. Fikirkan semula, dia diberikan peluang untuk hidup di dalam masyarakat berbanding tinggal di dalam penjara. Ini adalah harga yang perlu dibayar olehnya apabila ditangkap oleh pihak berkuasa.

Untuk mereka yang masih mahu membuat huru-hara atau aktiviti kongsi gelap, tolonglah kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Jika tidak, kaki anda juga akan merasa gelang ini selama 4 tahun lamanya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment