unclemaniam.blogspot.com

Sunday 13 December 2015

TERKEJUT RESIT MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN TERAPUNG PULAU LANGKAWI RM1,131 !

1 comment :


Percutian bersama keluarga sesuatu yang sangat indah dan bernilai untuk setiap ahli keluarga.

Termasuklah lelaki ini yang mahu menerapkan momen indah itu dengan makan di restoran terapung yang terletak di Pulau Langkawi yang terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan lazat.

Namun, sesuatu yang sangat memeranjatkan berlaku saat menerima resit bil makanan tengah hari mereka.

Lelaki itu, Zuhairi Adnan terkejut beruk apabila menerima resit bernilai RM1,131 termasuk 4 ekor ikan kerapu yang berharga RM700.

Apa yang lagi mengecewakan, suasana restoran tersebut yang tiada penghawa dingin dan kipas. Hanya terapung begitu sahaja.

Berikut merupakan luahan tak puas hati lelaki itu di laman sosial.

Terkejut beruk dpt bill mkn lunch td wif famili RM 1,131.00..tgklah tu harga ikan kerapu 4 ekor..makk aai..makan 19 org..ingatkn dlm around RM 300 je.bukan dlm a.cond pun.bukan dlm kedai pun..x de kipas pun..restoran terapung je,papan je

Makan kt sinilah td..bill RM 1,131.00..ikan kerapu 4 ekor Rm 700.00...huh..Langkawi ooh Langkawi



Menurut bil yang ditunjukkan, nama restoran terapung itu adalah Amin Floating Restaurant. Sungguh 'istimewa' menu yang dihidangkan sampai mencecah ribuan ringgit.

Nasihat kami kepada keluarga di luar sana yang mungkin tengah bercuti atau merancang untuk bercuti, tanya dahulu harga makanan atau periksa dahulu menu sebelum memesan.

Apa-apapun, kita tunggu penjelasan dari Restoran Terapung Amin ini yang dilihat mencekik darah.

SUMBER

1 comment :

  1. Patut lah tu. Makan pun tiger grouper @16.00/100g, sampai 4.6 kg pula. Nak murah makan lah siakap. Rm 6.00 je 100g. Tengok harga dulu sebelum makan

    ReplyDelete