unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 17 November 2015

"WALAU TIADA STRAIGHT A DALAM UPSR, TAPI ANAK UMMI DAH LAMA DAPAT STRAIGHT 5A DI MATA UMMI"

No comments :


Dikala segelintir netizen berkata, "Alaa, UPSR je pun, bukannya penting sangat," seorang ibu ini redha dengan keputusan UPSR yang diperolehi anak gadisnya.

Sungguhpun tidak mendapat huruf A dalam 6 subjek yang dipelajari, namun ibu kepada 5 cahaya mata ini redha dan bersyukur dengan keputusan UPSR anaknya yang lulus itu.

"Anakku, di saat slip UPSR Ummi tatap di bilik Guru Besar, Ummi selaku cikgu dan juga ibu, Ummi amat berbangga dengan dirimu wahai anakku Anisah Durriyyah.

"Peningkatan yang memberangsangkan daripada banyak gagal dalam percubaan. Walau tiada straight 5A dalam UPSR, tetapi sebenarnya anak Ummi ini telah lama mendapat straight 5A di mata ummi walid.

A - Dia ingat dan takut pada Allah
A - Dia sayang dan taat pada Agama
A - Tinggi akhlaknya
A - Dia seorang anak yang baik dan selalu menolong
A - Hormat ayah dan ibu

"Terima kasih anakku. Ummi akan bantu Kak Long lebih cemerlang semasa di kelas menengah. Dongibab Kak Long" luah si ibu di laman Facebook.

Bagi sesetengah orang, keputusan UPSR tidak penting, ada juga yang menganggap dapat banyak A juga tiada gunanya kerana mereka menjadi penghafal A, bukannya memahami sepenuhnya ilmu yang diajar sehingga membanding bezakan dengan tahap pendidikan negara lain.

Tetapi, anda mungkin tidak faham akan usaha dan pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka agar cemerlang dalam pelajaran. Apabila anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam UPSR, itu adalah nilai sebuah kepuasan dan terbalasnya pengorbanan dan usaha didikan mereka selama ini.

Anda yang tidak mempunyai anak mungkin tidak faham dan tidak melalui saat yang mereka lalui. Jadi usahlah terlalu mendabik dada dan berkata "UPSR tu apalah sangat!".  SUMBER

No comments :

Post a Comment