unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 18 November 2015

RESPON AYDA JEBAT ZUL ARIFFIN PADAM SEMUA GAMBARNYA DARI INSTAGRAM

No comments :


KALAU dulu hubungan mereka memang sangat mesra, mungkin disebabkan digandingkan dalam drama hits Rindu Awak 200 Peratus, tapi kini nampaknya ia seakan berubah apabila Zul Ariffin baru-baru ini mengakui sedang mengenali rapat pelakon baharu Zahirah MacWilson.



Zul mengakui kini sedang mengenali hati budi aktres, Zahirah MacWilson. Sehubungan itu, ramai ingin pendapat Ayda Jebat mengenai tindakan Zul yang memadamkan kesemua gambarnya dengan Ayda di laman sosial Instagram, baru-baru ini.

Yang peliknya, Zul tidak membuang gambar bersama selebriti wanita lain, sebaliknya hanya gambar dengan Ayda sahaja yang dipadamkannya.

Mengulas mengenai hal itu, Ayda mengatakan dia langsung tidak berkecil hati kerana itu adalah hak aktor itu dalam bagaimana caranya untuk menguruskan akaun media sosialnya sendiri.

“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” katanya memetik portal Rotikaya.

Ayda juga menyatakan dia tidak ada sebarang masalah sekiranya di masa hadapan digandingkan sekali lagi dengan Zul yang sememangnya sudah dua kali berlakon bersama dengannya menerusi Rindu Awak 200 Peratus dan Maid. – SUMBER












No comments :

Post a Comment