unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 18 November 2015

ALYA KONGSI GAMBAR SAMBUT HARI JADI DATO RAMLI MS

No comments :


WALAUPUN status hubungan suami isteri mereka bukan lagi rahsia, boleh dikatakan jarang sekali penyanyi Alyah memuat naik gambar bersama suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Dato’ Ramli MS .

Malah, kedua-duanya juga tidak pernah mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai. Mungkin kerana masing-masing lebih senang untuk bersikap profesional dalam kerja.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelantun Sesal Separuh Nyawa ini dilihat berkongsi gambar beberapa gambar ketika menyambut hari jadi Ramli MS menerusi laman Instagramnya.

Menerusi gambar tersebut, dapat diagak Alyah melakukan kejutan istimewa dengan memberikan sebuah kek buat suami tercinta.



Di kesempatan itu, peminat juga tidak ketinggalan memberi ucapan selamat hari jadi kepada juri Gegar Vaganza 2 ini menerusi ruangan komen.

Tidak kurang teruja ada peminat yang teruja melihat gambar kemesraan pasangan ini meskipun hanya dua keping.

Barangkali, penyanyi ini sudah bersedia untuk bersikap terbuka dalam berkongsi kehidupan rumah tangganya.

Apa-apa pun, kita doakan moga Alyah dan Ramli MS bahagia hingga ke syurga. – SUMBER

No comments :

Post a Comment