unclemaniam.blogspot.com

Saturday 28 November 2015

"PENGECUT, SUDAH BUAT SIDANG MEDIA LEPAS TU LARI..." - KPN

No comments :

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) diiringi Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur Zahari Mohd Yusoff (tengah) memeriksa perbarisan pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di PULAPOL Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais sudah melarikan diri keluar dari negara ini melalui Tambak Johor.

Khalid berkata, Charles melarikan diri selepas mengadakan sidang media apabila mendakwa beliau kononnya mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat oleh mendiang abangnya sebelum mati dibunuh.

“Tindakan pengecut… sudah buat sidang media selepas itu lari. Polis mengesan dia berjaya melarikan diri melalui pintu imigresen Johor Bahru pada pukul 1.30 pagi Khamis lalu,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pagi Sabtu.



Mayat Morais ditemui di dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lalu, selepas dilaporkan hilang pada 4 September.

Mendiang yang masih bujang dan berusia 55 tahun kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.

Enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan AGC itu manakala dua lagi, termasuk doktor tentera; dituduh bersubahat. – SUMBER

No comments :

Post a Comment