unclemaniam.blogspot.com

Saturday 28 November 2015

KANAK-KANAK PARAH, KAKI TERSEPIT DI PINTU LIF (4 GAMBAR)

No comments :


KAJANG - Seorang kanak-kanak perempuan warganegara Yaman, parah di kedua-dua belah kakinya selepas tersepit pada lif di sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, malam tadi.

Difahamkan mangsa yang berusia 12 tahun sebelum itu mahu keluar ketika tiba di tingkat 14. Namun pintu lif secara tiba-tiba tertutup menyebabkan kedua-dua kakinya tersangkut.

Pihak Bomba tiba di lokasi kejadian setelah menerima panggilan orang awam pada jam 8.27 malam dan mangsa berjaya diselamatkan. Bagaimanapun kedua-dua kaki mangsa parah selain dari kepalanya juga mengalami kecederaan.

Mangsa yang pengsan terus dikejarkan ke Hospital Kajang oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.





No comments :

Post a Comment