unclemaniam.blogspot.com

Sunday 6 March 2016

"TAK BOLEH BAWA MAKANAN DALAM BAS !"

No comments :


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung malu apabila dia dimarahi oleh pemandu bas gara-gara membawa makanan di dalam bas.

Insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu didedahkan oleh salah seorang penumpang bas Mayang Sari yang menyaksikan tindakan pemandu bas berkenaan yang menjerit terhadap wanita terbabit.

"Tak boleh bawa makanan! Dari tadi tak nak makan, dalam bas juga dia nak makan!" jeritnya pada wanita itu.

Menurut wanita itu, dia hanya mahu makan cucur udang yang dimasaknya di rumah sebagai alas perut dalam perjalanan selama 4 jam. Lagipun, dia belum makan sejak dari pagi tadi.

"Beginikah cara kakitangan Mayang Sari melayan penumpang? Bertimbang rasalah sikit, orang tua kot? Cuba kalau ada orang yang buat perkara yang sama pada ibu dia, mesti dia marah kan. Fikirlah guna otak.

"Dalam kapal terbang pun boleh makan, takkan dalam bas tak boleh pula?" katanya. - sumber

No comments :

Post a Comment