unclemaniam.blogspot.com

Tuesday, 8 March 2016

PENCURI PECAH MASUK RUMAH TAPI TIDAK BOLEH KELUAR, DIA NAMPAK LAUT DIA NAMPAK AIR

No comments :


“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…
Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

– Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tp kita sebagai org islam walaupun perlu tegas dgn penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan.. lepas baca tu jgn lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas dilautan.. jangan diletak jetski plak nti dia meronda dalam rumah tu nanti


Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin…

No comments :

Post a Comment