unclemaniam.blogspot.com

Sunday 6 March 2016

"PANTAI TIMUR PERNAH JADIKAN JDT BAHAN JENAKA, LIHATLAH MEREKA SEKARANG...." - SHAHARUDDIN

No comments :


JOHOR BAHRU – Hanya pasukan Selangor menyambut kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di awal pembabitan baginda dalam kancah bola sepak Malaysia pada tahun 2013 dengan tangan terbuka.

Penyelaras Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shaharuddin Sabran yang mendedahkan perkara itu berkata, situasi berkenaan tidak memudahkan cita-cita baginda untuk memajukan bola sepak Johor.

“Pasukan lain seperti Kelantan yang merupakan kuasa besar pada masa itu dan lain-lain pasukan Pantai Timur hanya menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Mereka sering mengatakan perkara yang saya fikir tidak sepatutnya.

“Bukan saya tidak menghormati pasukan-pasukan tersebut tetapi hari ini anda boleh lihat di manakah mereka kini berada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas dengan lebih lanjut, Shaharuddin berkata, Tunku Ismail yang dibesarkan melalui latihan ketenteraan mempunyai karakter pendirian yang sangat tegas.

Katanya, baginda pernah bertitah akan melakukan apa sahaja demi penyokong JDT dan semua rakyat Johor.

Malah, katanya, Tunku Ismail pernah mengabaikan nasihat pihak polis dan kembali semula ke stadium untuk bersama dengan penyokong Johor ketika ‘diserang’ di Pahang.

“Baginda berkeras dengan tujuan untuk membantu dan memastikan para penyokong Johor yang terkandas dapat keluar dengan selamat.

“Saya ingat lagi apabila baginda memberitahu polis bahawa penyokong tersebut adalah rakyatnya. Jelas dalam ingatan saya baginda berkata, “jika saya perlu bermandi darah bersama mereka, Saya akan lakukan”,” katanya.

Tambahnya, Tunku Ismail pernah juga bertitah jika ada sesiapa yang mempunyai niat buruk terhadapnya, biarlah Allah S.W.T yang akan menghukum mereka. – SUMBER

No comments :

Post a Comment