unclemaniam.blogspot.com

Saturday 5 March 2016

"INILAH RUPA JANTAN TAK GUNA PUKUL BINI !"

No comments :



KUALA LUMPUR - "Inilah rupa jantan tak guna pukul bini," demikianlah luahan berang Selma Talip di Facebooknya.

Menurut Selma, lelaki ini telah memukul isterinya sehingga merosakkan buah pinggang dan mangsa tidak dapat berjalan.

"Sampai hati tendang dan pijak isteri sampai meninggalkan kesan tapak kaki di pinggang dan merosakkan buah pinggang serta tidak boleh berjalan," katanya.

Difahamkan mangsa yang mempunyai tiga anak kecil yang masih menyusu badan itu kini berada di hospital dan telah menjalani pembedahan malam tadi.

Sebelum itu, Selma dan ahli keluarganya pergi ke rumah mereka untuk menyelamatkan mangsa. Namun lelaki itu telah melarikan diri. Mereka cuba menghubungi lelaki tersebut namun gagal.

"Laporan polis telah dibuat. Nak lari ke mana? Siapa-siapa yang ternampak lelaki ini, beritahu kami di mana. Berjujuran air mata melihat anak buah diperlakukan dengan kejam seperti ini," katanya. -  SUMBER

No comments :

Post a Comment