unclemaniam.blogspot.com

Friday 4 March 2016

"DAPAT 4A, TAPI TAKUT NAK BERITAHU MAK AYAH"

No comments :



Kepada ibubapa pelajar SPM2015.

Saya berada di sekolah sejak awal pagi bersama dengan anak perempuan saya untuk mengambil keputusan SPM. Ada sesetengah ibubapa juga turut hadir menemani anak mereka, ada juga yang datang bersendirian sahaja.

Ketika dalam perjalanan keluar dari kawasan sekolah, kami terserempak dengan rakan anak saya. Kami berjabat tangan dan saya bertanya tentang keputusan SPM dia.

"Dapat 4A sahaja," balasnya dengan wajah yang kecewa.

"Hey, tahniah! Dah call mak ayah untuk beritahu mereka berita baik ini?" tanya saya padanya sambil mengeluarkan telefon di poket agar dia dapat menghubungi ibubapanya.

"Tak apa pakcik, saya ada telefon sendiri," katanya yang jelas terpampang kekecewaan di wajahnya.

Saya menghampirinya dan berkata, "Hey, janganlah risau. Ibubapa awak mesti akan banga dengan awak tak kira apa pun keputusannya. Percayalah,".

Dia mengangguk dan tersenyum kecil.

Oh ibubapa, tolonglah. Anak ada telah melakukan yang terbaik dan ada sesetengah yang takut untuk menghubungi anda kerana bimbang anda kecewa dengan keputusan yang tidak seberapa itu. Ketepikan ego anda dan terima apa jua keputusan SPM anak anak bawa balik ke rumah hari ini.

Anak anda mungkin tidak akan membuatkan anda bangga hari ini untuk anda muat naik gambar result mereka di Facebook. Tetapi tolong jangan bebankan mereka dengan bebanan yang tidak sepatutnya. Perjalanan mereka masih jauh, sekurang-kurangnya tunjukkanlah pada mereka yang anda masih menyayangi dan menyokong mereka.

Jika anak anda pulang ke rumah hari ini dengan slip keputusan SPM tidak seperti yang diharapkan, peluk saja mereka dan katakanlah ayat ini,

"Saya tetap sayang anak saya walau apa jua keputusannya,"

Terima kasih kerana membaca. - Asrul Muzaffar Mohammed

SUMBER

No comments :

Post a Comment