unclemaniam.blogspot.com

Sunday 7 February 2016

PEKERJA RUGI RIBUAN RINGGIT JIKA TURUNKAN KADAR CARUMAN KWSP KEPADA 8% - PAKAR

No comments :


Pekerja yang memilih untuk menurunkan kadar caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada lapan peratus akhirnya akan kehilangan ribuan ringgit menjelang tibanya tempoh persaraan.

Walaupun tempoh potongan bulan meliputi tempoh selama 22 bulan, bermula Mac 2016 hingga Disember 2017, kehilangan faedah kompaun ke atas jumlah tersebut akan menjejaskan simpanan KWSP.

Pakar ekonomi bebas, Lee Heng Guei berkata kumpulan berpendapatan rendah antara yang paling terjejas kerana ramai yang belum mencapai tahan simpanan minimum sebanyak RM196,000 yang diperlukan untuk menampung kehidupan mereka sehingga usia 75 tahun lapor Mstar.

“Ia mungkin menyediakan wang tambahan tetapi penurunan kadar caruman bermaksud simpan KWSP lebih sedikit sepanjang tempoh 22 bulan.

“Ini bermaksud hilang faedah kompaun untuk jumlah tersebut,” katanya dalam satu temubual.

Beliau berkata jumlah yang terjejas akan bergantung kepada potongan berdasarkan gaji pokok pekerja.

Sebagai contoh, Lee berkata seorang pekerja berusia 30 tahun yang memperolehi pendapatan RM4,000 mungkin mendapat wang tambahan sebanyak RM120 untuk tempoh 22 bulan tetapi akan kehilangan RM10,006 pada usia 55 tahun dengan mengambil kira kadar faedah tahunan ditetapkan pada 5.5 peratus.

Melainkan jika ia diwajibkan, Lee berkata adalah lebih baik untuk membiarkan aliran wang masuk ke dalam simpanan KWSP mereka.

Lee berkata bagi pekerja yang memperolehi pendapatan RM5,000 mereka akan mendapat wang tambahan sebanyak RM3,300 bagi tempoh 22 tahun.

Namun, katanya, mereka akan kerugian RM12,813 menjelang tempoh persaraan nanti manakala kerugian mencecah RM25, 168 kepada mereka yang berpendapatan RM10,000.

Pengarah Urusan Penasihat Bebas Whitman, Yap Ming Hui berkata KWSP berfungsi sebagai dana persaraan dan mereka yang bersetuju dengan penurunan kadar 3 peratus hanya akan menjejaskan momentum simpanan mereka.

Tambahnya, terdapat juga risiko sekiranya pekerja mungkin menggunakan wang lebihan itu untuk melabur atau membuat bayaran pembelian secara ansuran.

“Mereka mungkin bergantung kepada wang tambahan tersebut untuk melabur atau membayar pembelian secara ansuran mereka.

“Namun, wang tunai tambahan itu akan berakhir pada Disember 2017, menyebabkan mereka tidak cukup wang untuk menguruskan perbelanjaan,” katanya.

Seorang penasihat kewangan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, ramai golongan berpendapatan rendah yang akan merasa kesan penurunan kadar caruman ini.

“Mereka akan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila membelanjakan wang tambahan dan kurang menyimpan dalam simpan KWSP mereka,” katanya.

Wong menasihati pekerja supaya mengekalkan kadar caruman asal bagi membolehkan simpanan mereka terus bertambah. SUMBER

No comments :

Post a Comment