unclemaniam.blogspot.com

Monday 15 February 2016

KISAH VIRAL MURID TAHUN 1 TUNAIKAN SOLAT DHUHA

No comments :


SEJUK perut ibu mengandung.. itulah yang boleh dikatakan apabila melihat gambar ini yang mula viral di laman sosial sejak semalam.

Ianya memaparkan seorang murid lelaki Tahun 1 di SK Sultan Ismail 1 mendirikan solat dhuha.

Individu yang merakamkan gambar berkenaan memberitahu, murid berkenaan tidak pernah ketinggalan mendirikan solat dhuha setiap hari di saat rakan-rakannya yang lain pergi makan atau bermain pada waktu rehat.

Solat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan daripada terbit matahari hingga menjelang masuk waktu zuhur. Mereka yang mengerjakannya secara konsisten dijanjikan Allah Taala rezeki yang melimpah ruah.

Jika seorang anak yang baru berusia 7 tahun mampu melakukannya tanpa culas setiap hari hingga mengabaikan keinginannya untuk bermain dengan rakan-rakan, maka ibu bapa anak ini harus dipuji kerana berjaya mendidik anak mereka dengan nilai Islam yang baik.

No comments :

Post a Comment