unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 10 February 2016

KISAH SEBENAR WARGA ASING KELAR LEHER SENDIRI DI MUTIARA DAMANSARA

No comments :

Seorang lelaki warga Myanmar nekad menggelar lehernya dengan serpihan kaca selepas dipercayai kecewa apabila majikannya enggan membayar gajinya, malam tadi.

Dia ditemui terbaring oleh orang ramai berhampiran sebuah pusat beli belah di Mutiara Damansara di sini dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, dipercayai cuba membunuh diri selepas tidak dibayar gaji lapor BH Online.

SEORANG lelaki warga Myanmar nekad menggelar lehernya dengan serpihan kaca selepas kecewa tidak mendapat gaji. – Foto Ihsan PDRM

“Bagaimanapun, mangsa berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan dengan bantuan awal seorang doktor wanita yang kebetulan berada di situ.

“Mangsa kemudian dikejarkan dengan ambulans ke sebuah hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengalu-alukan maklumat dari orang ramai.

No comments :

Post a Comment