unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 10 February 2016

"JERSI SKUAD KELANTAN ADA FUNGSI KURUSKAN BADAN, PUTIHKAN KULIT" - DR. VIDA

No comments :


KOTA BHARU: Empat jersi berjenama DSV(Datuk Seri Vida) yang bakal dilancarkan esok bukan hanya baju jersi semata-mata tetapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan kerana benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Menurut penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri. Dr. Hasmiza Othman, beliau mahu jersi yang akan dipakai oleh pemain dan penyokong Kelantan mempunyai jersi kesihatan dan bukan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Menurut Dr. Vida juga, benang khas itu dihasilkan di kilang di tiga buah negara iaitu China, Thailadn dan Vietnam dengna menggunakan teknologi terkini.

"Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit.

"Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

"Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak.

"Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

"Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Dr. Vida juga berkata, pihaknya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-empat rekaan iaitu 'versi eksklusif' dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai bagi edisi pertama.

"Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas.

"Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya," katanya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment