unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 24 February 2016

ISU TESCO JUAL KONDOM DI BAHAGIAN KANAK-KANAK

No comments :



SEBUAH rangkaian kedai peruncitan Tesco di United Kingdom telah memohon maaf gara-gara tersilap menyusun produk kondom di bahagian kesihatan kanak-kanak sehingga kesilapan itu menjadi viral baru-baru ini.

Perkara itu mula-mula didedahkan oleh Ollie Whittingham menerusi laman sosial Twitternya, apabila dia perasaan pek kondom berjenama Durex turut dijual di bahagian kanak-kanak di Shepton Mallet, Somerset.

Whittingham menulis: “Saya merasakan kesilapan ini sesuatu yang kelakar, sama ada pekerja itu memang tersilap letak atau ingin menunjukkan bahawa budaya kanak-kanak sekarang terlampau gaul bebas.”

Sebaik hal tersebut menjadi viral menerusi media sosial, pihak Tesco yang menyedari isu tersebut pantas memohon maaf atas kekhilafan tersebut dengan memberi respons: “Kami memohon maaf di atas kesilapan itu.

“Kami pun sudah bercakap sendiri dengan Lucy (pekerja yang bertanggungjawab) dan dia telah pun bertindak segera mengalihkan produk tersebut.” – SUMBER

No comments :

Post a Comment