unclemaniam.blogspot.com

Sunday 28 February 2016

ISU BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN MAHU SAMAN PENERBIT FILEM OLA BOLA

No comments :


TAPAH – Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem Ola Bola tidak perlu diperbesarkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin.

Beliau berkata ini kerana syarikat produksi itu hanya mengambil inspirasi daripada peristiwa 1980 apabila pasukan bola kebangsaan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Pada awal filem itu pun mereka (syarikat produksi) telah mengatakan bahawa filem berkenaan berdasarkan kepada inspirasi daripada sejarah dan bukan 100 peratus menggunakan perincian sejarah.

“Kalau tidak, sudah pasti mereka guna nama sebenar,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi 2016 (LTDL) di Dataran Merdeka di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk M.Saravanan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow yang mengugut akan menyaman penerbit filem Ola Bola kerana didakwa menukar fakta sebenar.

Dalam pada itu, Khairy berkata filem arahan Chiu Keng Guan itu merupakan antara filem terbaik untuk ditontoni masyarakat kerana sambutan daripada peminat bola dan rakyat biasa amat menggalakkan.

Filem terbitan Astro Shaw itu mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat filem dan bola sepak dan berjaya mengutip lebih RM12 juta setelah 18 hari tayangan. – BERNAMA 

No comments :

Post a Comment