Monday, 22 February 2016
"INGAT JALAN NI DATUK DIORANG PUNYA ??" - JONATHAN BERANG DENGAN PENUNGGANG HARLEY DAVIDSON
Saya ternampak sekumpulan penunggang motor besar Harley Davidson yang tidak bertimbang rasa ini di Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Simpang Ampat, Melaka, sekitar jam 9.45 pagi.
Tindakan mereka memandu secara pelahan di lorong laju/memotong ini telah menyebabkan kesesakan di belakang. Mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi itu seperti lebuhraya itu kepunyaan datuk mereka.
Maaf cakap, lebuhraya ini bukan milik datuk mereka mahupun mereka. Sudahlah tidak membayar tol, buat pula perangai seperti ini di lebuhraya.
Kedegilan mereka ini membuatkan saya terasa mahu saja menyondol dan biarkan mereka terjatuh tetapi tindakan seperti itu tidak wajar dan akan membuatkan kereta saya sendiri yang tercalar. Dan sudah tentu kita tidak mahu pekerja seperti itu berlaku kan?
Saya bukanlah kejam tetapi mudah-mudahan bas ekspres yang dipandu laju akan merempuh mereka tidak lama lagi.
PDRM seharusnya menangkap mereka kerana menunggang motosikal dengan cara yang tidak bertimbang rasa. - Johnathan Lin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)



No comments :
Post a Comment