unclemaniam.blogspot.com

Saturday 20 February 2016

INFO: SUKA TIDUR LEBIH DARI LAPAN JAM, RISIKO TINGGI DAPAT STROK

No comments :


Kajian mendapati individu yang selalu tidur melebihi lapan jam berisiko tinggi menghidap angin ahmar sehingga 146 peratus.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti New York juga mendapati risiko diserang angin ahmar juga ada pada mereka yang tidur kurang tujuh jam, tetapi dengan kadar 22 peratus.

Kajian yang dibentangkan di pertemuan Persatuan Angin Ahmar Amerika Syarikat di Los Angeles kelmarin menganalisis beberapa faktor yang menyumbang kepada risiko serangan strok.

Mereka menilai tahap kesihatan, gaya hidup, umur dan latar etnik 288,888 orang dewasa yang terlibat dalam kaji selidik dari 2004 hingga 2013.

Tidur selama tujuh hingga lapan jamsetiap malam dan bersenam 30 hingga 60 minit, tiga hinga enam kali seminggu, dapat mencegah serangan angin ahmar pada tahap maksimum.

Kajian Universiti Warwick pula mendapati mereka yang tidur kurang enam jam atau lebih lapan jam setiap malam mempunyai daya ingatan dan upaya membuat keputusan yang lemah.

Sebaliknya mereka yang tidur enam hingga lapan jam sehari mampu hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan yang baik.

Sementara mereka yang tidur kurang enam jam lebih berisiko mati awal.

Ahli-ahli sains tahu kurang tidur boleh mengganggu tahap insulin, iaitu hormon yang mengawal tenaga melalui sel lemak dalam badan.

Tetapi mereka tidak pasti mengapa terlebih tidur boleh menimbulkan masalah. Satu teorinya adalah ia mampu mengurangkan kualiti tidur.

Golongan yang sering tergangu jadual tidur mereka — ibu yang sedang menyusukan anak dan pekerja mengikut syif malam — mudah terjejas.

No comments :

Post a Comment