unclemaniam.blogspot.com

Saturday 20 February 2016

INFO PENJAGAAN MUKA: "JANGAN GUNA HEATER UNTUK MEMBERSIHKAN MUKA" - PAKAR

No comments :


Mencuci muka setiap pagi dan malam menjadi rutin asas penjagaan kulit.

Namun, jika anda melakukannya semasa mandi di bawah pancuran air, apatah lagi airnya panas, anda silap.

Ramai yang fikir mencuci muka dengan mendongak di bawah pancuran air dapat membersihkan kulit dengan pantas.

Sebaliknya suhu dan tekanan aliran air itu sebenarnya merosakkan kulit anda, kata pakar jagaan kulit Kaye Scott kepada Daily Mail.

“Ramai sekali membersih muka ketika mandi di pancuran, pada suhu air dan tekanan yang sama ketika mandi badan.

Cara ini tidak betul.

“Pancuran air panas boleh merosakkan jaringan kapilari darah yang rapuh di pipi, menyebabkannya kelihatan tidak menarik, menonjolkan jaringan kapilari dan merosakkan kulit,” kata Scott, pengasas dan pengarah The Clinic di Sydney.

Walaupun berdiri bawah pancuran air panas sangat menenangkan, ia boleh merosakkan dan mengeringkan kulit selain mengembangkan serabut darah — menyebabkan muka kelihatan kemerah-merahan.

“Cara paling baik agar muka kekal cantik, mencuci dan merendamnya di sinki bilik mandi, tapi pastikan airnya suam-suam sahaja, bukan panas,” katanya.

Apabila anda membasuh muka di sinki anda menampung air dengan tangan, bermakna anda kurang menggunakan air dan ia juga boleh menyejukkan kulit.

Lagi pula, teknik membersih muka begini menggalakkan anda menggunakan air paip yang lebih sejuk sekali gus dapat membantu menutup liang roma dan meningkatkan peredaran darah.

No comments :

Post a Comment