unclemaniam.blogspot.com

Saturday 13 February 2016

INFO: CARA MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG SECARA SEMULAJADI DENGAN SAYUR INI

No comments :



Buah pinggang adalah salah satu bahagian dari sistem perkumuhan pada manusia. Ada sepasang buah pinggang pada manusia. Panjang buah pinggang manusia kira-kira 10 cm dengan berat lebih kurang 200 grm. Sebagai alat ekskresi, buah pinggang mengeluarkan sisa penapisan darah yang berbentuk urine.

Fungsi-fungsi buah pinggang yang sangatlah vi * tal untuk manusia diantaranya; menapis darah, menjaga keseimbangan kadar asam serta basa, mengekskresikan zat-zat yang merugikan untuk tubuh, penghasil zat serta hormon, mengatur kadar gula dalam darah dan lain-lain.

Selama bertahun-tahun buah pinggang kita menapis darah dengan membuang: garam, racun serta semua jenis zat yang tidak diperlukan tubuh kita. Bersamaan berjalannya waktu, berlaku pengumpulan garam dan racun yang memerlukan rawatan pembersihan.

Cara paling semulajadi untuk membersihkan buah pinggang anda tanpa mengeluarkan biaya mahal iaitu dengan menggunakan saderi. Sayur-sayuran yang satu ini sudah di kenal sebagai ubat semulajadi terbaik untuk membersihkan buah pinggang anda daripada pelbagai racun yang mengendap selama bertahun-tahun!

Begini caranya:

  1. Pertama ambillah seikat saderi.
  2. Basuh sehingga bersih, lalu dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Lalu tuang air bersih serta didihkan selama sepuluh minit dan biarkan sejuk.
  4. Lalu saring dan tuang dalam botol yang bersih serta taruh didalam peti sejuk sehingga sejuk.
  5. Minum satu gelas setiap hari.
  6. Anda akan melihat semua pengumpulan garam serta racun lain yang keluar dari buah pinggang anda pada saat buang air kecil. Anda akan melihat perbezaan yang tidak pernah anda rasakan sebelumnya.

Sila diedar kepada semua rakan di facebook anda supaya dapat memberi maklumat positif untuk banyak orang yang memerlukan maklumat ini. Terlebih untuk orang-orang yang kerap mengambil ubat-ubatan kimia atau perokok berat.

No comments :

Post a Comment